Adapun tanda awal (kecil) kiamat itu ada banyak, ini adalah 30 daripada tanda-tandanya yang bolehlah kita perhatikan, sama ada ia telah ada berlaku atau belum.
1. Hamba perempuan melahirkan tuannya. Jadilah si ibu berkerja untuk si anak hingga lupa kepada bekalan diri sendiri.
2. Para gembala kambing tidak beralas kaki akan tinggal di bangunan tinggi. Yakni orang miskin akan memiliki harta atau terpaksa tinggal di bangunan tinggi kerana kosnya yang rendah.
3. Penyerahan urusan-urusan bukan kepada ahlinya
4. Sedikitnya ilmu dan munculnya kejahilan
5. Banyak berlakunya pembunuhan
6. Meminum arak dan menamakannya dengan nama yang lain
7. Banyak perbuatan zina dan kotor
8. Kaum lelaki memakai sutera
9. Penghalalan lagu-lagu dan alat-alat muzik
10. Pengambilan para penyanyi wanita
11. Timbulnya perkara-perkara keji, buruk dan kata-kata kotor
12. Tersebernya pemutusan hubungan silaturrahim
13. Tersebarnya pengkhianatan dan tuduhan terhadap orang yang jujur
14. Mempercayai dan mendekati orang yang khianat
15. Timbulnya mati mendadak
16. Menjadikan masjid sebagai jalan. Yakni singgah di masjid dalam perjalanan tanpa solat di dalamnya. Hanya singgah di tandasnya sahaja
17. Terjadinya pertempuran antara 2 kelompok besar kaum Muslimin
18. Banyak berlaku gempa bumi
19. Pendeknya waktu
20. Banyak berlaku huru hara
21. Umat-umat yang lain berebutan terhadap Umat Islam
22. Menuntut ilmu kepada orang-orang yang kecil. Yakni dalam ilmu dan amalnya. bukan menuntut ilmu dari Ulama' besar dan muktabar. (ada orang belajar ilmu agama dari rakan sejamaah yang mndapat ilmu dari rakannya juga di majlis ilmu di masjid tanpa sanad ilmu)
23. Munculnya wanita-wanita yang tidak berpakaian. Yakni tidak menutup aurat dengan sempurna
24. Munculnya orang-orang bodoh yang berbicara tentang urusan umum masyarakat
25. Ucapan salam hanya ditujukan kepada orang dikenali sahaja
26. Hilangnya kewaspadaan manusia terhadap mendapat rezeki yang halal
27. Banyaknya sifat bohong, ia menjadi biasa
28. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat
29. Munculnya unta-unta dan rumah untuk syaitan. Yakni kenderaan dan rumah yang tidak digunakan, dibeli untuk perhiasan dan menunjukkan status serta memenuhi nafsu. Lalu rumah dan kenderaan itu menjadi untuk syaitan
30. Manusia bermegah-megah dengan keindahan masjid dan perhiasannya. Masjid diindahkan penampilannya, bukan diisi akan rohnya, terbiar tanpa diimarahkan.
5 ulasan:
22. Menuntut ilmu kepada orang-orang yang kecil
nasib baik badan aku besar hehe..
tapi kawan aku tu...hmmm
huh, Dr Azrin sengaja memperkecilkan kekecilan saya. ha ha ha
wah dah dapat Dr
DR apa lak? DR haiwan wakakaka... belum lagi la geng. hujung tahun kut insya Allah
Kira aku doa supaya berjaya dapat Dr. ha ha ha. balik la cepat, aku nak buat master dengan hang kat UPSI.
Catat Ulasan