KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





04 April 2011

KALAU BERANI JAWAB LA




Antara lain bisikan syaitan itu adalah supaya si anak adam itu melakukan perkara yang sia-sia, yakni semata urusan dunia yang tidak member manfaat di akhirat.

Setiap manusia itu telah ditentukan had umur yakni tempoh ia berada di dunia ini. Diberikan tempoh yang tertentu itu dengan tujuan tertentu iaitu sebagai khalifah (Al-Baqarah : 30) dan supaya manusia itu beribadah kepada Allah (az-Zariyat : ayat 56). Hakikatnya tugas sebagai khalifah itu adalah sebahagian daripada ibadah jua.

Ibadah sepertimana yang dititipkan oleh para ulama kita Ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri daripada ibadah khusus dan ibadah umum. Adapun ibadah khusus itu ialah ibadah yang dilakukan atas perintah Allah secara khusus seperti solat, puasa, zakat, haji, umrah, sedekah, zikir, doa dan sebagainya.

Ibadah umum pula merupakan sebarang lakuan yang tidak bersalahan dengan syariat Islam, diniatkan dilakukan kerana Allah semata-mata atau untuk manfaat dunia bersamanya. Antaranya bekerja dengan pekerjaan yang halal, di bidang yang halal, dengan cara yang halal menurut syariat. Seperti anggota polis yang bertugas menjaga keamanan dalam negara dengan niat kerana Allah supaya rakyat dapat beribadah dengan aman, maka jadilah dia ibadah.

Selain dari itu, ia akan menjadi amalan sia-sia. Tidak membawa manfaat kepada akhirat si hamba, lalu menjadilah dia orang yang menyesal di akhirat kelak. Bijaknya si syaitan itu, bisikannya mampu menjadikan ibadah khusus dan ibadah umum sebagai sia-sia. Maka lebih mudah lagi dia menjadikan hal yang bukan ibadah sebagai sia-sia.
Sedangkan setiap detik umur dan desah nafas si anak adam itu akan dihitung di akhirat kelak, ke manakah ia digunakan dan dihabiskan.

Antaranya syaitan akan berbisik

“Orang lain masuk masjid semua sembahyang sunat tahyatul masjid, takkan kau nak duduk je, sembahyang la dulu, nanti apa pulak kata orang?”

Maka jadilah ia solat yang sia-sia kerana didirikan kerana tak mahu dipandang rendah orang lain, bukan kerana Allah. Sedangkan setiap amal itu bermula dengan niat. Rosak niat maka rosaklah amal. Niat selain Allah menjadikan amal itu sia-sia.

Atau

“Kau ni, duit banyak, takkan orang susah kau tak mau sedekah? Kau pulak pemimpin masyarakat, kau kenalah sedekah banyak sikit, kalau tak nanti jatuh la standard kau”

Atau

“Oi bangun, pergi sembahyang subuh kat surau, kau nak kena bantai dengan warden ke?”

Atau

“Zikir banyak sikit, buat 10,000 kali sehari, baru ilmu ni jadi. Bukan senang nak dapat penghormatan orang, kan tok guru kau dah cakap, kalau dapat amal 10,000 sehari kau akan jadi terkenal”

Atau

“Kuat sikit baca Quran tu, kau lagukan sikit, ramai dok dengar tu. Barulah terbukti keqarianmu itu”

Selain ibadah khusus di atas, lebih baynyak lagi adalah bisikan syaitan supaya si anak adam menghabiskan umurnya terhadap perkara yang langsung tiada manfaat di akhirat

Antaranya syaitan berbisik

“jangan lupa, malam ni MU lawan Chelsea live di Astro, rugi kalau tak tengok, best tu pasukan tu main”

Atau

“Apa kata kau pergi window shopping kat JJ kalau dah boring sangat? Tak beli pun taka pa, dapat tengok produk terkini pun dah ok dah”

Atau

“sembang, borak, umpat, kutuk, gelak besar-besar……. Syok juga dah kumpul ramai-ramai ni”

Atau

“kau chat dengan budak ni, sembang-sembang isi masa lapang”

Atau

“lukis lagi, lukis lagi, lukisan kartun lawak kau ni memang best macam ni”

