KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





13 Disember 2010

MINYAK NAIK ... BOLEH NAIK MINYAK







Amin : "Pak Ngah, kenapa ramai yang beratur nak isi minyak kereta malam ni?"

Pak Ngan Adan : "Oh, pasai rega minyak RON 95 naik 5 sen, jadi seringgit sembilan kupang seliter start esok, tu pasai ramai dok isi penuh tangki depa malam ni"

Amin : "Naik 5 sen pun jadi macam tu ka Pak Ngah?"

Pak Ngah Adan : "Ha, memang la, kalau sekali isi seliter tak apa la, ni kereta, kalau sekali isi sampai 40 liter, dah berapa beza dia tu"

Amin : "Patut la ramai orang marah kalau harga minyak naik"

Pak Ngah Adan : "Orang Malaysia kita macam tu la, dok bisin sat ja, dua tiga minggu lepaih tu sengap la depa"

Amin : "Susah ka Pak Ngah nak buat minyak kereta ni"

Pak Ngah Adan : "Susah jugak, mula-mula kena cari tempat mana ada minyak. susah tu pasai minyak mentah duk dalam tanah, kalau bawah laut lagi susah nak cari, berjuta la habih nak cari tempat yang ada minyak tu saja. Dah jumpa kena proses pulak. Nak jadikan minyak kerosin ka, minyak petrol ka, minyak disel ka, minyak tar ka. Susah tu, kena ada loji penapisan minyak, yang buat tu pulak jurutera hak gaji depa mau berpuluh ribu sebulan. Lepaih tu kena angkut guna lori tangki khas pulak"

Amin : "Oooooo, patut la harga minyak ni mahal"

Pak Ngah Adan : "Sebenaqnya tak la mahai sangat, kalau la ni seliter seringit sembilan kupang, setengah liter atau 500 ml baru sembilan kupang lima duit. tak sampai seringgit pun"

Amin : "Mahal la tu Pak Ngah"

Pak Ngah Adan : "Tak la mahai kalau banding harga ayaq mineral kat negara kita ni. Pi beli tengok, satu botoi 500 ml harga dia boleh sampai seringgit lima kupang. Padahai, nak buat ayaq tu senang ja. Ambik kat sungai bawah tanah, proses sikit, buh dalam botoi, bawak dalam lori ayam pun boleh, tapi mahai dari minyak keta. memang orang Malaysia ni pelik sungguh. Hak tu naik banyak depa tak bisin pun."

Amin : "Errrrr, Pak Ngah, hari tu ayah kata, Perdana Menteri sebut dalam bajet harga minyak tak naik dah tahun ni"

Pak Ngah Adan : "Hak tu hang pi tanya PM la, Pak Ngah pun tak tau......."


p/s : Belilah penapis air Imtiyaaz dari saya, hanya RM598, boleh pakai bertahun-tahun, tak payah beli ayaq mineral hak mahai tu......he he he

gambar diambil dari helaianpurnama.wordpress.com

46 ulasan:

kiaisepuh berkata...

tu la asyik kena tipu aja..hampeh betoi!

fakir al banjari berkata...

itu namanya mainan politik

insanfakir berkata...

Orang melayu/malaysia naik minyak sekejap je...minyak naik dah dekat nak selalu....kita mcm tu juga diberitakan akhir zaman dunia akan kehabisan minyak dan kita akan kembali seperti zaman dulu naik kuda dsbgnya....tapi Allah jua yang maha tahu.

Gelojak_Jiwa berkata...

Setuju dengan komen abang insanfakir.. orang malaysia naik minyak sekejap je.. tapi sekali naik,tsunami politik jawabnya!

fakir al banjari berkata...

Yahudi sekarang sibuk persiap pedang titanium untuk peperangan terakhir, mereka dah bersedia untuk peperangan akhir zaman tanpa teknologi canggih.
(Depa ingat pedang tu boleh bawak kemenangan agaknya)

Orang kita ni yang makin meninggalkan ilmu pertahankan diri, walhal belajar memanah, berkuda, berenang, berlari, gusti, berpedang adalah sunnah Baginda.....

Gelojak_Jiwa berkata...

Itupun satu hal juga.. Pernah di masjid temerloh Jaya masa saya lepas solat tarawikh, dengar budak2 sek. menengah rasanya kat situ duk berbual pasal apa depa tak belajar silat kononnya depa ada saka la,jin la, takut pukul orang la,takut tangan jadi berbisa la apa la.. Depa tak tau ke yang belajar seni mempertahankan diri tu ada dalilnya dalam Al-Quran? Termasuk belajar menembak guna pistol.. Alasan sungguh budak2 tu.. Sapa suruh depa belajar yang pelik2?

tgn besi berkata...

haha..lawak sungguh budak2 sek. menengah di tempat G_J

Tanpa Nama berkata...

Salam, kita jangan kata sembarangan kepada budak-budak tu, kita pun tak tau apa yang budak-budak tu tahu atau mungkin ibu-bapa mereka beritahu atau orang alim beritahu....kita juga tidak mampu melihat semua benda yang Allah izin boleh dilihat oleh orang lain. tetapi berdoalah agar Allah beri petunjuk yang baik. InsyaAllah.

