gambar dari my.opera.com
Ketika membeli Ikan Cermin di Pasar Borong Selayang seminggu yang lalu, aku terdengar perbualan peniaga dengan seorang pelanggan tua.
pelanggan tua : "kalau aku belum berhenti, banyak juga dapat bonus tahun ni"
peniaga : "Bank yang kau kerja dulu ke? berapa banyak dia bayar bonus?"
pelanggan tua : "ada la dalam 5 bulan gaji"
serta merta aku teringat kepada perbualanku dengan dua jiran yang membeli rumah di sebelah rumahku di Perak. Jiran di sebelah kiri bekerja sebagai pemandu di FELDA Plantation Bhd. Yang di sebelah kanan di kilang sawit milik FELDA Palm Oil Bhd. Kedua-duanya syarikat milik FELDA.
Jiran rumah kiri : "macam mana tahun ni? banyak ke dapat bonus?"
Jiran rumah kanan : "Ada la jugak macam tahun-tahun lepas"
Jiran rumah kiri : "Kami tahun ni dapat 7 BULAN je bonus, turun sikit. tahun lepas 9 bulan"
Jiran rumah kanan : "Ye ke? kami tahun ni dapat la bonus SETAHUN gaji"
aku : "Alhamdulllah, kami ni dapat RM500 bonus tahun ni"
p/s : banyak ke korang dapat bonus tahun ni? he he he
53 ulasan:
kalau tak tau nak beli apa duit bonus tu, belilah penapis air Imtiyaaz. bagi kat keluarga di kampung. anda pasti berpuas hati. InsyaAllah
alhamdulillah...
telah termaktub rejeki kita rm500..bersih halal lagi suci.. syukur..jangan ada sifat mendengki dengan bunus yang berlipat kali ganda....peranan kita mungkin 1x ganda atau separuh aja...dan mungkin peranan mereka lebih berganda -ganda...dengan bonus yang berganda ganda... masyaallah ...kita gandakan peranan kita dengan ilmu dan amal...
*beli penapis air pun ok.. badan jadi sehat...
aku nak bonus setahun gaji. Kerajaan kedekut! Duit semua kau makan anak beranak. Rasuah sampai berbilion-bilion! Aku tuntut kat akhirat. Kalau dah memang termaktub rezeki aku setakat tu memang aku redha jer. Tapi ni dah makan duit aku mana aku nak redha!
mana ang tau tu duit ang.... hahahaha...takruf skit..
mampukah kita membina duit kita sendiri?..potostat banyak2
layakkah kita menerima gaji kita tu....?
setimpal ke kerja + bonus dengan hasil kerja kita.... masyaallah..
itulah ragam dan piagam bila keje ngan glovermen(orang yang slalu menyarungkan tangan mereka) berbanding ngan swastar( memang keje tahap 5 star, terbang diangkasa langgar semua planet yang ada)..kihkihkih...
*(paham-paham sendiri)
ape yang penting....
IKhlas kerjer......
Bila Ikhlas tenang jiwa raga...
amanat jangan jadi kianat..
amanah jangan sampai bernanah...
jujur jangan sampai terlanjur...
kalu kerja sahaja itu yang kita mampu lakukan.....cari yang terbaik
Allah sentiasa menguji keimanan manusia
**respek abang fakir.. business jual penapis air. tambah pendapatan isi rumah..(bukan tambah isteri dirumah)..hehehehe
Sebagai penganut Islam yang progresif (bukan Islam Progresif yang Dr Asri kata tu), aku berpandangan kita kena sentiasa buat usaha sehabis baik selagi ada peluang dan kudrat.
Miskin baik kalau redha dan bersyukur. Tapi kaya lagi baik kalau bersyukur. kerana kesyukuran orang kaya diikuti oleh alam sedekah jariah yang membantu umat Islam yang lain. Di samping zakat yang wajib. Ia akan ikan hati umat Islam yang berada dalam kesusahan terhadap Islam dan menjadi dakwah sentuhan hati kepada yang belum Islam.
Kalau bonus sikit, syukurlah. Tapi jika banyak, juga syukur dan ada manfaat tambahan jika wang itu diurus dengan sempurna mengikut jalan hak.
(Ujian terima bonus yang banyak lebih berat berbanding dapat bonus sikit, agaknya)
Tapi dalam bab rasuah berbilion tu dah masuk perkara lain. memang ada kaitan, tapi boleh dilihat secara terasing.
