KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





09 November 2010

HAK PENGGUNA




Setiap insan adalah pengguna. Kita menjadi pengguna barang ekonomi yang dikeluarkan oleh firma, barang awam yang disediakan oleh kerajaan dan barang percuma yang dicipta oleh Allah s.w.t. atas rahmat dan kasih sayangNya. Apakah kita benar-benar menyedari dan memelihara hak kita sebagai pengguna dari peniaga yang menyeleweng dan pengguna lain yang tidak mengendahkan hak kita?

Hak pengguna adalah seperti berikut :

1. Hak mendapat Keperluan Asas

Setiap pengguna berhak mendapat keperluan asas iaitu tempat tinggal, makan minum dan pakaian pada kadar minimum. Adalah menjadi tanggungjawab keluarga terdekat, masyarakat sekeliling dan kerajaan membantu orang yang tak mampu mendapat keperluan asasnya.

2. Hak mendapat keselamatan

Setiap pengguna berhak mendapat jaminan bahawa barang yang ditawarkan dan disediakan untuknya adalah selamat digunakan. Ini bermaksud barang itu tidak membahayakan nyawa, fizikal, kesihatan dan emosi pengguna.

3. Hak mendapat maklumat

Setiap pengguna berhak mendapat maklumat yang telus, tepat dan terkini berkenaan barang, perkhidmatan atau skim yang ditawarkan kepadanya. Ini membolehkan maklumat itu dinilai secara adil dan membantu pengguna membuat keputusan yang rasional.

4. Hak membuat pilihan

Setiap pengguna berhak memilih barang atau perkhidmatan yang diingininya. Peniaga tidak boleh memaksa pengguna mengambil barang yang ditentukannya.

5. Hak bersuara

Pengguna berhak untuk bersuara secara individu atau berkumpulan melalui persatuan. Dengan saluran yang betul, pengguna dapat mempengaruhi kerajaan dalam menggubal peraturan dan undang-undang.

6. Hak mendapat pendidikan penggunaan

Semua pengguna berhak diberikan pendidikan mengenai hak, tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pengguna agar mereka dapat mengelakkan diri dari peniaga yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan urusniaga perniagaan lebih beretika.

7. Hak mendapat ganti rugi

Pengguna yang teraniaya, terpedaya atau mendapat barang tidak seperti yang disangkanya berhak mendapat ganti rugi yang sewajarnya. Ganti rugi mungkin dalam bentuk barangan percuma, gantian barang, pembaikan percuma atau mungkin sejumlah wang tertentu yang boleh ditentukan oleh mahkamah jika kes dibawa ke mahkamah atau tribunal pengguna.

8. Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak mendapat alam sekitar yang bersih dan selamat yakni tidak memberi mudarat kesihatan atau jiwa kepada mereka.

Hak bermaksud sesuatu yang menjadi kepunyaan, maksudnya menjadi kepunyaan pengguna. Pengguna boleh sahaja pada bila-bila masa menuntut haknya, kerana ia menjadi kepunyaannya. Atau pengguna boleh membiarkan haknya tanpa dituntut. Ia adalah hak, bukan kewajipan.

Kesedaran kepenggunaan di Malaysia masih terlalu rendah, hingga ada peniaga yang tidak bertanggungjawab sanggup menganiaya pengguna tanpa rasa takut terhadap tindakbalas pengguna. Dalam hal ini, pengguna di Malaysia wajar belajar dari Barat bagaimana pengguna mereka menjaga dan menggunakan hak mereka sebaik mungkin.

Antara penyelewengan peniaga adalah seperti harga barang yang tidak stabil, kegiatan menyorokkan barang untuk menaikkan harganya, barang berkualiti rendah, barangan yang membahayakan pengguna, timbangan dan sukatan yang tidak tepat serta maklumat yang mengelirukan.

Anda patut ingat kes kekurangan gula, kekurangan minyak masak, susu dicemari melamin, mainan mangandungi plumbum berlebihan, makanan dimasuki serangga, barangan luput tarikh, sistem yang menganiaya dan bayak lagi yang mungkin akan terus menimpa kita dari semasa ke semasa.

Wallahualam

9 ulasan:

fakir al banjari berkata...

ada orang pernah jumpa cicak dalam kicap, jumpa cuping telinga dalam tin ikan sardin, jumpa lalat dan ulat tu toksah cerita la pasai banyak dah.

Lepas ajar topik ni la yang aku tak jadi joint Hai-O

Oghang Ba Ado berkata...

he he he.. tahniah.. anda orang yang sedar, dan berani bersuara..

Gelojak_Jiwa berkata...

kalo jumpa kita saman dapat duit tak? hahaha! tak abih2 lagi dengan hai-onya ye..

wak lotong berkata...

waahh.....
baru kini ku sedari..
diri ini disayangi.....

hikhikhik~~

fakir al banjari berkata...

GJ, I jenis tak minat nak makan, tapi kalau makan memang sampai sendat dan sendawa, biar sampai pueh.

Ada kes menang saman sampai berjuta sebab jumpa cicak dalam kicap. Dia jadi trauma bila nampak kicap. ha ha ha

kalau nak boleh cuba.

Wak Lotong, ganaih hang ni nooo

Gelojak_Jiwa berkata...

jom kita saman! dapat duit boleh beli tanah..

fakir al banjari berkata...

baik cari kokek

kiaisepuh berkata...

baguih la ilmu ni hari tu aku mengamuk kejap kat satu bank di malaysia hampeh cuba nak menipu kurang asam. yang satu lagi guna islamik sistem tapi cerita tak abis time nak sain kontrak eh! ada benda lain pulak aku pun tanya" hari tu tak cerita pun?" eh ye ke tak cerita? jawab pegawai tu.. aku pun cakap macam ni lah yang insurans diri tu saya tak nak yang tulis wasiat tu pun saya tak nak lepas tu aku kasi ceramah kat pegawai tu...berguna juga ilmu perdagangan yang aku ajar selama ni..terkebil-kebil mata pegawai tu...hehehe

fakir al banjari berkata...

ganaih oghang kedah ni noooo