KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





09 Disember 2009

ILMU GURUH GEGAK GEMPITA

Maksud firman Allah s.w.t

“Teriakan itu hanya sekali sahaja, maka seketika itu mereka semua dihadapkan kepada Kami”
Yaasin : 53

“Seakan-akan mereka seperti keldai liar yang lari terkejut. Lari dari singa”

Al-Qiyaamah : 51, 52

Salah satu daripada ilmu dalam persilatan yang saya ketahui adalah Ilmu Guruh Gegak Gempita.

Ia adalah ilmu teriakan, yang mana dengan teriakan yang dikeluarkan musuh boleh berada dalam dua keadaan.

Pertama, musuh akan rasa gementar ketakutan lalu melarikan diri seperti keldai liar yang melihat singa yang mahu menerkamnya.

Kedua, musuh akan terpana seketika dalam beberapa saat. Masa yang mencukui untuk melakukan satu serangan yang boleh menyudahkan kuncian atau datangkan kecederaan malah kematian. Bagi yang mahir, 1 saat sudah mencukupi untuk melakukan serangan dengan beberapa jurus yang membawa maut.

Salah satu kejadian pecah masuk rumah keluarga saya di kampung berlaku pada tahun 2004. Hari Jumaat malam Sabtu. Sekitar jam 11 malam terdengar bunyi sesuatu terjatuh di atas bumbung. Namun kami sekeluarga buat tak endah sahaja.

Sekitar jam 2 pagi, seorang jiran yang merasa kepanasan keluar dari rumah dan melihat 3 orang lelaki. Maka kerana menyangka anak-anak muda sedang berjalan pulang dari melepak, maka dia pun menegur kumpulan lelaki berkenaan. Tiba-tiba seorang dari lelaki itu mengambil batu dan membaling ke arah jiran berkenaan. Lalu jiran itu yang kehairanan terus masuk semula ke rumah tanpa dapat berfikir apa-apa.

Beberapa minit kemudian 3 orang lelaki itu memecah masuk rumah seorang peneroka yang jaraknya beberapa puluh meter dari rumah pertama tadi. Seorang anak peneroka berkenaan yang tidur di ruang tamu terjaga dan kehairanan melihat 3 lelaki tidak dikenali di dalam rumah. Maka dia pun dalam mamai bertanya. “Eh, kenapa ni?”

Serentak itu seorang perompak menghunus parang ke leher anak peneroka berkenaan, mengejutkan seisi keluarga, mengikat dan bertanya di mana barang berharga disimpan. Hasilnya beberapa ribu RM dapat dikaut malam itu.

Selesai menjarah hasil dari rumah pertama, mereka masuk pula rumah seorang lagi peneroka sekitar 100 meter dari rumah sebelumnya. Masuk tanpa dikesan ketika seisi keluarga nyenyak dilamun mimpi. Hasilnya barang kemas berupa rantai, cincin, gelang dan subang menjadi hasil usaha keras mereka bertiga.

Rumah seterusnya yang menjadi sasaran adalah rumah keluarga saya sekitar 3.30 pagi. Sekeluarga kami nyenyak tidur. Semua di dalam bilik kecuali adik bongsu saya yang tidur di ruang belakang bersendirian. Mereka masuk dari pintu belakang dengan mengumpil tingkap dan menggunakan pemutar skru. Perkara pertama yang mereka ambil adalah golok yang tersisip di pintu dapur.

Mungkin mereka menggunakan ilmu pukau. Tetapi ilmu mereka menjadi tawar kerana tersalah membuka senaskah Kitab Al-Quran kecil berbalut kulit tergantung di dinding yang sekali imbas kelihatan seperti bekas menyimpan duit. Akibatnya adik bongsu saya terjaga lalu menjerit.

Saya yang terkejut segerara melompat turun dari katil dan keluar dari bilik dan secara spontan terguna ilmu guruh gegak gempita. Terlangsung saya menjerit sebanyak 3 kali. “HOI HOI HOI” dengan nada teriakan yang amat tinggi.

Maka lari lintang pukanglah ketiga-tiga perompak berkenaan bersama golok masing-masing melalui pintu belakang yang terbuka sehingga meninggalkan segala peralatan memecah rumah yang dibawa termasuk begnya sekali. Yang dari rumah bahagian atas terjun dan meluru ke pintu belakang. Nasib tak tertinggal duit dan barag kemas yang diperolehi. Kalau tak, seronok juga.

Alhamdulillah, nasib baik mereka lari. Kalau berhada-hadapan dengan 3 lelaki bergolok dari seberang, tak tahulah apa kesudahannya. Silat, sebagai tradisi Melayu, ilmunya yang pelbagai amat berguna. Dapat diguna bukan sahaja untuk bertempur, malah mengelakkan dari berlakunya pertempuran. Atau menang tanpa bertempur.

Sebagaimana kisah Baginda Rasulullah s.a.w dalam satu peperangan yang tentera Islam tidaklah seramai tentera kafir, memerintahkan seorang sahabat bersuara lantang naik ke puncak bukit dan menjerit kuat diatasnya. Lalu Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa memasukkan rasa gerun di dalam hati para tentera kafir lantaran teriakan itu kerana menyangka ramai dan kuatnya tentera Islam. Lalu dengan itu Allah s.w.t memberikan kemenangan kepada tentera Islam. Wallahu’alam.

12 ulasan:

Oghang Ba Ado berkata...

Memetik firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” (Al Munafiqun, surah 63: ayat 4)

Allah Taala dah sebut yang golongan ini walaupun nampak cambest, macam power, walaupun mereka dok satu kumpulan yang besar pun tapi diumpamakan seperti kayu buruk tepi dinding (tunggul?) luar nampak hebat tapi isinya kosong, takda kesepaduan.. dan sentiasa rasa tak selamat.. jerkah sikit dah cabuit! heh heh..

Gelojak_Jiwa berkata...

felda besout ni nampaknya selalu dilanggar todak! lepas ni kena pasang pagar pisang keliling felda kot?

Oghang Ba Ado berkata...

laa.. boh pisang nanti monyet datang satu kumpulan.. saya cadangkan gantung not 50 sebagai pagar keliling umah..

Gelojak_Jiwa berkata...

itu cadangan yang baik!

fakir al banjari berkata...

cadangan anda dipertimbangkan. tapi tu la, yang datang dari seberang pun belajar macam-macam.

dia bawak bapak kunci, boleh bukak maam-macam jenis pagar.

kalau buat pagar not 50, mungkin dia ta masuk, asyik menutip pagar je

Oghang Ba Ado berkata...

ha ha ha.. janji dia tak masuk..

Gelojak_Jiwa berkata...

aku takut dia pikir macam ni..

'waa, tuan rumah gantung not 50 kat luar, mesti dalam rumah dia ada not 500, apa tunggu lagi, mari kita serangggg!!!'

Memang dasar pencuri! bagi tangan nak kaki!

fakir al banjari berkata...

Paling selamat sebenarya pagar rumah dengan iman. dan pagar umat dengan hukum Islam. Salah satu adalah Hudud. semoga Allah memasukkan kegerunan di hati para pencuri.

Tak la masuk pecah rumah waktu malam dan siang-siang. duit dapat, barang kemas dapat, silap-silap puaskan nafsu syahwat pun dapat.

tak la ragut beg duit sampai meragut nyawa.

mautauka berkata...

ish. susah jugak ni.

fakir al banjari berkata...

yang susah tu pahalanya dan manfaatnya besar kalau dibuat

fakir al banjari berkata...

jom cari pahala!

Gelojak_Jiwa berkata...

jom!