Pertama saya tiada sebarang bukti terdapat rasuah berbilion, yang ada hanya ribuan dan jutaan (yang saya pasti dan terbukti). Selagi tiada bukti, ia bukan hujah yang baik kerana ada unsur berburuk sangka dan tuduhan, yang sebaiknya cuba elakkan.
Kedua, jika benar pun, wang rasuah (jika benar la) lebih layak diguna untuk projek pembangunan menguntungkan rakyat jelata berbanding sebilangan penjawat awam.
Ketiga, jangan kita jadi orang yang mengejar dunia kerana ia akan lari, dan kita akan letih. akibatnya keluarga, bangsa dan agama mungkin terabai kerana kesibukan dan keletihan kita.
alam = amal
ikan = ikat
maaf ye, saloh la pulok
xde bukti rasuah berbilion? kita tengok sahaja pelabuhan klang, berapa bilion lari? dari target asal 2 bilion je dah jadi 12 seomething bilion. cukup untuk buat satu lagi putrajaya. dah le tak siap lagi.
Pada ata, kau cuba kira cara matematik. Kerajaan bayar 300 juta untuk bayar bonus kakitangan awam, untuk kenaikan gaji tahun 2007 kerajaan bayar tambahan RM 3 bilion. PKFZ sahaja dah rugi 10 bilion! kau cuba kira baik2. Mana pergi 10,000 juta???? Itu belum aku amik kira-kira petronas lagi.
nak berserah pun agak-agak la. jangan sampai pahala menjadi dosa. melihat kemungkaran sana sini kita redha je. Cuba bayangkan baru satu projek tuh. Bumbung mahkamah runtuh? bumbung stadium runtuh? sekolah runtuh? dewan sekolah runtuh kau ingat duit siapa?
tengok projek BAKUN, perwaja yang kerugiannya mencatat berbilion-bilion, kalau bukan Rasuah apa lagi? Lihat sahaja kerugian MAS sehingga berapa bilion?. Cuba tambah semua tu jadi berapa!
Itu menandakan majikan kita lemah. Apa kau ingat orang kerja dengan kerajaan ni semua teruk ke?! Semua kaki tuang ke?! Hak aku tetap nak tuntut gak!
Mari tukar majikan yang kasi kaya dia punya perut! hak rakyat ditindas, duit rakyat bagi makan anak binni. Lepas tu salahkan ekonomi merosot kununnya. Ceh!
sapa la kita untuk menghadapi semua itu....wahai uda(tidak bermakna berserah)
kita hanya boneka yang yang mampu meluahkan pendapat dan bercakap seperti dalam air..(blup,,blup,,blup) buih-buih akan muncul dan timbul di permukaan.. pastu oksigen dah takda..pastu apalagi mampuih la...wakakakak...sapa lagi yang nak selamat kan kita? pada Allah jua kita mohon...bak kata nabil...lu fikir la sendiri...kih..kih
memang la sudah terang lagi besuluh tuan uda..anak murid aku pun dah tau benda2 camtu... kesian kat diorang...sebagai pendidik ape peranan kita.. terus menutup lapisan atmospere yang dah bocor tu ke atau terus melepaskan carbon dioksida dengan banyaknye melalui kata2 yang mencengkam jiwa...
** ada ke ayat aku suh beserah .......kih..kih...
ginilah ayat-ayat guru sains yang penuh dengan alam semula jadi
persoalan---camne nak tutup lapisan atmospere tu ye.....
Sapa kita? kita la tuan, kita la majikan. takkan kita ingat kita ni orang gaji? Haha..
siapa yang kata kita boneka? Boneka siapa? Boneka kerajaan ke boneka Allah? Nak bermohon kepada Allah mesti diiringi usaha. tak boleh hanya berdoa sahaja. Itu malas namanya.
Sebab itu I nak bonus setahun gaji, sebab nak britau jika kerajaan cekap dan amanah, maka kita akan dapat bonus yang sepatutnya.
Maka bagaimana nak dapat kena la usaha dengan cara samada mencegah dengan tangan(undi), lidah(pendapat) atau hati (selemah-lemah iman).