Gelojak_Jiwa berkata...

salam,sebab tu saya tak kata sembarangan pada budak2 tu tapi budak2 tu yang kata sembarangan di masjid tanpa mengetahui apa yang mungkin orang belajar mempertahankan diri tahu daripada ibubapa atau orang alim malah yang Nabi bagitau mengenai belajar memanah,berkuda dan sebagainya. Masalahnya bukan apa yang mereka mungkin tahu, tapi alasan yang mereka beri ketika itu adalah antara alasan yang menghalang mereka dari belajar satu benda yang wajib.. alasan yang dangkal ketika kita dengar sedangkan mereka tak pernah belajar pun malah menghalang orang lain dari belajar kerana dengar fitnah atau andaian depa smata-mata.. itu yang saya tidak berapa setuju dengan budak2 tu..

Tanpa Nama berkata...

mungkin ibu bapa budak-budak tu dah tahu beberapa rahsia Allah dan kaitan dengan silat tu sebab dia tak bagi belajar silat tu,

"tapi alasan yang mereka beri ketika itu adalah antara alasan yang menghalang mereka dari belajar satu benda yang wajib"

tapi adakah perkara wajib itu wajib dipelajari kalau terpaksa melalui jalan yang salah???

inilah yang mereka tahu.....yang mungkin kita tahu atau buat-buat tak tahu, nabi suruh memanah, berenang dan menunggang kuda kenapa kita tak belajar memanah, berenang dan menunggang kuda tapi gila nak belajar silat yang dalam silat itu ilmu memanah tak diajar( ini bukan fitnah) tapi kalau ada ilmu memanah confirm kita akan cari kuda dan panah.....GJ jangan mare.....

Oghang Ba Ado berkata...

"mungkin ibu bapa budak-budak tu dah tahu beberapa rahsia Allah dan kaitan dengan silat tu sebab dia tak bagi belajar silat tu,"

kalau dah tau meh sini tunjuk ajar kat beta.. kalau sekadar dengar dongeng dari ustad wahabi keluaran arab sood dan lokal punya boleh la sembang..

ilmu pun ada beberapa tahap, kalau tahap sembang kedai kopi, melambak orang kita ada.. melabun tak tau ujung pangkal..

tu 'mak bapak' tu tahap apa? ilmul yaqin ke? ainul yaqin ke? haqqul yaqin? ka tahap sembang kedai kopi.. atau baca 'sesuatu yang ditulis oleh anynomous (tanpa nama/takda sumber/sanad/salasilah)

ha ha ha.. jangan mare ehh..

p/s: anak jantan jangan bacul, tak ada anu baling batu sembunyikan tangan.. ha ha ha..

fakir al banjari berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fakir al banjari berkata...

Emmmmmm, ulama kata tentang sunnah yang saya tulis di atas adalah sukan yang boleh digunakan untuk tujuan peperangan, bukan sukan sekadar suka-suka macam bola. maka ulama simpulkan apa-apa sukan yang boleh digunakan untuk tujuan peperangan adalah sunnah jua, kerana pertahankan agama, nyawa, akal, maruah dan harta adalah wajib menurut ulama Sunnah Wal Jamaah.

Memang terdapat sebilangan silat yang tersasar dari ajaran Islam sehingga ada yang menggunakan jin sebagai saka atau pendamping, namun silat yang benar menurut garis panduan Islam masih ada terlalu banyak.

kadangkala bukan ilmu silat itu yang salah, tetapi guru yang mengajar membawa secara salah, dicampur aduk ilmu lain semata-mata nak kuat dan menang.

Sedangkan hakikat silat itu adalah zahir mencari teman, batin mencari Tuhan.....Hinggakan ramai manusia dibawa ke jalan yang benar mengenal Allah, mengikut jalan syariat, melalui jalan silat.

Oghang Ba Ado berkata...

"kadangkala bukan ilmu silat itu yang salah, tetapi guru yang mengajar membawa secara salah, dicampur aduk ilmu lain semata-mata nak kuat dan menang."

silat = olahan zahir

amalan silat = amalan batin yang haq atau syirik

..sebenarnya ramai mamat setengah tiang yang tak faham konsep ni, lepas tu cuba bercakap dengan tak ada sanad ilmu atau sebarang ilmu/pengetahuan/pengalaman atau mursyid yang 'siqqah'..

alamatnya ramai la yang jadi bullshit (kononnya berangan nak jadi mursyid, padahal mengeluarkan sampah dari otak mereka yang mencemarkan sekeliling..

p/s: antara langit dengan bumi, jauh bezanya sayang..

Gelojak_Jiwa berkata...

tuan tanpa nama..

rahsia apa yang ada sehinggakan nak belajar yang wajib terhalang?

bukankah sebelum ini sudah diberitahu kenapa depa belajar benda yang pelik2? Sape yang ajar? dari orang yang tak amal syariat.. kenapa guru tu tak amal syariat? sebab guru depa pun tak amal syariat.. Abih mana orang yang duk amal syariat?? Duk di masjid sambil mengutuk orang macam budak2 tadi tu? atau duk minum di kedai kopi mencerita rahsia Tuhan sambil minum kopi?

"nabi suruh memanah, berenang dan menunggang kuda kenapa kita tak belajar memanah, berenang dan menunggang kuda tapi gila nak belajar silat yang dalam silat itu ilmu memanah tak diajar( ini bukan fitnah) tapi kalau ada ilmu memanah confirm kita akan cari kuda dan panah"

maaf tanpa nama mgkn terlupa Islam ada 2 lagi cabang ilmu dlm Islam iaitu ijmak ulama dan kias.. Bagaimana pula dengan belajar menembak dan senjata moden?

setuju dengan tuan fakir yang menyatakan ulama menyatakan wajib mempelajari sukan atau kemahiran untuk pertahan agama, maruah, kelaurga dsb.

