KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





25 Disember 2009

MAKHLUK TERKUAT

gambar tiada kaitan


Suatu hari Saidina Ali r.a telah ditanya oleh seorang sahabat

“Wahai Ali, apakah makhluk terkuat di dunia?”

Jawab Saidina Ali :

“gunung, makhluk paling kuat adalah gunung”

“Tetapi, besi lebih kuat dari gunung, kerana besi mampu menembusi gunung
Tetapi, api lebih kuat dari besi, kerana besi mampu meleburkan besi
Tetapi, air lebih kuat dari api, kerana air mampu memadamkan api
Tetapi, awan lebih kuat dari air, kerana awan mampu membawa air
Tetapi, angin lebih kuat dari awan, kerana angin mampu membawa awan
Tetapi, bangunan lebih kuat dari angin, kerana bangunan mampu menahan angin
Tetapi, akal manusia lebih kuat dari bangunan, kerana akal manusialah yang membina bangunan
Tetapi, mengantuk lebih kuat dari akal, kerana mengantuk mampu melemahkan akal
Tetapi, perasaan gelisah lebih kuat dari mengantuk, kerana perasaan gelisah mampu melawan mengantuk
Sesungguhnya, makhluk yang paling kuat di dunia adalah perasaan manusia”

Perasaan ketakutan sesuatu lantaran menyayangi sesuatu mampu mengecutkan perut hingga seseorang mampu melakukan sesuatu tindakan walhal ia tidak mampu dilakukan olehnya hatta mungkin orang lain. (Lihat kisah di http://mautauka.blogspot.com/)

Perasaan kasih sayang mampu membuatkan orang menjadi ‘gila’ di mata orang lain kerana kecintaannya itu. Melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang yang berfikiran waras lazimnya.

Perasaan inginkan kejayaan mendorong seseorang berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu sama ada bekerja atau belajar. Hinggakan lantaran perasaan itu, ada orang yang mampu bekerja atau belajar sehingga lewat malam. Lihat sahaja suasana di asrama universiti sebulan sebelum peperiksaan.

Peasaan ingin tahu menyebabkan manusia meneroka laut dalam, gunung berapi, angkasa raya dan sebagainya walhal kehidupan biasanya sudah cukup selesa.

Semuanya kerana perasaan. Tetapi awas, apabila perasaan menguasai diri, akal mungkin terabai sehinggakan tindakan menjadi tidak lagi rasional dan dinilai. dalam pertempuran dua pendekar yang sama hebat, kemenangan lebih memihak kepada yang mampu mengawal perasaannya. Perasaan marah yang membuak-buak seringkali menyebabkan tindakan melulu yang akhirya mendatangkan kerugian.

Kerana itu dalam pertempuran, salah satu kaedah yang diajar dalam silat jika terpaksa bertarung, adalah menaikkan kemarahan musuh sehingga tindakannya menjadi melulu dan lebih mudah ditangani.

Sekembalinya dari satu peperangan, Kecintaan kita Baginda Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud

“Sesungguhnya kamu telah pulang dari peperangan yang kecil, menuju kepada peperangan yang besar”

Lantaran itu pesilat silam tidak dipisah dengan ilmu dan amalan tasauf, bagi mendidik hati, mengawal perasaan. Pertempuran yang besar sebelum pertempuran yang kecil.

17 ulasan:

fakir al banjari berkata...

moral of the story

kalau kita rasa kita yang paling kuat / hebat / terer / berilmu, sebenarnya ada di dunia yang melebihi kita......

di mana keduduka tasauf dalam arena pesilatan hari ini?

mautauka berkata...

yes.

itulah yang kita mahukan.

tasauf.

terangkan hati dan fikiran ahli silat dengan tasauf.

sokong 100%.

Gelojak_Jiwa berkata...

bagaimana nak elak mereka dari memahami tasauf dari perspektif yang sempit iaitu menjauhi dunia sehingga tak kawin, tak bekerja, duk sorang2 dalam utan dan berzikir?

Kita kena sama2 bincangkan kaedah yang sesuai sebagai seorang guru. Mungkin kena ada silibus dalam pembelajaran silat contohnya

Oghang Ba Ado berkata...

satu caranya ialah dengan memberikan penerangan, dan kefahaman yang setaraf dengan level akal orang yang nak disampaikan.