Persoalan sekarang bukan bersyukur ke idak, tetapi HAK. HAK tu yang kita perlu tau, lain dengan ikhlas.Kena paham perbezaan kedua-dua ni. HablumminAllah dan hablumminannas.. Cuba bayangkan orang gaji 1000, anak 5 orang. cukup ke bonus 500 tu? Jangan hanya pentingkan diri sendiri. Kena fikir kepentingan masyarakat juga..
Jangan memegang doktrin Qadiriyah. NIi nak ajak rakan-rakan hirup oksigen la ni. Supaya tak lemas tunggu gaji tiap2 bulan.. blupp..blupp..blup... hehe..
Mari berkecimpung dalam perniagaan hartanah. Untung lagi menguntungkan.. Pulangan sehingga 400%. Jom! Apa tunggu lagi?
p/s jika pergi kelantan, lihat rumah banglo sebesar-besarnya.. maknanya itu rumah Cina atau rumah CIKGU kebanyakannya. Tak percaya? pergi la tanya sendiri.
Isu PKFZ masih dibicara di mahkamah. belum terbukti. seeorang belum dianggap bersalah sehnggalah ia dibuktikan bersalah. tuduhan pun juta-juta je, belum sampai bilion lagi.
Yang bilion tu PKFZ kena bayar bunga kepada Kementerian Kewangan sebagai faedah atas pinjaman yang diberikan. hoh, kayo la kerajaan kita.
Walaupun rasuah memang wujud, tapi kita kena adil dan berpegang kepada ilmu dan kebenaran ketika berhujah. jangan kerana kita tak suka sekelompok orang, maka kita buat tuduhan melulu tanpa bukti atau membesar-besarkan tuduhan. orang zaman ni dikelilingi maklumat, boleh menilai mana yang benar mana yang auta. Jadi jangan tuduh sebarangan.
Sokong pada yang betul, bantah pada yang salah. bukan pada orangnya. kerana orangnya boleh bertindak betul, boleh buat salah
duit tu cukup kalau urus dengan bijak. tapi ramai yang tak bijak urus wang sebab duk terikut orang kaya atau terpengaruh budaya membazir yang sia-sia. orang gaji puluh-puluh ribu pun tak cukup juga.
macam best jual tanah,lot kubur ada jual tak?
Sungguh bijaksana kata-kata tuan fakir...dalam berat ada timbangnya... dalam rasa ada suanya,
dalam kata ada isinya, dalam sempit ada lapangnya dalam fakir ada darah banjarnya.....kita sama-sama banjar....banjar ranger....
yeyeyeye.....
**memegang doktrin Qadiriyah.?????.ambo becadang nak ambik doktor falsafah la...abg udaku abg udaku....
Baiklah,mungkin saya tak patut menyatakan rasuah kerana tiada bukti nyata walaupun perkara itu selalu berlaku depan mata kita. Biarlah saya menyebut kerugian yang ditanggung oleh kerajaan sahaja akibat ketidakkecekapan, tidak amanah, amalan rasuah, malah kerana tiada dibicarakan di mahkamah.(sebab itu tidak dibuktikan di mahkamah sebenarnya)walaupun dibuktikan laporan audit.
1. Kerajaan telah memberi komisen (bukan rasuah) sebanyak 0.5 bilion untuk pembelian kapal selam scorpene. (siapa nak dakwa?)
2. Ketua Audit negara telah menyatakan kerugian 1.14 bilion untuk projek landasan keretapi berkembar. Belum terbukti
3. Negara hilang 2 buah jet kapal terbang bernilai 100 juta. Bukan rasuah kerana belum terbukti.
4. Kerugian MAS pada suku ketiga bernilai 298.9 juta. bukan juga sebab rasuah sebab kenaikan harga minyak. (Air Asia asyik untung je)
5. 2008. YB. Abd Khalid menyatakan pasir yang disedut di selangor mendatangkan hasil 250 juta. Tidak seperti kerajaan sebelumnya yang hanya mengutip hasil sebanyak 30 juta. tiada bukti rasuah
6. Lihat pula laporan kewangan kerajaan negeri kelanta mengenai hasil balak negeri sebelum dan selepas kerajaan bertukar. melibatkan perbezaan ratusan juta. (tak ingat berapa). Siapa nak dakwa?
