KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





09 Disember 2010

TUAH LAWAN JEBAT, JEBAT LAWAN SIAPA?





gambar diambil dari jomlawatmalaysia.blogspot.com



Dialah Jebat seorang
Tetap memegang janji setia pada Duli Yang Maha Mulia
"Bahawa patik sekalian akan tetap taat setia
Selagi Tuanku menjaga hak Yang Empunya
Lantaran jemala patik sekelian tetap di bawah duli
Kerana Tuanku adalah duli, kepada Yang Maha Mulia
Jika pecah akan Tuanku, maka putuslah sekalian hamba"

Dialah sultan seorang
Menakluk Tanah Jawi sekaliannya
Membesar diri di bawah Yang Empunya
Tutur tiada terbatas, laku tiada belas, akal tiada waras
Lantaran tersangkut pada jaring fitnah dan hasut
Yang dibentang pembesar istana
Dalam gelora ombak hasad di atma
Menabur duru-diri fitnah
Dalah hidangan santapan sultan

Lalu Tuah itulah
Dibuang dari mata dan jiwa
Biar segunung taat setia telah dipersembah
Biar selaut bakti telah dicurah
Taming Sari sisipan belakang harus dipersembah
Agar dapat darah Tuah memadam api amarah

Jebat itulah seorang
Setiakawannya merungkai taat setia kepada sultan
Bertari pendekar di balai rong seri intana
Melibas, menghiris, menikam adat
Merobek angkuhnya sultan
Mengejut sekalian Melayu nan tidur di siang hari
Yang asyik dibuai mimpi ciptaan istana

Dan sultan itu jualah
Memungut Tuah dari daerah kehinaan
Dibawa ke telaga ampun
Dicuci, dibersih dan dihias maruahnya
Agar ditumbang Si Jebat penderhaka

Tuah itulah
Dengan berbekal seribu muslihat dan sejuta taat
Melangkah anjung istana
Membentang hamparan sengketa sesama bangsa
Demi seorang manusia berdarah raja
Persahabatan hilang entah ke mana

Dan Tuah itulah
Yang menumbang jebat seorang

Kulihat hari ini
Tuah dan Jebat itu
Belum sudah jua tempur dan tingkahnya
Seorang kerana Bangsa dan persaudaraannya
Seorang kerana Bangsa dan tuannya

Benarlah kata Tuah
"Takkan Melayu hilang di dunia"
Kerana Melayu itu tetap taat setia
Kadangkala membabi buta
Kerana asyik dalam lena
Ciptaan sekelompok bangsanya...


p/s : Tuan sekalian rasa berapa nipisnya lantai istana Sultan Melaka yang punya empayar besar tu hingga bisa ditembus mata lembing? Sedangkan di zaman itu kayu Cengal dan Meranti sekeras batu ada di mana-mana. Kenapa perlu bertempur di atas dulang sedangkan sesiapa yang menyisip Taming Sari di belakang akan kebal dari senjata?

9 ulasan:

Gelojak_Jiwa berkata...

banyaknya muslihat deme tu ye..

wak lotong berkata...

oh tuah...
oh jebat...

Mohamad Rizal berkata...

banyak sungguh rekaan cerita katanya lawnnnya sehingga tujuh hari tujuh malam, katanya di cucuk lantai istana maka tembus akan lantai istana ntah lembing itu ka tajam atau lantai yang nipis, jika di sisip taming sari jadi kebal tubuh badan ntah ke betul ntah ke tidak. waktu sulltan bunuh hang tuah dia yg simpan keris tu baik dia simpan aje kalau dah boleh jadi kebal tapi dibaginya pada hang jebat..ish pening2...tu korang tak baca lagi kebal2 org melayu sekali dibedil dgn meriam portugis berselerak semuanya....hehehhe

insanfakir berkata...

itulah perbezaan SEJARAH MELAYU dan SEJARAH ISLAM.......:-)

fakir al banjari berkata...

Itu terus akan berlaku, sekelompok meneguhkan apa yang dia ada dengan cara menidurkan kebanyakan..... antaranya kisah hebatnya sekolompok itu...asyik kebanyakan dibuai mimpi hebatnya nenek moyang, hingga lupa cabaran mendatang memerlukan lebih seadar apa yang dimiliki nenek moyang

jom kita mimpi suka ria

Mohamad Rizal berkata...

ni nak tambah sikit..mungkin lari sikit dari cerita. tu la org kita asyik dok cerita hebat org dulu..memang hebat tapi apa yg kita buat pada zaman kita ada kita ambil iktibar tentang masa lalu..mcm tu juga dengan perubahan hukum hakam ada kita ambil kisah yg kita tau nak belasah org bidaah org..cth la dulu dlm kitab feqah klasik ada 7 air boleh ambil air wuduk..satu hari ada org tanya air paip mcmana? alamak! mana ada senarai ish...
sekarang ni ada sabun yg campur tanah boleh ke guna untuk samak/sertu heheh..kan kalu di bawa ilmu2 ni kan tambah juga ilmu. ni tidak baca satu ayat yg diulang2 pun dikatanya bidaah huh!
yg tertaksub pada silat asyik cerita hebat..ada pernah fikir apasal melaka boleh jatuh..ada pernah baca mcamana org melayu dibuat mcm anjing waktu kena jajah..anak2 gadis melayu dirogol ish1 sungguh untuk membacanya sahaja terlalu perit tapi kena baca juga sebagai panduan untuk mengetahui apa salah kita.
apa kata org silat baca novel khalid alwalid anda akan menemui sesuatu yg baru cubalah!

fakir al banjari berkata...

Orang UMNO kata sebab Melayu tak bersatu. Bila tanya balik kenapa Melayu tak bersatu..... emmmmm

Sebab pemimpin tak dapat satukan rakyat jelata, bilamana segolongan orang mendapat nikmat yang banyak, sedang sebahagian besar merasa mereka tidak terbela dan tertindas oleh keenakan orang istana....

kiaisepuh berkata...

hu hu sadis betul

Gelojak_Jiwa berkata...

Pelik orang zaman le ni... haha!