Yang depa p belajar benda yang bukan2 tu sape suruh? nak jadi kebal ke apa ke,guna jin la apa la itu la yang saya kata mereka ni sebenarnya bukan faham pun..

Betul kata OBA, silat = gerakan zahir
amalan silat = haq atau syirik..

Rahsia Allah dan kaitan dengan silat? kasihan remaja sekarang.. kerana ibubapa dah tahu rahsia, maka terhalang pula anaknya untuk tahu rahsia tersebut.. lihatlah post di www.gelojakjiwa.blogspot bertajuk 'gila bengkung'

sape suruh belajar kebal.. orang suruh belajar silat! jangan mare ye..

kiaisepuh berkata...

Assalamualaikum...
ehe ehe ehe maaf ya mau respon sikit itu tanpa nama...macam dalam komik aje nama dia (tanpa nama) nak tumpang tanya sikit ehek ehek ehek..
1. betul ke kalau dalam silat ada belajar memanah tanpa nama nak belajar ehek..ehek..ehek..?

2. Kalau ada belajar main pedang atau parang boleh tak?..heheheh..sebab dalam hadis nabi sebut memanah, berenang dan berkuda hehehehe..

3. atau tanpa nama hanya ambil zahir hadis sahaja? ehe ehe ehe...

tapi sebenarnya Gj dan tanpa nama hanya membuat andaian masing2 aja dua-dua pun tak tau apa yang sebenarnya mak bapak budak2 tu cerita...Gj jiwa komen sebab waktu tu dia mendengar begitu..sedangkan tanpa nama komen seolah-olah bercakap bagi pihak budak-budak tu. mana kita tau mak bapak depa ada ilmu tinggi ka? memang cakap keturunan depa ada saka ka. atau lain-lain lah yang hangpa dok bercakap bagi pihak budak-budak tu buat apa daaaa...

ha! bab saka,,, ingat belajar silat saja dia mai...dah kalau ada saka tak belajar ssilat pun dia mai ooo....

Gelojak_Jiwa berkata...

hehe.. sebab tu saya kata saya komen bukan berdasarkan apa yang mereka mungkin tahu tapi apa yang mereka kata pada ketika tu yang boleh menimbulkan fitnah pada orang lain. seolah2 bila ada saka tak bole belajar silat.. aduyai.. fitnah tu bang pada saya yang bersilat ni.. sdangkan saka pun mungkin takut dengan orang yang belajar silat,sape tau..

Tanpa Nama berkata...

Salam. Hebat OBA itu yang mursyid tuan ajar supaya membulshitkan orang, asal orang tu guna 'tanpa nama' tembak cukup-cukup....beberapa perkara yang boleh menjadi "jalan salah" atau paling tidak kerisauan bagi yang ingin menjaga agamanya....cuba check salasilah silat yang tuan-tuan belajar itu sampai kepada siapa akhirnya???? ikrar perlimau tapak???relax la kiaisepuh,Gelojakjiwa,OBA...he...he...he.

insanfakir berkata...

salam, oooh dasyat ahli-ahli gayong ni mempertahankan silat, sengit-sengit, hamba tak nak campor, "Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya" jua "Engkau luruskan jalan yang kami lalui menuju kepadaMu tanpa sebarang anasir yang boleh mengganggu kelancaran perjalanan kami itu"

fakir al banjari berkata...

Kalau tuan tanpa nama berminat, ada satu silat di Perak yang mengajar memanah dalam silibusnya.

Saya sendiri belajar dan jurulatih memanah, murid saya ada yang dah ke SUKMA dan dapat pingat pun.

Saya rasa antara punca masalah anggapan budak-budak tu :

1. Salah anggapan kerana terlalu mudah buat kesimpulan, katanya belajar silat takut pukul orang sebab ada saka, mugkin ada beberapa kes macam tu, tapi berapa banyak berbanding berjuta pengamal silat di negara kita? seangkan ada murid yang ada saka dapat dibuang sakanya oleh guru silatnya.

2. Orang silat tak mampu menerangkan secara logik dan ilmiah kepada umum tentang amalan silat hingga ada yang menilai sesuatu kemampuan luar biasa pesilat adalah kerana bantuan jin/saka. Ini kerana ruang yang ada terhad, orang berkemampuan kurang, diganggu pandangan orang yang bukan ahli tapi nak beri padangan.

3. Kurangnya ulama (bukan sekadar graduan U) yang mahir bersilat yang dapat menerangkan secara tepat menurut pegangan terbanyak rakyat malaysia yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah

4. Terdapat silat yang guna bantuan makhluk halus, suka menonjol diri, sebab nak tunjuk hebat, cari ahli.....dll

5. Salah faham masyarakat tentang jin/saka hingga ada yabg kaitkan jin dengan silat dan sebaliknya. Orang dulu buka tanah pin guna saka, tapi tak tinggalkan amalan buka tanah tu semata sebab ada saka....

6. Sikap orang silat yang suka tunjuk hebat macam GJ dan Kiai, he he he, yang ni main-main saja, tapi ramai orang silat suka ambil sikap berdiam diri sebab dalam silat biasanya diajar, cara terbaik capai kemenangan adalah elakkan konflik, so, diam lagi baik, tapi ada masanya perlu bercakap untuk beri pandangan dan rasa nak perbetul fahaman

Oghang Ba Ado berkata...

Tanpa Nama berkata...