7.Lebih teruk lagi,penganalisis politik Ooi Heng memetik statistik anggaran sebuah badan pelabur Amerika Syarikat, Morgan Stanley, mendakwa Malaysia kehilangan RM330 billion kerana rasuah dalam jangka masa 20 tahun yang lepas. Malah, Pemudah yang ditubuhkan dalam zaman pemerintahan Abdullah Badawi, pernah menganggarkan kehilangan sebanyak RM10 billion kerana rasuah dalam tempoh setahun. Ini tidak dibuktikan kerana tiada orang nak buktikan.
8. PKFZ telah mengalami kerugian lebih 4 bilion. (tak kira faedah)
9. Kerajaan malaysia bayar ganti rugi kerana tak bina jambatan Johor (tak ingat berapa, yang penting lebih 100 juta).
Dan banyak lagi, BAKUN, PERWAJA, MSC, Pembelian SUKHOI dan SCORPENE serta lain-lain. Walaupun mereka tak mengaku, tapi tak pernah pun didakwa di mahkamah kerana memang tak nak bawa. Contoh terbaik kes Lingam dan BalaSubramaniam. Petronas? Semenjak tahun 1974, langsung tiada sebarang laporan audit. Kelakarnya.. Persatuan Anak Banjar Besout pun kena ada laporan audit, ini pulak PETRONAS.
Semuanya kerana tak didakwa di mahkamah, begitu juga kes kerajaan negeri Perak, pun takde keputusan mahkamah. jika ada pun jelas melanggar PERLEEMBAGAAN.
Walopun tiada bukti rasuah di mahkamah, tetapi lihatlah pada bukti-bukti lain yang jelas akan kehilangan wang negara dan penyalahgunaan kuasa.
Sebab itulah saya kata jika dikira, memang kita layak mendapat bonus seperti pekerja swasta. Walaupun bulan ada di depan mata, janganlah tunggu ia jatuh ke riba.
Terima kasih atas peringatan saudaraku Abang fakir atas konsep pembuktian itu yang penting. Dan juga ata kerana menekankan konsep ikhlas dalam pekerjaan. Memang benar sekali peringatan kalian, tak boleh dinafikan.
Hak dan tanggungjawab yang perlu kita galas untuk memastikan setiap rakyat mendapat haknya yang sepatutnya perlu diberi perhatian. Maafkan saya jika ulasan beremosi tetapi itulah realiti. Itu caraku.
Harapan janganlah menutup mata melihat segala kekayaan mukabumi Malaysia ditelan oleh pontianak-pontianak yang menghisap dengan sepuas-puasnya hasil negara. (OBA pantang mendengar klausa ini)
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Jiwa yang sentiasa Bergelojak..
Wallahua'lam
sebab itu kamu dinamakan gelojak jiwa abang udaku...kekekekeke
jiwamu sentiasa menggelegak dan bergelojak....
***mataku akan tertutup bila tido, tapi roh masih bejalan(mengigau..teringat penapis air abg fakir..air..air..air)**ngeee...
dengarlah lagu arca sepihanca(nama telah diubah) :sampai menutup mata...layan..layan..
OBA dimanakah dikau...
OBA tengah mabuk... Roh dia merayau di alam 2 Januari..
Tuan Gelojak perlu asing dan jelaskan antara rasuah dan kerugian akibat rasuah.
negara kita tak banyak bagi rasuah, yang banyaknya adalah kakitangan kerajaan yang terima rasuah. itu tidak dibayar guna wang kerajaan.
masalahnya adalah kerugian akibat rasuah tersebut. bayaran tiggi melebihi harga sepatutnya, kualiti kerja rendah yang hasilkan kemudahan berkualiti rendah yang perlu segera diganti, pembaikan bagi kerosakan, ulangan kerja dan sebagainya adalah kos yang perlu ditanggung akibat amalan rasuah dalam kalangan kakitangan awam sama ada bertaraf menteri atau pembantu rendah am yang mengejar wang tanpa mengira halal haram dan kesannya kepada umum. itulah keugian yang ditanggung oleh kita semua.
amalan pecah amanah dan penelewengan juga perlu dibezakan dengan rasuah. kes yang disenaraikan oleh tuan Gelojak di atas, sebahagannya buka rasuah, dan terkeluar dari topik perbincangan.
