KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





03 Disember 2010

KAU LAYAK KE?


gambar makam Imam Syafie diambil dari zaki.com.my


Suatu hari Aman bertanya kepada Pak Ngah Adan, "Pak Ngah, kenapa kita ikut Imam Syafie?"

Jawab Pak Ngah Adan "Sebab kita tak pandai, Imam Syafie tu Imam kepada Mazhab Syafie"

"Mazhab tu apa sebenarnya?" Tanya Aman Lagi

"Mazhab tu sebenarnya adalah kaedah menentukan hukum, macam Mazhab Syafie yang kita ikut, ia berdasar cara Imam Syafie menentukan hukum fekah. Dari Segi akidah, kita ni Ahli Sunnah Wal Jamaah, sama je akidah Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi, Mazhab Hambali, Mazhab Syafie dan mazhab kecil lain dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah ni" Jawab Pak Ngah Adan

"Kalau kita tak mau ikut mazhab boleh? kita tentukan sendiri hukum sebab kita pun baca Al-Quran dan belajar hadis Nabi s.a.w jugak" tanya Aman

"Boleh, kalau kita ni dah jadi mujtahid mutlak" jawab Pak Ngah Adan tersenyum

"Apa pulak mujtahid mutlak tu" berkerut dahi Aman bertanya

"Mujtahid mutlak ni adalah orang yang sampai ke tahap boleh menentukan hukum dengan kaedahnya sendiri, macam imam mazhab tadi tu ha, bukan sebarangan orang boleh sampai tahap tu, ada beberapa orang je dalam dunia ni"

"Antara ciri mujtahid mutlak ni adalah dia mesti hafal Al-quran. dia mesti tahu serba serbi pasal Al-Quran macam ayat tu diturunkan di mana, sebab penurunan ayat, sifat ayat tu. Dia juga mesti mahir Bahasa Arab sebab untuk tafsir ayat Al-Quran."

"Orang tu juga mesti hafal semua hadis yang berkaitan dengan hukum. Tak perlu jadi muhaddith, tapi semua hadis berkaitan dengan hukum. Mesti tau sanad setiap hadis, siapa perawi setiap hadis dan sifat para perawi hadis tu. Dia mesti tau antara satu hadis dengan hadis yang lain, yang mana lebih utama"

"Orang tu juga mestilah seorang yang warak, yakni meninggalkan semua yang makruh. juga perlu bijak dan cekap dalam pengiraan sebab dalam Islam ada banyak benda yang nak dikira"

"Kamu rasa kamu layak ke?" Tanya Pak Ngah Adan selepas bercakap panjang tadi

"Tak, he he he, Bahasa Arab pun tak berapa pandai" sengih Aman

Sambung Pak Ngah Adan "Tau takpe, bukan sebarangan orang boleh sampai tahap tu, itu pun bukan semua ciri yang Pak Ngah ingat"

"Macam Imam Muslim dan Imam Bukhari tu Muhaddith, pakar hadis tahap Power Rangers, tapi tak capai juga tahap mujtahid mutlak. Imam Gazali, walaupun ternama dan hebat, tetap mengikut mazhab sebab belum sampai tahap mujtahid mutlak juga"

"Jadi kita jangan nak memandai tak mau ikut mazhab macam sesetengah orang kat Malaysia hari ini, baru hafal beberapa ribu hadis, dah nak hentam Imam Mazhab tu. Baru dapat title Doktor, dah memandai macam-macam. Rasa macam nak bagi tempeleng Banjar je sedas"

Aman minta izin berlalu sambil berkata "Terima kasih Pak Ngah, nanti Pak Ngah cerita latar belakang Imam Syafie tu ye......simpan dulu tempeleng Banjar Pak Ngah tu, he he he"

"InsyaAllah" Kata pak ngah

wallahualam

3 ulasan:

Gelojak_Jiwa berkata...

Bang ni nak tanya sket ni.. antara power rangers dengan gaban yang mana lebih power bang? sebab gaban sorang je, tapi power rangers ada 5 orang baru boleh kalahkan raksasa. Saya rasa gaban lagi power,betul tak bang?

fakir al banjari berkata...

haah, tapi Super Saiya generasi ketiga lagi power. Dia punya kame hame ha .... fuh, power bangat, cuma nak bertukar tu lambat sikit. Gaban cuma perlukan 0.01 saat untuk pakai baju api gaban tu

huhh, apa aku mengarut ni?

Gelojak_Jiwa berkata...

betul tu bang,saya sokong.. tapi sekarang ni saya tengok ichigo pun hebat juga sebab dia boleh lawan dengan roh raksasa.. kalo gaban dia boleh bunuh jasad je.. dasat..dasat ye bang?...

huhhh??!! soalan apa aku tanya ni?