"Salam. Hebat OBA itu yang mursyid tuan ajar supaya membulshitkan orang,.."

1. memang beta sebagai KHALIFAH Allah hebat, kalau tak sia sia ALLAH azza wajjala ciptakan sebagai KHALIFAH. Sebab tu manusia yang jadi HEBAT kalau dia ada ilmu dan tidak cakap bullshit (merapu)atau sembang tak berdalil..

"..asal orang tu guna 'tanpa nama' tembak cukup-cukup...."

2. Hatta setan pun namanya ada disebut dalam al qur'an dan hadis. abis yang tak bernama ni siapa? Iblis? Dajjal? kalau orang mengambil sanad hadis pun ada salasilah, patut ke ambil kenyataan maudu' dan batil dari makhluk yang tarafnya brendah dari syaitan alaihi laknat?

"beberapa perkara yang boleh menjadi "jalan salah" atau paling tidak kerisauan bagi yang ingin menjaga agamanya...."

3. salah tang mana tu? bab mana? perangai wahabi aje suka memperbesar2kan perkara furuk, awak kalau saya soal khatam 2 kalimah syahadah tu pun agaknya belum tahkik lagi.. kalau dah tak ada ilmu, pi belajar! baru tau salah ke atau betul!

"...cuba check salasilah silat yang tuan-tuan belajar itu sampai kepada siapa akhirnya???? ikrar perlimau tapak???"

4. sekarang aku nak bercakap dengan makhluk yang rendah tahapnya dari setan? (ada Allah mention tanpa nama dalam Qur'an?) diri sendiri tak bagi kenal, tak tahu hujung pangkal, nak tanya asal usul orang.. entah2 ko tu asal-usulnya dari pucuk api neraka jahim, salasilah dari bani jan..

"relax la kiaisepuh,Gelojakjiwa,OBA...he...he...he."

5. setan iblis dan kuncu2nya yang laknat takkan berehat dan relax selagi dia tak berjaya menjerumuskan bani adam masuk neraka macam dia.. buat apa aku nak relex?

p/s: sekarang aku nak tanya balik! apa rahsia Allah taala sampai mak bapak tu melarang! ntah2 rahsia buat anak tak baca basmalah sampai jadi kau kot!

Oghang Ba Ado berkata...

..aku nak soal kau 'setan' yang tak ada nama..

A)..adapun batin silat (amalan) itu berbeza dengan gerakan zahir silat (olahan tubuh badan..)

apa itu zahir?

apa itu batin?

..jawab la kalau ko bukan anak luar nikah..

B) satu lagi kalau kau sibuk2 nak cerita bab batin ni ko jawab dulu 4 soalan ni..

1) saka - apa bendanya?

2) baka - datang dari mana?

3) pusaka - ambik dari mana?

4) puaka - duduk kat mana?

empat benda ni kalau ko boleh jawab aku akan tanya lagi pasal barang yang diwariskan: 4, 4, dan 7 barang yang dipinjamkan..

jangan ko keluar kenyataan tak berdalil lagi lepas ni..

C) kalau aku amik lian yunan salasilah aku sampai kat mana? ha jawab! kalau tak teruk ko aku reju kalau aku jumpa!

p/s: anak jantan kalau bertelur jangan baling batu sembunyi tangan..

fakir al banjari berkata...

PER : Apa saja

Tuan,

Tuan-tuan jangan marah kepada tanpa nama di blog ni sebab saya biar mod terbuka untuk komen

maknanya sesiapa yang tak ada akaun blogger, boleh bagi komen guna tanpa nama, maka penggunaan tanpa nama bukan bermaksud orang tu tak ada nama atau takut buh nama, cuma dia mungkin tak ada akaun blogger atau sengaja komen tanpa log in,

jika tuan nak berhujah, silakan berhujah, hujah lawan hujah, bukan buh kat titel tanpa nama itu, agar ia lebih membina.

sekian, terima kasih

saya yang menurut perintah



(fakir al-banjari)

1Malaysia, 1Umat, 1Allah

tgn besi berkata...

Salam..panas..panas..maaf krn sy nk mencelah..sy xsetuju kalo ada saka xbuleh belajo silat..kita adalah KHALIFAH..buat apa nk ikut arahan saka tuh..sekian terima kasih..

p/s: sy ada 2ekor saka..lantak le deme nk menari dpn sy pn..xde sapa pn jemput diorg suh jg sy..mereka tidak berkuasa ke atas diri sy melainkn yg HAK

Oghang Ba Ado berkata...

...salam, cuba korang baca balik statement si mamat 'takda nama" ni tulih (macam mana takda nama, masa bayi dah dibuang mak bapak dalam tong sampah sebab anak gampang!):

Tanpa Nama berkata...

"beberapa perkara yang boleh menjadi "jalan salah" atau paling tidak kerisauan bagi yang ingin menjaga agamanya...."

Apa maksud frasa ni? maknanya dia sorang yang tau pasal hal ehwal agama (syariah, feqah, usuluddin), dia sorang yang 'kononnya' risau bab agama ni, bab akidah ni, dan orang yang lain yang ada kat sini tak peduli hal2 agama, bab akidah, bab iman..

senang cakap, dia nak tunjuk yang dia sorang ada pengetahuan agama kat sini.. inilah perangai wahabi, menuduh orang lain sesat (takfir), orang lain yang duk sini (terutamanya orang silat) tak pernah pun 'kononnya' nak amik tau hal agama..

silap besar la kau.. tak cukup modal nak jual ubat kat tempat orang..

sekali aku borong dengan tikar-tikar tempat ko berjual sekali!

hah! dapat dah jawapan soalan yang aku tanya tu? jawab la kalau ko bertolo jang!

p/s: yang duk sini bukan semuanya jahil macam ko jang! ada yang taraf berguru kat pondok weii..

