Tips untuk menjadikan tubuh badan (fizikal/jasmani) sihat, bertenaga, minimum sakit serta cemerlang sepanjang hayat setakat pengetahuan saya sepanjang kajian bermula tahun 2004. Mudah-mudahan ada sedikit manfaat kepada pembaca dan penulis dari tulisan ini. mudah-mudahan melalui sihat kurniaan Allah yang diperolehi melalui ikhtiar yang dititip, menjadikan kita lebih baik dalam melakukan ibadat taat kepadaNya. Tips-tips ini dititip dengan merujuk kepada amalan Baginda Rasul s.a.w, para sahabat Baginda, tulisan ilmuan Islam dan amalan umat Melayu di Tanah Jawi ini.
Tips ini diberikan mengikut urutan kehidupan harian bermula bangun sehingga tidur semula, dan beberapa amalan tidak bergantung kepada waktu. Kita berusaha yang mudahan-mudahan ikhtiar itu dinilai sebagai amal soleh yang sesuai dengan kehendakNya lalu menyampaikan kita kepada ramatNya. Hasil usaha adalah hak Dia sepenuhnya.
Bangun Pagi
Apabila bangun daripada tidur, setelah terjaga dan mencelikkan mata lafazkanlah syukur dibibir atau dihati lantaran masih diberi pinjaman usia, jangan terus bangun dan meninggalkan pembaringan. Tenangkan badan, ambillah udara pagi sedalam-dalamnya, dan hembuskan perlahan-lahan melalui mulut yang sedikit terbuka. Sekira-kiranya 3 kali.
Pastikan badan dalam keadaan terlentang ketika mahu membangunkan badan. Jangan amalkan bangun secara megiring dan terus berdiri. Sabarlah, melainkan ada kecemasan seperti waktu Subuh hampir tamat, rumah terbakar atau banjir melanda. Ketika kecemasan, teknik ini, tinggalkanlah.
Bangunkan badan dahulu dan duduklah serta hulurkan tangan pada kaki yang melunjur. Sentuhlah jemari kaki dengan jemari tanganmu. Selepas beberapa ketika, maka cuba rapatkan dahi ke lututmu perlahan-lahan. Jangan dihenjut mengejut, nanti sakit dahi dan lutut dibuatnya. Pinggang juga. Ingat, tubuh badan kita nak digunakan mungkin masih lama.
Selepas itu bangunlah, berdiri lurus, tarik nafas dalam-dalam, tahan seketika, dan hembuskan melalui mulut secara perlahan-lahan. Angkat kedua-dua tangan ke atas dan tarik nafas dan berjengket sehabis dapat. Turunkan tangan serentak mengeluarkan nafas perlahan-lahan.
Bersambung …….

6 ulasan:
tajuk-tajuk lain mungkin mencelah antara beberapa siri tajuk ini, sebagai iklan bagi elak kejemuan.
dan sebahagian tips yang masih dalam kajian.
takut nak tulis benda yang aku pun tak mampu buat. tapi mungkin korang pembaca boleh amalkan
xpe, sy pun nak kaji sendiri malas. jadi dengan usaha abang fakir ni dapat menambah ilmu saya yang jahil ni. Dapat juga pahala ilmu walaupun tak dapat ganjaran amal.
bagi sub topik, kita bahaskan kat dalam ni. abang senang sikit, ada orang tolong memikir. amacam?
chadangan yang bahikkkk
shadangan yang tahikk!
aammppheeh!
Catat Ulasan