Kalau kerajaan dapat berjimat lantaran minumumnya gejala rasuah sekalipun, segali lagi hamba katakan, kami ahli Persatuan Anak Banjar Besout tetap menuntut kerajaan menggunakan duit tersebut unuk projek kebajikan rakyat, bukan baya bonus kepada kakitangan awam. untuk kakitangan awam, cukuplah kalau bayar 5 bulan bonus. he he he
indah benar bahasa tuan Ata
ya ya.. mungkin telah sedikit terkeluar.. tapi rasa saya bukan ke topik sebenar kitta adalah bonus? Lima bulan Bonus? Saya nak setahun gak, bole beli penapis air banyak-banyak! huhu...
dah la tu.
jangan dok bakar lagi.
pilihan di tangan kita, ketentuan dan keputusan hak Allah semata-mata.
kita berbalah sampai putus orat leher pun tak menyelesaikan apa2.
yang penting 2 januari kalau nak jumpa dah terbuka peluang untuk kita.
aku yang kurang berilmu ni macam ni la. tak pandai berkata-kata. apatah lagi nak berdebat.
akupun tertunduk tersipu malu mendengar bicara mautauka yang menusuk jiwa
alamak, otai sudah mari.. yela..yela.. kalo abang fakir dah tersipu, aku apatah lagi.. aiii...
Baru nak bergurau senda dengan abang fakir dengan ata kejap..
ha ha ha, aku ambik cara Imam Syafie yang suka berdebat dalam bab ilmu dan pandangan yang mampu memberi manfaat kefahaman atau keputusan mahupun cara berfikir.
adat berdebat, kalau jadi tukang angguk je, tak berkembang la idea dan pemikiran. dan tak tau apa pandangan orang lain. nanti duk ingat sendiri je betul
hehe.. saya setuju sebenarnya dengan abang fakir..
Yang penting bagi saya bukan menang atau pun kalah, tetapi ilmu yang terhasil daripada debat dan kesepakatan yang terhasil selepasnya.
Kadang-kadang kita rasa kita betul padahal banyak kurangnya. Terima kasih atas teguran. Yang penting mesti berlapang dada menerima pandangan sama ada keras atau lembut.
Pemikiran manusia pelbagai ragam, saya amat suka menyelami pemikiran yang pelbagai ni..
Ps. Nanti post tajuk yang best-best lagi ye abang fakir.. huhu.. OBA tak memberi pandangan dalam POST kali ni.
OBA tengah sibuk buat persiapan 10 muharam.
betul. ada kebaikan dan ilmu yang boleh kita dapat dari perdebatan.
Aku lebih suka berfikir dan tidak mampu berdebat.
tidak mengangguk pada yang menang dan tidak menggeleng pada yang kalah.
teruskan sahabat-sahabat selagi tidak mengundang pertumpahan darah dan perpecahan ukhuwah.
Subhanallah...yang menjadikan manusia ini dengan akal dan sebaik baik kejadian..
olahan akal memang menarik skali dalam perbincangan ini...
sungguh mulia kebesaran Allah...
seronok dapat berbincang dlam erti kata begini... trima kasih otai-otaiku skalian...ia membina dan membuka mindaku...
*** dulu nak masuk debat bahasa melayu tapi kene reject sebab tak bawa kamus masa audition...
**apa kaitan kamus ngan debat plak nih....wajakakakaka
bonus oh bonus...wahahaha nyanyian dari juliana bonus.....
ada satu hadis Nabi yang den ta ingat perawi dan tarafnya lebih kurang bermaksud
"Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka berbeza"
kaau semua orang sama, tak tau apa yag jadi
Assalamualaikum..
Woo ata.. ko dah kena bantai cukup2 pandai ko panggil aku nak backup? diorang training kat tempat aku tu bebulan dah jang.. (ha ha ha ha ha padan muko kau jang! ha ha ha ha....)
mungkin ambe tak mengambil bahagian dalam bab ini disebabkan kelewatan hamba "tiba di medan perang", sampai2 aja dah sengit..
