KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





06 Disember 2009

ILMU PERABUN?

gambar dari rotihidup.bogspot.com
Kejadian cubaan mencuri di rumah keluarga saya di kampung pertama sekali berlaku penghujung tahun 90-an. Ketika saya masih berusia belasan tahun.

Sekitar jam 9.00 malam, setelah menunaikan solat Isya’, saya berhajat menunaikan hajat. Maka tanpa berbaju dan hanya bertuala saya pun keluar ke belakang rumah menuju ke bilik rehat yang terletak kira-kira 4 meter jauhnya. Dengan berbekalkan sebuah lampu suluh, saya melangkah perlahan.

Tiba-tiba terlihat lampu motosikal di kawasan ladang kelapa sawit di belakang rumah. Saya pun memadamkan lampu suluh dan terus memerhati. Dalam samar malam, saya dapat melihat dua orang remaja melangkah terhendap-hendap menuju ke kawasan belakang rumah.

Maka saya pun berjalan dan berdiri di tepi pokok durian sebesar peha. Entah kenapa, dua remaja itu langsung tidak menyedari saya yang sedang berdiri di situ. Mereka berjalan di hadapan saya sambil terhendap-hendap berteman lampu suluh menuju ke reban ayam. Sambil seorang menyuluh dengan lampu suluh, seorang lagi cuba membuka reban ayam.

Ketika yakin memang niat mereka adalah untuk mencuri ayam di reban, maka saya yang ketika itu berada di belakang mereka pun berkata :

“Hah, ambik la kalau berani”

“Mak!” remaja tersebut menjerit kuat sambil bergegas lari ke kawasan ladang kelapa sawit dan hilang dimamah kegelapan malam.

Saya pun bergegas mengambil parang di dalam rumah dan terus menuju ke kawasan ladang sawit mencari kedua-dua remaja berkenaan. Namun tidak bersua. Yang terjumpa hanyalah motosikal yang ditinggalkan. Maka saya pun menyorong motosikal tersebut dan diletak di hadapan rumah dan memanggil beberapa orang sahabat berjiran.

Maka kami beberapa orang melakukan gerakan mencari pencuri berkenaan di kawasan ladang kelapa sawit di belakang rumah.

Mungkin kebetulan, saya berjaya menemui seorang remaja yang bersembunyi di dalam semak di tengah-tengah ladang. Maka dengan sekali cubaan, remaja berkenaan berjaya ditangkap. Lalu saya membawanya ke hadapan rumah. Setelah disoal, dia pun memberitahu kawan sepencuriannya.

Maka malam itu menjadi panjang dengan ceramah dan nasihat sebelum kami menghantar remaja berkenaan kepada ayahnya.

5 ulasan:

fakir al banjari berkata...

Selalunya ilmu perabun digunakan ketika memandu, supaya kalau bawak laju atau langgar peraturan, polis tak nampak, tak kena saman.

dari bagi duit kat polis, baik bagi kat orang miskin....

Oghang Ba Ado berkata...

"Sekitar jam 9.00 malam, setelah menunaikan solat Isya’, saya berhajat menunaikan hajat. Maka tanpa berbaju dan hanya bertuala saya pun keluar ke belakang rumah menuju ke bilik rehat yang terletak kira-kira 4 meter jauhnya. Dengan berbekalkan sebuah lampu suluh, saya melangkah perlahan...."

..aku rasa la, bang fakir _ _ _ _ _ _ _ _ dia depan budak-budak tu.. tu yang menjerit putih tapak kaki tu! hah hah hah hah hah.. tobat aku tak mau mencuri lagi! hah hah hah..

fakir al banjari berkata...

yang penting budak-budak tu tak mencuri lagi dah. cilakak betul, tak jadi aku b*r*k malam tu!

Oghang Ba Ado berkata...

ah ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha! ah ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha... :D

Gelojak_Jiwa berkata...

lepas tu boleh berak lagi kan?