Tanpa Nama berkata...

Salam, sabar OBA adakah tuan boleh jamin tuan ditempatkan disyurga sehingga tuan sembrono tuduh wahabi gampang??? Yang pasti saya buka pendokong wahabi, saya juga bukanlah orang yang mengaji tahap pondok macam OBA atau kawan2, tapi guru saya pesan jadilah insan yang tenang dalam menyampaikan islam, jangan sembrono kata orang anak luar nikah, kafir dan sebagainya kerana kalau tidak begitu semua itu akan dipulang kepada kita. jangan hina ayah orang kerana merangsang orang hina ayah kita.

"beberapa perkara yang boleh menjadi "jalan salah" atau paling tidak kerisauan bagi yang ingin menjaga agamanya...."

saya tak pernah kata orang-orang silat tak ambil tahu hal agama berdasarkan perkara itu, tapi kembali kepada kisah budak-budak dari GJ yang jadi sandaran mungkin mak ayah budak-budak tu terlalu berhalus dengan setiap perkara itu sahaja.

saya hanya beri pandangan. Ini comment saya yang akhir maaf kalau menyinggung, OBA cuba tanya mursyid tuan berkenaan tindakan tuan menghina orang sewenang-wenangnya tak khuatirkah tuan tentang org yang tuan kata itu mungkin dari saka/baka rasullullah? yang baka dari nabi ibrahim yang pasti tiada saka baka puaka???

jom kita istighfar semoga Allah ampunkan keterlanjuran saya dan tuan-tuan. Amin

terima kasih fakir al-banjari guna ruang, silap masuk. sebenarnya dah taip nama tapi masa send keluar juga tanpa nama, mungkin Allah tak izin.

p/s: aku bukan ahlul bait

Oghang Ba Ado berkata...

Tanpa Nama berkata...

"Salam, sabar OBA adakah tuan boleh jamin tuan ditempatkan disyurga sehingga tuan sembrono tuduh wahabi gampang???"

1. mana2 fahaman yang mentajsimkan Allah taala dikira sesat dan terkeluar dari agama Islam - batal iman, gugur syahadah. syahadah batal, maka nikahnya juga terbatal!

"..guru saya pesan jadilah insan yang tenang dalam menyampaikan islam, jangan sembrono kata orang anak luar nikah, kafir dan sebagainya kerana kalau tidak begitu semua itu akan dipulang kepada kita. jangan hina ayah orang kerana merangsang orang hina ayah kita."

2. marah ke? padan muka ko!sekali lagi, mereka yang tak bernama (kerana tak diberikan oleh mak bapak) adalah mereka yang telah dicampak dalam tong sampah sejak kecik kerana SEBAB2 TERTENTU (hamba haluskan sikit bunyinya - TAK SAH TARAF)!

"..saya tak pernah kata orang-orang silat tak ambil tahu hal agama berdasarkan perkara itu, tapi kembali kepada kisah budak-budak dari GJ yang jadi sandaran mungkin mak ayah budak-budak tu terlalu berhalus dengan setiap perkara itu sahaja."

3. NGKO MENGAMBIL SANDARAN DARI PERKARA YANG BATIL LAGI MAUDHUK.. KO SERUPA LA WAHABI ATAU SYIAH RAFIDHAH! KAKI PUTAR ALAM LEBIH HEBAT DARI HINDU!

"saya hanya beri pandangan. Ini comment saya yang akhir maaf kalau menyinggung, OBA cuba tanya mursyid tuan berkenaan tindakan tuan menghina orang sewenang-wenangnya tak khuatirkah tuan tentang org yang tuan kata itu mungkin dari saka/baka rasullullah? yang baka dari nabi ibrahim yang pasti tiada saka baka puaka???"

4. diri sendiri dan asal usul diri ko tak perkenalkan diri, ko sibuk nak bawa cerita saka/baka rasulullah.

apa ko ingat syed dan syarifah ni maksum belaka semuanya? apa tak ada syed yang kaki botoi? apa tak ada syarifah pi clubbing? apa ko ingat bila diaorang dah ada DNA rasulullah tu, kenabian/keimanan tu outomatik diwarisi? ko SYIAH IMAMIAH KE?

kalau ko BENAR - TUNJUK SIAPA DIRI KO SEBENAR, JANGAN NAK MENGAKU-NGAKU!

kalau pembawaan ko benar, ko tak sibuk ambik kisah mauduk atau dgr cakap mak bapak yang tak tentu ujung pangkal sebab cara nak melepaskan benda ni MUDAH SANGAT! aku ulangi MUDAH SANGAT!

..dan kau pulak tak sibuk nak 'rasa' terganggu akidah (atau nak jaga akidah orang lain) akibat jin yang menumpang dalam DNA ko yang dah sedia tercemar tu.. jaga la diri ko tu sendiri!

aku soal balik soalan A, B, C yang aku berikan kat atas! rantaikan balik sampai silsilah Nabi Ibrahim (a.s)! dari madyan bawa ke tanah melayu!

