gambar dari yizhimei5.wordpress.com
Hari ini, semakin ramai anak Melayu sudah tidak berminat dengan silat. Sama ada mereka langsung tidak meminati beladiri kerana asyik berhibur dan mengejar gred A dalam akademik atau lebih meminati dan mengagumi beladiri yang lain.
Lantaran itu pesilat perlu menunjukkan kehebatan yang ada pada mereka, supaya dua sebab di atas dapat dikurangkan. Ya, ramai anak Melayu sanggup bayar beratus ringgit sebulan untuk beladiri lain tetapi tidak untuk silat.
Antara cara lazim untuk guru menunjukkan kehebatannya adalah mealui pertunjukan atau demo. Pertunjukkan biasa berbentuk pertempuran atau yang lebih dari itu seperti memecah genting, berjalan atas kaca, berjalan atas bara, melompat gelung api, mencelup air panas, mandi asid dan sebagainya. Walaupun demo dilakukan oleh anak murid, kredit sebenarnya adalah untuk guru juga. Ada juga pesilat yang menunjukkan kehebatan melalui tulisan di buku, majalah, cerpen, lukisan, web hatta di dalam blog. Ini lazim bagi menceritakan kehebatan yang berlaku tanpa boleh dipertonton melalui pertujukan. Barangkali ia pengalaman sebenar yang menunjukkan ilmu persilatan itu benar-benar praktikal dan boleh diharap tika diperlukan. Ada juga yang melalui rakaman yang ditayang di media seperti televisyen dan internet atau diperbanyak dalam bentuk cakera padat atau digital. Motifnya tetap sama, menunjukkan kehebatan ilmu persilatan.
Namun dalam menunjukkan kehebatan itu, hati perlu dijaga. Perlu dijaga benar-benar. Sebenarnya yang mahu ditunjukkan kehebatan siapa dan apa? Kehebatan pesilat sendiri? Kehebatan ilmu persilatan Melayu? Atau kehebatan Allah s.w.t?
Jika mahu menunjukkan kehebatan diri pesilat, awaslah kepada bahaya ujub, riak dan takbur.
Ujub – perasan dirinya hebat, walhal tidaklah sehebat manapun.
Riyak – merasakan dirinya hebat sehingga lupa bahawa makhluk tidak memberi bekas, lupa segalanya adalah kekuasaan Allah s.w.t.
Takbur – merasakan dirinya hebat dan memperlekehkan orang lain. Dia menafikan kehebatan ilmu orang lain dengan perbuatan dan kata-kata. Cakap besar.
Jika mahu menunjukkan kehebatan ilmu persilatan Melayu, itu adalah baik. Namun jika terhenti sekadar di situ adalah malang kerana tidak sampai hujungnya. Kerana mungkin masih ada rasa bangga dengan kemampuan bangsanya mengumpul ilmu beladiri yang hebat walhal tiada kelebihan sesuatu bangsa atas bangsa yang lain melainkan kerana iman.
Jika mahu menunjukkan kehebatan Allah s.w.t, maka itulah yang sewajarnya. Mahu menunjukkan bahawa dengan ilmu yang dipinjamkan oleh Allah dan izinNya, manusia dapat keluar dari kongkongan logik sains dan matematik. Keluar dari hukum alam. Dan jawapan bagi semua persoalan adalah – segalanya adalah kekuasaan dan izin Allah s.w.t. tiada yang mustahil bagiNya. Makhluk tidak meberi bekas. Api tidak membakar, parang tidak meluka, kepanasan tidak melecurkan, kaca tidak meluka tanpa izinNya. Keluar dari hukum sebab dan akibat.
Jika setitis air di lautan yang dipinjamkan, dan entah berapa peratus sahaja dari setitis itu yang kita ketahui, sudah memberi kesan sedemikian, bagaimana agaknya kehebatan Allah s.w.t? Kekuatan pemilik sebenar ilmu yang kita pinjami itu? Kembalilah kepadaNya wahai saudara-saudaraku. Mampukah kita melawanNya? Jika tidak (pastinya tidak), sudah cukupkah taat kita selama ini?
Jika itulah matlamat, silakanlah. Muda-mudahan ia dikira sebagai amal soleh di sisiNya.Wallahualam.
Ketika bergelanggang di gelanggang Lok 9 menuntut dari Azlan Ghani dan di gelanggang Setia Bakti dari Cikgu Dahlan Karim, ada nada yang serupa diluah dua guru yang lama berkecimpung dalam memartabatkan silat ini.
“Pesilat perlu tunjuk hebat”
“Pesilat perlu tunjuk hebat”
"Jangan lagi berlaku, guru mati, ilmu hilang"

5 ulasan:
kerana itulah motivasiku adalah anak-anak murid silatku..
Aku menjadi sayu melihat mereka bersemangat dalam mencari wadah perjuangan sejati walaupun kadang-kadang aku merasa fedup dengan ujub,takbur dan riak ku..
aku juga sentiasa ingat pesanan abang mautauka..
Apakah sumbangan kita terhadap Silat apabila telahpun nampak dan tahu matlamat sebenar? Adakah kita nak meninggalkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan sedangkan kita seronok berfoya-foya mencari kepuasan?
Namun dalam pertolongan itulah ramai musuh yang mengganggu sehingga menimbulkan fedup. Mungkin kerana aku menunjukkan kehebatan Keakuan bukannya Aku.. Astaghfirullah..
Sukarnya perjalanan ini.. Beratnya ujianMu ini Ya Rahman..
Rupanya itulah tujuannya teman dan kasih sayang.. Patutlah Rasulullah pun menangis tatkala kematian isterinya dan para sahabatnya. Jika bukan kerana sahabat sejiwaku, mungkin sudah lama aku tersungkur di pintu derhaka..
Ya Allah Ya Malik.. Satukanlah jiwa-jiwa ini dalam mematuhi perintah dan laranganMu.. Ya Haiyu Ya Qayyum.. Berikanlah kekuatan pada hati-hati ini dalam menjalankan misi suci ini.. Ya Rahman Ya Rahim... Kasihanilah kami.. Kami Fakir, dengan rasa Mautauka, Berada dalam Gelojak.. Mencari setitis ihsan dalam melayari ujian dan tugas yang telah Kau sediakan ini.. Amin Ya Rabbala'lamin..
Amin Ya Allah
jangan tinggalkan dakuuuuuuu.....!
mana ada aku tinggalkan OBA. mana mungkin, tengok betul2, kan ada di situ. kami FAKIR, dengan rasa MAUTAUKA, BERADA dalam GELOJAK.. Amin..
mari bersama menuju kejayaan.
jangan tertinggal dalam anganan masing-masing
Catat Ulasan