KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





30 November 2010

ALLAH DI MANA?




Sorang sahabat bertanya kepada Pak Ngah Adan "kenapa kau tak setuju sangat dengan Wahabi yang kata Allah duduk bersemayan atas Arash tu, kan ada ayat Quran yang kata macam tu?"

Pak Ngah Adan jawab "memang la ada, tapi tu ayat mutasyabihat, bukan muhkamat, maksudnya tak direct, tapi berkias"

"Habis tu, Allah duduk di mana?" tanya sahabat itu lagi

"Allah wujud tidak bertempat" jawab Pak Ngah Adan

"Boleh pulak macam tu?" soal sahabat tu balik

"Apa tak boleh pulak, Allah tu Tuhan, Dia Maha Sempurna, Dia langsung tak sama macam makhluk. Kita ni makhluk, sebab tu kita perlukan tempat" jawab Pak Ngan Adan

"Yang duduk di atas Arash tu?" soal kembali macam tak puas hati

lalu jawab Pak Ngah Adan panjang

"Cuba kau fikir, antara sifat Allah adalah Maha Sempurna, maksudnya tak memerlukan apa-apa lagi sebab dah sempurna. Kenapa kita duduk atas kerusi? Sebab kita letih bila berdiri lama, kita letih sebab kita tak sempurna. kenapa raja duduk bersemayan atas singsana? Sebab nak tunjukkan dia lebih tinggi kedudukan dia berbanding orang lain. Allah Maha Sempurna, jadi Allah tak perlukan apa-apa lagi dah hatta tempat bersemayan"

"Satu lagi, Allah adalah Maha Awal, yakni Dia dah ada sebelum benda lain ada. Dia ada tanpa permulaan dan tak ada kesudahan. kita ada permulaan dan kesudahan sebab kita makhluk. Maka Allah wujud sebelum adanya Arash. Kalau orang kata Allah bersemayan di atas Arash, maka di mana Allah bersemayan atau duduk sebelum adanya Arash?"

"Kalau Allah duduk di tempat lain, lepas tu berpindah dan duduk bersemayan di atas Arash, maksudnya Allah berubah. yang berubah tu adalah makhluk sebab makhluk tak sempurna. Budak kecik memang comel, ramai orang suka, tapi berubah ke dewasa sebab bayi tak boleh kerja dan beribadat, jadinya manusia tu memang tak sempurna, dan semua makhluk tak sempurna. Selain dari Allah adalah makhluk, akan binasa. Maka di mana pulak Allah akan duduk bersemayan bila Arash dah binasa nanti?"

Terangguk-angguk sahabat tadi tanda faham. Lalu bertanya lagi "ooooooo, jadi apa maksudnya Allah bersemayan atas Arash tu?"

Jawab Pak Ngah Adan "Ayat tu menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t ke atas sekalian alam. Macam dalam buku lama ada menyebut sultan itu bersemayan di negeri Perak, itu tak bermaksud duduk, tapi berkuasa"

"Ingat, Allah wujud tidak bertempat, dan tidak diliputi oleh masa. Allah berbeza sama sekali dengan makhluk. Selain Allah semuanya adalah makhluk"

"Sekarang baru aku faham kenapa ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah terlalu memusuhi Wahabi, ini bab akidah dah ni, bukan soal ranting bab zikir je rupanya" Kata sahabat itu lalu meminta diri untuk beredar

p/s : Bagaimana akidah kita? Dah belajar lagi? Takkan setakat belajar di sekolah aje kut...... (Kata guruku)

wallahualam

7 ulasan:

^^~::RadenCilik::^~^ berkata...

Salam tuan rumah,

Izinkan sy bg pendapat...sy stuju dgn tuan..pemahaman wahabi setakat disitu...alangkah indah dan bahagia sekiranya mereka menggunapakai beberapa ayat lagi yang menyatakan keberadaan Allah...mereka perlu mengikut peringkat pemahaman mereka yang selanjutnya bukan sekadar berada disitu sahaja...

~Bila dah sampai rumah yang dituju..takkan nak naik tangga pertama je kan, mesti nak melangkah ke tangga seterusnya sampai naik kerumah kan~

Walaubagaimanapun, DIA jua lah yang tempatkan tahap kita dimana...tiadalah kita upaya melainkan DIALAH yang meletakkan kita dimana yang DIA suka...upaya dan kudrat pun bukan kita yg punya dan tentukan... :)

skadar berkongsi...
setiap percanggahan itu ada kebaikan yang perlu kita cari..
disitulah duduk letaknya hikmah akan kebesaran dan kekuasaanNYA

peace aje deh....

fakir al banjari berkata...

InsyaAllah. oleh kerana blog ni tatapan umum, ramai peajar sekolah harian biasa, maka kaedah saya adalah penyampaian yang palig mudah untuk difahami kalangan umum. Sampai masanya nanti saya cuba naiki anak tangga yang lebih tinggi dan masuk ke rumah.... saya pun masih belajar lagi

terima kasih pandangan tuan, saya amat hargainya.

wak lotong berkata...

terima kasih cikgu...

^^~::RadenCilik::^~^ berkata...

Salam..sama2 kita berkongsi pndgn. Pembelajaran yg tiada taranya slagi kita masih disini.
Pembelajaran yg bukan shj utk tahu malah utk kenal dan faham akan nikmat rasa buah durian itu.bukan lg stakat melalui pckpn org atau pmbacaan.itulah, masing2 perlu rasa sendiri nikmatnya RASA itu.insyaallah dgn ilmuNya kita kan mulakan perjalanan.

Peace aja deh!

kiaisepuh berkata...

takpa guna ajar pendekatan yang boleh difahami..mengajar biar orang faham kalau tak faham apa gunanya. Rasulullah mengajar memang org akan faham..hehehe..kadang2 kita mengajar guna ayat power berputar-putar last kali kita ja faham org lain tak faham kesian kat kita ilmu kita tak dapat nak di manfaatkan org

fakir al banjari berkata...

Pembaca yang berminat lebih mendalam, dan saya kenali, akan saya beri personal touch susulan

Gelojak_Jiwa berkata...

saya minat mendalam bang! hohoho!