SOPs (Standard Operational Procedures) bila berjumpa keadaan begini ialah jangan terus turut sama "masuk" bertempur, tapi kena tinjau dahulu keadaan medan.
ini situasi yang seakan-akan cara nak menyelesaikan dan merungkaikaan benang kusut. lihat dengan tenang, perhatikan kelemahan kedua-dua pasukan. istilah tentera jadi pasukan simpanan (reserve). bila agak2 pasukan lawan lemah baru kita masuk..
sebab kedua: internet slow la kat sini, nak taip pun dah takleh masuk. lembab pulak tu. lagipun aku sibuk sikit dua tiga arini.. layan omak dan keluago..
o.k aku masuk sikit: tajuk dah lari jugak ni, asal dio bonus bukan rasuah.. tuan umah kena bukak thread baru. sebab kalau dimainkan jugak isu ni, ada kaitan tapi tak berapa nak relevan.. rasuah tak rasuah, bonus tetap kena dapat (malah ado nan kato bonus nu a form of bribery? iyo ko jang? bukan insentif panaik moral/samangat kojo ko jang?)
p/s: skil debat saudara2 semua sudah meningkat nampaknya, alhamdulillah, bagus! keep up the good work! debat internet ni senang dan mudah sebenornya.. sambil debat sambil google/yahoo..
tuuuuuuuuu dia. dia sampai dah. baru mukaddimah tu
Haha... Kau dah terlewat sikit la OBA! Ado orang dah terpijak "jerangkap" yang abang fakir pasang! haha!
Ni dah tinggal habuk je dah, dia punya 'blast' dah kurang nampak dah..
Tapi kalo nak pasang lagi satu jerangkap,eden pijak je! hahaha!
okeh, dia dah datang, kita sambung balik.
untuk ata, kamus dewan digunakan untuk hempuk kepala pendebat yang buat lawak bodoh masa berdebat. contohnya dia angat tangan minta laluan kepada yang dipertua dewan dan berkata "ada makan free tak hari ni?" (nasib baik dalam blog, kalau betuk-betul, mau aku ni kena hempuk dengan kamus dewan ni)
sebenarnya hamba ingin para pembahas sekalian melihat tajuk dan post ini melalui kemampuan mencerakinkan maklumat. iaitu post ini mempunyai beberapa isu yang boleh dibincangkan :
1. Bersyukurkah kita dan mereka dengan bonus yang diterima
2. mencukupikah bonus yang diterima untuk menampng keperluan penjawat awam
3. kenapa wujud perbezaan yang amat ketara jumlah bonus yang kita terima dengan pihak lain
4. adakah kebarangkalian kita juga menerima bonus pada kadar yang sama
setiap isu adalah berbeza walaupun ia brkaitan. sebagai contoh, antara syukur dan kecukupan, ia adalah isu berbeza. sesuatu yang disyukuri belum tentu mencukupi.
nasib baik dia tak minta pergi tandas! Huh? nak pijak la! haha!
Jadi adakah ini bermakna Tuan fakir mengaku semuanya tetap berkisar pada bonus bukan? Maka pokoknya tetap bonus, betulkan?
betul, tidak dinafikan lagi
dalam menilai sesuatu isu, seseorang akan menilai berdasar tahap pemikran, ilmu dan maklumat yang dia ada di samping dipandu motif dalam dirinya.
menikut Taksanomi Bloom, paling rendah adalah aras 1 iaitu pengetahuan. sekadar ingat balik apa yang dia tau
Paling tinggi adalah aplikasi. maklmat yang diterima diaplikasikan dalam kehidupan atau mengapikasi makumat yang ada dalam hujahnya. conthnya, dia tahu kakitangan awam mendapat bonus yang rendah berbanding pihak lain. maka dia akan mencari puncanya. contoh lagi, dia tau itu kerana berlakunya amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan kelemahan pengurusan,maka dia akan mencari puncanya. contoh lagi, dia tahu antara pncanya adalah kekurangan ilmu dan kesunguhan dalam kalangan pemimpn tertinggi mencegah perkara tadi kerana juga ingin mendapat manfaat dari harta negara, maka dia akan aplikasikan dalam bentuk undi kepada pihak yang tiada (dalam penetahuannya) amalan tadi dalam pemilian umum pemimpi. (contoh sahaja)
jadi, silakan luahkan pandangan bagi megejutkan minda yang sudah lama lena diulit asyik pujian dan duniawi
ata, sibuk nak pajat pokok pinang sampai singgah tak jamah hidangan pun
penting untuk kita mempunyai kemampuan mencerakinkan isu dari sesuatu tajuk / perkara. ini kerana setiap orang akan melihat sesuatu perkara berdasar minat dan apa yang ada dalam dirinya.
jika gagal, kesannya adalah, kita gagal melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza. akibatnya akan ada pandangan / pemikiran / pendapat / perasaan segolongan orang yang terabai kerana kelemahan kemampuan itu yang akibatnya kita mungkin berlaku zalim. bertindak tanpa memikirkan orang lain kerana asyik dok syok dengan pandanga sendiri sahaja.
