Sudahkah rumah anda ‘dipagar’?
Jika belum, ‘pagar’lah. Jika sudah, apa jenisnya? Jenis sepanjang masa, ada masa cuti, ada hari cuti, atau jenis yang mudah dibuka? Dan apa yang menjaga pagar itu?
Sepanjang sejarah, rumah keluarga saya di kampung di sebuah FELDA (nama terpaksa tidak disebut), pernah dimasuki perompak sebanyak 3 kali, cuba dipecah masuk sekali, pencuri cuba mencuri ternakan sekali.
Daripada kelima-lima kejadian, satu kes pencuri dapat ditangkap, satu kes perompak tidak mendapat apa-apa, satu kes kehilangan halmet dan satu kes kami kehilangan RM50.
Kejadian pencuri cuba mencuri ternakan berlaku ketika saya masih belasan tahun pada pertengahan 90-an. Ketika itu, rumah keluarga saya belum dipagar kerana saya belum mempelajarinya. Kejadian lain berlaku ketika rumah tersebut telah dipagar, dengan pagar khalimah. Semuanya berlaku antara tahun 2004 – 2006.
Terdapat beberapa bentuk pagar yang mudah dan boleh dibuat sendiri. Antaranya pagar 4 penjuru yang dipasak tiangnya dengan Ayat Qursi. Ayat Qursi dibaca sambil ‘memasak’ tiang di 4 penjuru rumah/tanah. Ia khusus mamagari rumah dari dimasuki makhluk halus atau manusia berniat jahat. Inilah jenis pagar yang saya gunakan dari tahun 2000 hingga 2006.
Kelemahan pagar jenis ini adalah ia tidak ditutup di bahagian atas dan mudah dibuka oleh manusia yang mengetahuinya. Caranya cukup mudah, iaitu melempar batu atau pasir ke atas bumbung rumah berkenaan dari luar kawasan berpagar. Apabila batu/pasir dilempar ke atas bumbung, secara automatik pagar yang dipasang akan terbuka dan pencuri/perompak akan mudah memasuki rumah berkenaan. Inilah yang berlaku di rumah keluarga saya. Sekitar jam 11-12 malam, perompak akan melempar batu ke atas bumbung bagi membuka pagar serta memasukkan ilmu pukaunya. Sekitar jam 3 -5 pagi, operasi pacah masuk akan dijalankan.
Akbat kelemahan pagar jenis itu, saya telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dengan memasang pagar parabola pula. Ia tidak bertiang berbilang, tetapi laksana separuh bola yang diserkupkan ke atas kawasan rumah. Maka kawasan perlindungannya adalah lebih menyeluruh.
Cumanya saya tidak pasti, bolehkan pagar ini dipasang di rumah pangsa atau kondo yang bertingkat. Dan bagaimana perompak/pencuri nak memecah pagar bertiang 4 jika dipasang di bangunan tinggi sedemikian. Anda ada pengetahuan yang boleh dikongsi?

12 ulasan:
ada pagar yang dijaga oleh jin Islam. bila waktu sembahyang dia pi sebahyang. waktu tu pagar tak dijaga. boleh la jin-jin lain masuk
jin tu dibayar gaji tak?
baru-baru ni saya pindah masuk rumah,tapi langsung tak 'berpagar' jadi 3 hari tak sihat muntah akibat gangguan makhluk halus.
Lalu abang saya mengubati saya dengan anugerah yang ada padanya dan akhirnya saya sembuh.
Pak fakir ada kata 4 penjuru. abang saya ajar 6 penjuru. Maksudnya,4 tiang, atas dan lantai.
Wallahualam, saya pun belum 'pagar' lagi rumah saya.
pagar .... pagar ... pagar ... jangan tak pagar
...P.A.G.A.R.R.A.W.A.K.! - tengok pun takdo nafsu...
Salam...atok OBA...kalau yg macam diterangkn dalam DARUL SAKA blog tu..ape pndpt atok??
kena belajar berguru jugak kalau nak buat. tak boleh setakat belajar dalam blog je. kecuali dah ada asas dan kemahiran
tapi kita kena ingat. mamat pecah rumah yang datang dari seberang bukan datang kosong. diorang pun ada ilmu yang dipakai.kita belajar cara pasang, diaorang belajar cara buka.
penting juga tahu cara elak kena pukau.
ya..ya.. elak memang penting...
jiman.. dalam darul saka tu cerita buat teladan, sebab tu di tulis tak habis sebagai catatan ringkas/anekdot/nota...
... senang cakap ada benda lagi yang dia tak ceritakan dan simpan sampai suatu masa atau didiamkan terus..
..nak tau kena jumpa dia sendiri, dan terlebih afdhol hang pi tempat bang fakir lalu mintak terus.. kan dah dekat dah? isk..
lim, diaorang ni sibuk. setiap malam tak boleh tido! tunggu ayam jantan bertelur... huhu
sibuk mendanya.. aku dari ujung tanah dah beberapa kali sampai ke tempat diorang! diaorang dekat pun tak sampai-sampai.. dei apa daa!
Catat Ulasan