A = tabligh (menyampaikan)

B = fatonah (bijaksana)

A+B= menyampaikan dengan bijaksana.

bila method kita betul dan sesuai, ketakutan dan prejudis mereka akan hilang.

p/s: bab perasaan dalam art of war/seni peperangan/kitab wu mu diletakkan di bawah tajuk '5 kelemahan panglima'... heh heh heh heh..

fakir al banjari berkata...

elak, tepis ...... kalau malaikat punya serangan macam mana?

Gelojak_Jiwa berkata...

Kau siapa?

Aku malaikat maut!

Pangggg!!!?? Ehh,kenapa kau tampor aku? Aku malaikat maut!

Sebab kau tak bagi salam.

(Lalu malaikat pun mengadu pada Allah)

ps : bole ke kita sampai tara tu?

fakir al banjari berkata...

Huh, nak tampar anak murid pun tak sampai hati, nak tampar pengetua pun pikir banyak kali, nak tampar PM pun tak berani, ni pulak nak tampar dia tu.......

Gelojak_Jiwa berkata...

hahaha!

fakir al banjari berkata...

Hari ini ramai pesilat yang rasa dia cukup hebat, atau guru dia paling hebat, atau aliran dia paling hebat....

kebanyakannya adalah kerana dunianya tidak berkembang dan terbuka. dia hanya ambik tau pasal yang berkaitan dengan dia sahaja, jadi memang nampak hebat.

macam kebanyakan rakyat kita yang rasa kita cukup aman, cukup mewah, cukup betuah. sedangkan banyak lagi tempat yang lebih semua tu. kerana itu banyak manfaat merantau.

jauh perjalanan, luas pandangan, bertambah pengetahuan, lebih tepat persepsi tentang kehidupan dan dunia ini

Oghang Ba Ado berkata...

aku setuju sesangat bang.. kita ni perasan je macam best, tapi pengabisan cuma jaguh kampung aja, kuat berkokok kat tempat sendiri..

bila nak diingat-ingatkan.. jauh dah berbeza dunia yang aku duduk masa sebelum keluar kampung dan selepas balik kampung..

marantau jang ooiii..

badagang jang ooiii..

Gelojak_Jiwa berkata...

betul tu!!! aku lepas kawin ngan orang kelantan baru tau kenapa orang kelantan banyak duit. Rumah besor.. Banyak I blajo! huhuhu!

fakir al banjari berkata...

Masa harga kelapa sawit mahal 10 tahun lepas ada peneroka dapat hasil dalam RM4000 sebulan. masa tu bukan main berlagak lagi. boleh jerkah dan kutuk cikgu "gaji cikgu berapa? ni tengok ni, 4000 sebulan, tak payah nak suruh anak pi sekolah, jadi peneroka lagi kaya"

bila harga buah sawit murah dan gaji tak sampai 500, baru nak baik semula dengan cikgu. aku pun masa tu rasa pendapatan peneroka 4000 tu banyak yang amat.

bila duk KL dan tau ada orang gaji 10,000, 20,000 malahan 50,000 sebulan, baru tau yang pendapatan peneroka selama ni tak banyak mana pun. syok la pasal duk banding dengan jiran-jiran dan cikgu je....

Gelojak_Jiwa berkata...

Saya tengok cikgu-cikgu lama pakai keta besor2, MPV rase hebat dah diaorang nih. Honda city, vios, civic, puh, hebat tuh!

Bila balik kelate cikgu pun pakai vios, honda city, myvi, saga, waja, wira.. Tapi kereta kedua! kereta pertama merces, bmw, accord, dsb.

Banglo besor2, banyak bisnes, bdk2 kelate pun result lagi bagus, walopn diaorang banyk bisnes. nape ye?

fakir al banjari berkata...

sebab anak murid hormat cikgu kut

Oghang Ba Ado berkata...

agaknya...

Gelojak_Jiwa berkata...

maybe.. but what make they respect at their teacher ya?

fakir al banjari berkata...

becouse majority the teacher mempunyai taraf hidup dan status yang tinggi macam cikgu dulu-dulu. cikgu kira kerja paling best dalam kampung tu. la ni dah berlambak kerja yang 'merendahkan' kedudukan kerjaya guru agaknya