(kredit untuk OBA yang sentiasa cuba mengetengahkan ini sebagai keperluan seorang pemimpin)
supaya tak jadi pemimpin yang tertipu oeh kipasan tukang ampu yang nak ambil sesuatu nikmat dunia yang tersandar pada jawatan dan kedudukannya
tinggi btul pokok pinang ni tuan fakir.... hehehehe... lepas ambo trun ambo sambong balik...hihihihi...
**sambil panjat sambil ngintai ....
nanti ambo bawa trun buah buah pinang yag ada...(otak tengah khayal..jam jap)
itu baru pokok pinang
nanti nak kena naik gunung, turun ke lembah, nak panjat pokok yang ini kah lagi tak tau la dia punya penangan. mau sebulan MC
Woi ta! turun cepat! ko punya kain tanggal dah ni, s**der pun tak pakai.. orang semua jenguk keratas dah tu.. ada macam buah pinang tapi buah dia melekat berb**u kasar pulak tu? pinang apa tu? pinang mabok 9 bulan buncit perut kot?
Fakir al banjari said:
1. Bersyukurkah kita dan mereka dengan bonus yang diterima - Alhamdulillah, syukur.. suka mak ayah aku. ada lebih bak la lagi.
2. mencukupikah bonus yang diterima untuk menampng keperluan penjawat awam - tidak cukup. mana ada cukup. sebab tu penjawat awam (bidang pendidikan) terpaksa cari duit lebih. PPD Ku**i sendiri meniaga Zhu Lian, bukan orang tak tau.. abang kalo pi kat JPN johor tu tengok la kat bawah meja staf dalam ofis tu sendiri, tu ofis pengarah pelajaran tu..
3. kenapa wujud perbezaan yang amat ketara jumlah bonus yang kita terima dengan pihak lain - sistem kerajaan: sapa dok atas, dialah yang paling nikmat sekali. gaji lain, elaun lain, kuasa lain.. nak sedap jangan jadi cikgu biasa atau staf bawahan.. naiklah atas.. keja tak seberapa (tapi 'penat' dan bertungkus-lumus kata mereka nak memastikan pelbagai 'usaha' dijalankan dengan rapi, lebih penat dari jadi cikgu yang terpaksa berhadapan kerenah mak bapak, murid, dan pihak atasan yang itu dan ini, atau pegawai trafik yang berpanas berhujan mengawal trafik/FRU yang terpaksa dikerah setiap kali pilihanraya, walaupun tak perlu..)
4. adakah kebarangkalian kita juga menerima bonus pada kadar yang sama
- dapat bonus tapi tetap tak sama.. adalah lebih sikit. PA/prebet/opis boy/orderly gaji RM 5++ mana sama dengan pengetua/pentadbir/ketua jabatan/pegawai atasan/komander/comissioned officer yang keje dapat gaji RM5+++? sama ke kesukaran keje tu?
...hamba melihat bentuk 'rasuah' peringkat rendah dan pertengahan adalah lebih pada pelakuan penyalahgunaan kuasa pihak atasan, ugutan prestasi rendah, tunjuk sebab yang tak munasabah, menafikan hak untuk bercuti rehat (walaupun cuma 7 hari setahun), melangkaui bidang kuasa (sampai sibuk hal rumahtangga orang [ada kes cerai dalam bilik pengetua] dan mahu dilayan seperti orang besar(perasan nak mampos, si*l) diluar kawasan fasiliti tempat kerja, dan lain-lain lagi...
p/s: tuan-tuan semua dah masuk union? tahukah pegawai atasan takut dan cuba mengekang orang bawahan dari masuk mana-mana union supaya mereka mudah nak deal nanti?
aiya... aku dah termotivasi kat blog abang fakir ni.. OBA, apa kata kau jolok je buah pinang tuh! Sian kat ata. Nape kau biarkan dia panjat. Ambil galah tolong julukkan! jangan sula,juluk! haha!