"...OBA cuba tanya mursyid tuan berkenaan tindakan tuan menghina orang sewenang-wenangnya"

5. alang syaitan pun Allah taala bagi nama, makhluk tak sah taraf ni tak perlu aku muliakan tak bertempat!

p/s: aku nak tanya balik apa rahsia mak bapak tu larang sangat? ko tak jawab pun satu soalan yang aku beri dari mula sampai akhir!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
"terima kasih fakir al-banjari guna ruang, silap masuk. sebenarnya dah taip nama tapi masa send keluar juga tanpa nama, mungkin Allah tak izin."


...senang2 kau nak Salahkan Allah Taala kerana kebodohan kau....

Ni aku bubuh nama aku boleh?
-ALFIAN NAGASAKTI

P.S-Jangan jadi bedebah tak beralasan!

kiaisepuh berkata...

alamak! apa dah jadi ni ish! si oba sudah naik hangin satu badan ayo-yo...oklah sudah-sudah la tu mari berdamai..pada tanpa nama saya tau apa maksud tuan silat gayong yang kami belajar ni salasilah dia sampai mana..saya tau apa maksud tuan...saya juga pernah lama memikirkannya..namun begitu salah satu kaedah adalah bukan semua yang belajar itu tersilap atau tersesat...jadi pada mereka yang memahaminya sudah tentu tidak membawa yang salah..sebenarnya budak2 ni kalau dilarang pun mereka nak belajar silat juga jadi pada alfian yang membawa silat yg betul maka perlu membawa budak2 ni kejalan yg betul..maka begitu jugalah dengan mereka2 yg berhujah disini semuanya niat yg baik.
kalau tak kita risau mereka terjumpa silat yg mengamalkan ilmu yg salah.
atau tuan nak cadangkan pada kami semua kat sini agar menyertai silat tuan..mungkin silat cekak..atau apa2 silat yg tuan rasa tak sesat bleh aja kami2 ni sebab yg ada dalam ni bukan belajar satu silat aje hehehe. depa ni semua terer2..hua hua kecuali saya la...saya belajar muaythai sikit2 la silat hua hua hua..
oklah alfian apa2 hal saya minta maaf la ..tak mau la esok2 kena tunggu tuan kat akhirat takpun tuan kena tunggu saya untuk dibicarakan atas sikit punya hal ini....heheh

alooo tuan fakir mekasih le kasi tumpang lalu...

fakir al banjari berkata...

Kian mungkin salah faham, Alfian menggunakan tanpa nama juga untuk persoalkan tanpa nama, lihat baik-baik.

Alfian tu tinggi ilmunya.....

Oghang Ba Ado berkata...

salam (bukan untuk tanpa nama)

semalam alfian isi ruangan terakhir tu depan hamba. bukan dia yang hamba marahkan selama ni. orang lain.

alhamdulillah, ditakdirkan Allah taala, aku dapat lihat 'wajah' mamat tanpa nama ni kat FB.

buat mamat tanpa nama, cerita ko tak abis lagi, banyak benda aku nak bertanya ko main mengelak-elak.

ko suka cerita bab tasauf (jaga hati) tapi bab masalah KEJINNAN (bukan saka namanya) kau tak jawab jelas.. itu yang aku nak tanya!

aku bagi ibarat:

1. kuih pau (sejenis kuih cina) semua intinya DAGING BABI KAH?

2. kalau sakit barah paru-paru kau cari doktor sakit gigi kah?

kepada kekanda kiaisepuh, saya nasihatkan baca betul2 dari posting pertama 'tanpa nama'.. abang kalau baca kontrak sah akan kena KIAT kalau tak faham apa isinya..

p/s: gula2 hacks bukan penyembuh batuk kering..

kiaisepuh berkata...

ya ka! alamak salah daaa ....maaf bro alfian...ish lagi lama lagi penin la aku maleh aaa nak layan maaf di pinta untuk semua..nak pogi dah ni
oba kasi aaaa apa2 cara aku nak nengok juga wajah hensem mamat tanpa nama tu..heheheh

Tanpa Nama berkata...

Salam, sebenarnya kesedaran. Umum tentang silat yg betul dan silat yg salah menyebabkan lahirnya kerisauan ttg jalan yg salah ttg agama ini namanya takwa, tidak mengata org itu suri teladan dari rasul, ilmu berkenaan tanda2 kafir bukan utk kafirkan org tapi agar kita jauh drpd kekafiran.. semoga Allah mengampunkan kita semua. Amin.
Oba-tak semua ahli bait guna gelaran syed atau syariffah, simpan soalan hebat tuan tu, aku tdk tahu apa2,
Gj jgn marah tp apa yg saya tulis walau tdk berdalil adalah hakikat.
Saya bukan pendokong wahabi, apatah lagi syiah rafidah.
Bukan juga pengikut tariqad, namun
'kalau kau menjadi aku kau akan mengerti'
Salam kasih sayang buat adindaku semua yg semangat waja.
Maaf sekali lg
-insanfakir pencari tuhan yg tak punya apa.....

fakir al banjari berkata...

Setiap orang punya ilmu, pengetahuan dal pengalaman berbeza, benar memilik jalan warak kerana berhati-hati. Namun pada saya, adalah lebih baik terus bertanya pada yang ahli agar kerisauan itu terungkai, hingga datang yakin, dan dapat memilik yang hanya benar.

wallahualam

Rilek la OBA, cara kau mungkin akan menyakitkan hati, tapi belum tentu menyebabkan kebenaran dan pemikiran terzahir untuk difahami

Oghang Ba Ado berkata...