Atau

“tido…. Tido …. Tido …. Itulah yang paling best, tah payah nak fikir apa-apa”

Atau

“lepas tengok AF kau tengok Mentor, pas tu 1IAM, pas tu U Think U Can Dance, pas tu cerita Hindustan tu, pas tu drama Melayu pulak, pas tu sinetron Indon….. jangan lari dari TV, boring la kalau tak tengok TV”

Atau

“free ni, sambung game yang kau main tu, dah nak menang dah tu”

Atau

“Kau buh je post kat FB pasal kau tak puas ati kat mamat jaga kaunter tu”

Walaupun ramai yang suka menyebut istilah ‘itu semua dunia’, namun, sabda Baginda Rasulullah adalah yang tertepat mentafsir istilah ‘dunia’ itu yakni apa-apa yang tidak memberikan manfaat kepada akhirat.

Jadinya, kalau rasa sanggup nak jawab macam ni kat akhirat nanti depan Allah, maka teruskanlah…

“Saya di dunia dulu habiskan umur saya selama 90 minit sehari tengok bola wahai Tuhan”

Atau

“Aaya di dunia dulu peminat tegar TV, 3 jam sehari minimum mesti tengok TV wahai Tuhan”

Atau

“Saya dulu di dunia suka tido, sehari minimum 10 jam tido, sabtu ahad memang waktu tido wahai Tuhan”

Kalau berani jawab macam tu, siapkan la pulak jawapan bila nanti Tuhan Tanya

“Kau tau ilmu agama kau tak banyak, bacaan Quran kau tak sempurna, kenapa tak guna masa yang ada untuk bejajar? Kenapa asyik layan bola? Layan TV? Layan tido?”

“Kau tahu umat Islam ditindas dan tertinggal, kenapa tak guna masa tu untuk belajar dan berfikir keranaKu dan supaya Aku naikkan darjat umat Islam? Kenapa asyik layan bola? Layan TV? Layan tido?”

“Kau tau umat Islam zaman kau tu ramai yang lalai, leka, lupa dari taat kepadaKu. Kenapa kau tak beri peringatan? Kenapa kau asyik juga dengan hal kau sendiri? Asyik juga layan bola? Layan TV? Layan tido?”

“Apa manfaatnya kamu tengok bola, tengok tv banyak-banyak, dan tidur lama tu?”
“Kau ingat umur yang Aku bagi kat kau tu untuk semua tu ke?”

Jawablah kalau berani …… atau bertindaklah sekarang.

wallahualam

6 ulasan:

fakir al banjari berkata...

maaf kepada peminat bola

sampai sekarang saya tak dapat fikir apa manfaat kepada akhirat menonton bola......

kiaisepuh berkata...

nasib baik aku bukan kaki bola tapi aku kaki silat mcmanan ya ada manfaat ka untuk akhirat kasi cerite sikit?

Oghang Ba Ado berkata...

manfaatnya kita beriadah supaya kita sihat dan memudahkan nak beribadat.. sekiann..

fakir al banjari berkata...

saya tak pertikai bermain bola yang banyak manfaat tu.

sihat, berkenal-kenalan, kerja berpasukan, berperancangan, sumbangan ekonomi

tapi tengok bola macam EPL tu, macam tak ada faedah je. tak ada kena mengena kita dengan bola eropah tu. tak tengok lagi baik rasanya

tapi silat memang insyaAllah banyak manfaat

sihat dan kuat untuk buat ibadah lain, persahabatan dan persaudaraan, membangun rohaniah, disiplin, ilmu biologi dan fizik, insyaAllah membawa kepada mengenal diri dan mengenal Allah, persediaan mempertahankan agama, darah dan maruah yang wajib. Alhamdulillah jika berguru dengan guru yang dapat menunjuk jalan pulang, setiap laku diberi terang dan diiring zikirnya

fakir al banjari berkata...

kiyai tetap macam biasa. sudah gaharu cendana pula. ha ha ha.

sudahlah wangi, wangi lagi pula

gaharu tu dah wangi
cendana pun wangi juga
dah tahu tu 'wangi'
bertanya pun 'wangi' juga

Gelojak_Jiwa berkata...

anak murid tok guru nik aziz tu!