Aku dah xtau nak cakap apa. Apa yang korang cakap tu memang aku sependapat dengannya.
Masalah kita ramai yang tahu tapi tak tau nak buat apa.. Yang tak tau tu usah cerita la.. Memang khayal le jawabnya.. hehe...
ya, sebenarnya ada banyak bentuk rasuah yang kadangkala kita buat tak kisah sebab dah biasa. kata orang jawa johor, "take for granted"
bagi jawatan kat anak bini saudara mara sahabat handai walhal tak layak diberi, juga rasuah walau tak dapat duit. kesannya adalah kualiti kerja yang rendah dan pastinya akibatkan kekurangan hasil kerajaan kalau penguatkuasaan longgar. seludup berleluasa, cukai tak bayar, ada kes boleh lepas.
Tapi kerajaan tak akan bayar bonus banyak sebab ceupacs mintak dua bulan pun dah kena hentam macam-macam dalam surat khabar....
lagipun kerajaan matlamatnya adalah maksimumkan kebajikan rakyat (walau ada maksimumkan kekayaan anak bini) sedangkan swasta nak maksimumkan untung.
Tak salah kakitangan awam berniaga sebab memang kerajaan galakkan. yang salah adalah kalau berniaga waktu bertugas hingga tanggungjawab terabai. orang ramai datang nak berurusan dia sibuk sembang bisnes dan nak cari downline. setakat ni aku alhamdulillah dapat elak guna waktu kerja untuk urusan meniaga. semua urusan meniaga sebelum kul 7.30 dan selepas kul 2 petang.
sula aje.. aku dh mai dia senyap-senyap lari..
selain kesan kualiti kerja rendah, ianya juga memberikan kesan terhadap moral/semangat kerja staf bawahan.
kata sun tzu: melemahkan tentera sendiri dari dalam dan menguatkan musuh!
ramai pegawai atasan kita tak perasan hal ni berlaku, anggap orang bawahan sebagai alat dia untuk terus berkuasa dan menonjolkan 'ego' serta krbolehan diri yang tak seberapa.
.. dan dalam masa yang sama syok sendiri dalam alam khayalan masing-masing, meladeni keangkuhan dan ego, padahal orang bawahan tunggu masa nak rebel/memberotak/mutiny..
hancur barisan belakang akibat tangan sendiri dan kebangangan pegawai korup yang tak berkebolehan..
aku masa buat bisnes mesti makan masa kerja.. tu yang buat aku rasa termenung sekejap, betul ke cara aku ni.. jadi... mari kita pilih perniagaan hartanah! Senang, untung, dan tidak menganggu kerja. Cuma modal je kena besar!
hamba ni baru mula belajar meniaga. biar sikit-sikit dapatnya, yang penting dapat banyak pengalaman dan ilmunya.
mari kita berubah dari minda miskin kepada minda kaya.. (kredit untu saudara Muatauka)
Ayuh! Jangan mengalah sebelum mencuba! Tak kenal tak cinta!
kalau dapat bonus banyak mungkin kita tak terfikir pun nak meniaga agaknya
FAM akan bayar bonus hampir RM30,000 setiap pemain bola sepak yang memenangi emas dalam temasya Sukan Sea Laos 2009. wah wah wah
Mungkin juga agaknya. macam kakitangan swasta.
Wah,ini bermaksud 10 bulan gaji kita! Bar menang sukan sea. kalo piala asia sejuta agaknya.
Jom main bola!
pendapatan sebagai penghibur memang tingi. pemain bola adalah penghibur kebanyakan orang lelaki.
betting bola pun tinggi.. sampai jadi sendiket antarabangsa.. heh heh heh..
perkara harus jatuh jadi perkara haram..
Allah...
Jom jadi penghibur!
Syukur aku dapat jugak bonus. terima kasih PM
hahahaha!
tayar kereta pecah sebab langgar lubang jalan baru di Terengganu (rasuah kot)
tukar 2 tayar = 340
sport Rim bengkok
200 x 4 = 800
Jumlah = 1140
Bonus = 500
Baki = -640
Nasib baik tak tukar sport rim sebab bengkok sikit je, kalau idak mana nak cekau duit!
Terima kasih Cina tayar sebab tak tukar sport rim
TERIMA KASSEEEY! - david arumugam, Alleycats
terry cassy!! -lidah pendek-
Catat Ulasan