Salam,

1. kan mudah perkenalkan nama untuk tunjuk diri tu ikhlas, tak perlu sembunyikan 'rupa' sampai kena fire dengan heavy alteleri/serangan bom berangkai (CBU) baru nak keluar dari BUNGKER persembunyian. nak muzakarah pun senang..

2. aku buat begitu agar pihak yang suka main 'hide and seek' macam GERILA vietcong AGAR keluarkan diri. dengan itu, saya OBA dan seluruh pegawai joint chief of staff MEMOHON MAAF secara RASMI, dan menarik balik SEGALA KATA-KATA saya ke atas kekanda insanfakir. saya juga berharap RUNDINGAN DAMAI/MUZAKARAH dapat diteruskandengan lancar dan IKHLAS.

3. KEKANDA INSANFAKIR tidak perlu risau kerana anda akan dilayan SEADIL-ADILNYA. sebarang permasalaahan akan dirujuk kepada pihak berkecuali yang mempunyai OTORITI dari kedua-dua belah pihak.

4. semoga Allah Taala mengampunkan kita di atas segala KEKELIRUAN yang berlaku. AMIN.

p/s: ..DIA tak perlu DICARI, tapi perlu DIKENALI..

Gelojak_Jiwa berkata...

Assalamualaikum..

Oh,kekanda insanfakir rupanya.. Maafkan ketelanjuran kata jika ada daripada anak muridmu ini. (kekanda insanfakir ajar batch kami asas gerakan,gerakan 10,dan ajar saya handspring.

Jika melihat dari sudut pandangan abang insanfakir maka tentu ianya benar.. Memang hakikatnya begitu..

Namun jika dilihat sudut pandangan saya yang mencari dan mengenali IBU GAYONG di dlam silat, maka saya juga berkata berdasarkan hakikat yang telah dilalui saya dan mgkn org2 lain di dalam bersilat..

Saya tahu memang silat kita penuh dengan amalan kebatinan yang kadang2 menyimpang, namun kita berhak memilih untuk menjadikannya benar. CTh,dulu amalan membakar kemenyan menjadi wajib ketika perlimau,namun kini ditiadakan dalam PUSAKA GAYONG dn ckg man. begitu juga majlis khatam telah ditiadakan dlam PUSAKA GAYONG.

Ini kerana mereka mula faham apabila difahamkan oleh golongan-golongan yang berhati-hati(mengamalkan syariat)yang berjihad membetulkan perkara ini. Itulah juga perjuangan kami selama ini. Kami tidaklah perfect namun inilah sahaja jihad yang kami ada sebagai bekalan untuk bertemu Dia yang kita Cintai kemudian hari..

Jika abang insanfakir ingin tahu, banyak amalan2 zikir seperti amalan ayat 9(boleh bertanya kekanda kiai, dan amalan2 zikir lain yang telah dimasukkan dalam silat gayong ini.

Mengenai sanad,saya pun tak tahu bagaimana susur galur silat ini. kerana yang saya belajar adalah gerakan zahir, seperti juga abang insanfakir yang belajar menembak, siapa agaknya yang mula2 ajar menembak guna senapang.. :)

Namun amalan silat, yang itu memang saya memilih dan berhati-hati.. Pernah saya bertanya pada kekanda Fakir al banjari ketika beliau memberikan suatu himpunan doa, lalu saya bertanya,dari siapa? Lalu dijawabnya ini ayat Al-Quran, dah tentu dari Allah dan Rasul juga. Saya terdiam dan saya pun kata betul juga. Ini ayat Al quran,semuanya boleh jadi doa. Tak taula jika saya memang tak tahu ada kaedah dalam agama kita mengenai amalan yang berkaitan ayat Al-Quran.

Jadinya mengenai budak2 itu tadi, mungkin mereka benar,mungkin juga mereka salah.. itu semua kemungkinan dan kita hanyalah berusaha menyedarkan golongan ini jika mereka salah, dan membetulkan diri kita jika mereka benar..

Terima kasih atas teguran kekanda insanfakir yang menjadikan pesilat terutamanya saya untuk lebih berhati-hati dalam meneruskan perjuangan ini.

Maaf dipinta jika saya terkasar bahasa dlm blog, sebnarnya jika bertemu tak kasar pun.. hehe.. abang fakir al banjari memang suka main pulut,cis! cis!

Semoga Allah merapatkan ukhwah di antara kita kerana Allah jua.. I love U all!!!

kiaisepuh berkata...

haha.haha,huhu..toing! toing!..sekali bro insanfakir pergh! aku tak jadi blah laa.ala bro insan fakir jangan aaa merajukk...saya tau apa yg dialami bro satu ketika dulu saya pernah meninggalkan dunia persilatan ini...ada dua sebab pertama sebab waktu tu saya ada la belajar sikit2 ilmu tasawuff...yg kedua sebab saya sakit di tambah lagi saya ada terjumpa org yg lama dlm gayong dan menyatakan sesuatu yg memang kita rasa takut nak join pasal lembaga hitam yang mendatangi dato saya tau tu memang menjadi persoalan...

cuma dalam pusaka gayong banyak juga perkara yg boleh mendatangkan fitnah ini di tinggalkan..tambahan pula dulu penasihat nya adalah tuan guru hj hussin dol seorg guru pondok di kedah...

perlimau tapak? jika dilihat ikrarnya tiada apa2 cuma yang kita perlu tahu apa bacaannya
.tapi adakah kemusykilannya pada mandi limau...saya tau bro pun ada belajar juga bab2 perubatan ni..ilmu Allah ini terlalu luas...

ada org tidak menerima penggunaan bahan2 ini...sedangkan Allah mencipta sesuatu tidak sia-sia..
itu mungkin cara perubatan yg dia belajar maka tidak salah pada dia..pada org lain mungkin caranya lain maka tidak salah juga pada dia
dimana pertimbgannya kita kena balik pada bab hukum...

adakah menggunakan limau itu HARAM..maka kita perlu mencari dalilnya..mengikut ilmu feqah sesuatu itu dianggap harus melainkan datang hukum mengatakan ianya haram..saya pernah berbincang panjang dgn seorg ustaz di sek saya mengenai perkara ini...

saya masih ingat satu ketika bila saya bercerita di UPSI mengenai satu peperangan seorg sahabat apabila dilihat keadaan semakin kucar kacir maka dia mengambil keputusan untuk turun drpada kudanya lalu memotong kaki kudanya agar dia tidak lari dari medan perang..tiba-tiba bro bertanya bukankah itu satu kezaliman..sungguh! saya waktu itu tidak mampu memberi jawapannya..dan soalan itu saya masih ingat hingga sekarang...dan kini saya sudah tahu jawapannya..dan rasanya bukan disini untuk membicarakannya ..bukan apa saya maleh nak menaip hahahaha..woit! letih aaaa taip panjang ni...

hahah tetiba ja semua org kat sini jadi sentimental.... yang penting kawan2 jangan buat perkara syirik...

kiaisepuh berkata...

woit! Gj suka hati ko suruh tanya aku pasal ayat9 hahaha ngeeeaaa...heheeh kalau jumpa bleh sembang nak cerita maleh aaaaa..letih dah menaip ni...ikut suka hati laaa..sapa nak belajar silat belajar tak mau sudah dok bergaduh pun tarak guna

bab jin banyak cerita ni pu hampir2 setan dah berjaya nak memecah belah kita..ish kena jaga-jaga ni...

cuma jin ni kalau nak kacau mcm2 silat pun boleh..saka pun boleh singgah2 pun bleh mcm2 aaa tu kena tanya fakir albanjari hahahah...

fakir al banjari berkata...

Kongsi Ilmu, supaya semua orang tahu, faham, yakin, amal dan dapat balik dengan mudah melalui jalan yang benar.

Semua mannusia hambaNya, maka jangan tinggalkan walau seorang jika kau mampu. Jangan sekadar melepas diri sendiri. pesan guruku

Oghang Ba Ado berkata...

Salam,

"...perlimau tapak? jika dilihat ikrarnya tiada apa2 cuma yang kita perlu tahu apa bacaannya
.tapi adakah kemusykilannya pada mandi limau...saya tau bro pun ada belajar juga bab2 perubatan ni..ilmu Allah ini terlalu luas..."

..mengapa mandi limau? sebabnya ianya adalah 'kunci' untuk membuka pintu yang empat..

nak pasang pakai limau, nak buka pakai limau, nak tutup pun pakai limau..

tapi mengapa limau? ada asal-usulnya, dan ada ceritanya/sejarahnya yang panjang serentak sejak dari zaman Tok Adam dan Nek Hawa 'dihantar' dari syurga kerana makan buah larangan..

kalau selak balik al qur'an dan hadis dan tanya kepada yang arif, tak semua benda berasal dari bumi..

p/s: ..ada juga jenis yang pasang/bukak/tutup/buang tak payah pakai limau, tu macam mana tu?

fakir al banjari berkata...

sejujurnya saya agak kecewa lantaran ilmu hasil kebijaksanaan orang dahulu ditinggalkan lantaran kurangnya ilmu kita sekarang, hingga kita gagal memahami hakikat ilmu dan amalan generasi terdahulu.

kadangkala kita terlalu cepat menghukum amalan orang dahulu, berdasar sikit ilmu kita, atau sikitnya ilmu guru atau rujukan kita

guru saya Syeikh Omar (Lubnan) dan Dr Salim Farar (UK), murid Syeikh Abdullah Hariri, Muhaddith zaman ini, tetap mengambil secebis langkah dan ilmu silat saya......

fakir al banjari berkata...

Saya lebih suka perbincangan terbuka, berhemah dan intelek seperti ini...

Oghang Ba Ado berkata...

insyaallah.. moga-moganya selepas ini.. amin..

kiaisepuh berkata...

ngeeaaaa..aaa..sekali oba buat soalan jadi sapa yang tau sila lah jawab... heheheh..

fakir pulak rasa kecewa jadi tolanglah ubat kekecewaan dia..

aku? Macamana?..hahaha..tarak apa-apa..ilmu pun ciput aje..ajee...hehe ha! rupa2nya dalam gayong pun ada amalan ayat empat...hehhe..cindai ada rahsianya..hehehe..

Oghang Ba Ado berkata...

kiaisepuh berkata:

1.
"...aku? Macamana?..hahaha..tarak apa-apa..ilmu pun ciput aje..ajee..."

- ..iye la tu.. sembang aje..

2.
"...dalam gayong pun ada amalan ayat empat..."

- bang, kadang2 namanya sama, tapi barangnya lain.. 2,3 tapi senama.

p/s: soalan tu takyah jawab pun takpa, memeningkan kepala aje.. jawapannya orang yang dah ada 'otoriti'@kakitangan kerajaan..

kiaisepuh berkata...

ngeaahahaha..mekasih..mekasih ko memang betoi OBA..saja aku tak taip sebab nak bagi hang yang taip heheheh