KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





16 Disember 2010

TERUS BLAH



gambar dari tazkirah.eimsnetwork.com

Pak Ngah Adan baru sampai ke kedai kopi, biasa la, petang kalu, memang dia suka melabun kat kedai kopi, bersosial katanya. Kalau melabun di masjid je, dengan orang baik aje la, kalau kat kedai kopi, baru la macam-macam ada, kaki masjid, kaki disko, kaki mengumpat, kaki dam, kaki pancing….. baru la boleh betul-betul faham pemikiran masyarakat. Tak la bagi nasihat kat orang yang baik dan sekepala je.
Pak Ngah Adan duduk semeja dengan Din Pancing dan Saiful Ayam Sisikwatapak (SAS)

SAS : “Adan, mike nak ikut kami mancin tak malam ni?”

Pak Ngah Adan : “Tak dapat la Pui, ada tahlil kat rumah Mail Kapak malam ni”

Din Pancing : “Hui, kau ni Adan, bab makan memang tak tolak”

Pak Ngah Adan : “Bukan pasal makan la, dah orang jemput, kena la pi, wajib tu”

SAS : “Eh, teman masa pi Perlis ari tu, ada ustaz tu bagi kuliah kat masjid, katanya
Nabi tak buat tahlil ni semua, bidaah semua ni katanya”

Din : “Ya la Adan, hari tu aku baca blog, ada ustaz tu tulis, tahlil la, zikir banyak-banyak la, salawat macam-macam la semua tu bidaah, Nabi tak buat pun”

Pak Ngah Adan : “Apa pulak bidaahnya, tok nenek kita dah lama dok amal”

Din : “Habih tu, ustaz tu yang kata, balik mengaji kat Arab ustaz tu”

SAS : “Ya la, kata ustaz kat masjid tu, apa-apa yang kita tokok tambah dalam perkara ibadah tu bidaah, berdosa kalau kita buat”

Pak Ngah Adan : “Ni aku nak tanya, azan, solat, perang, dakwah dengan haji tu ibadah ka bukan, Nabi buat tak?”

SAS : “Mesti la ibadah, semua tu ada zaman Nabi”

Pak Ngah Adan : “Habih tu, apasai depa tak buat macam Nabi buat? Apasai azan guna mikerofon, kenapa solat buat tak pakai jubah, kenapa perang tak guna je pedang, tak payah guna senapang, meriam, jet tu semua. Kenapa dakwah guna TV, radio, internet dan pi haji naik kapal terbang, bukan unta atau kuda? Nabi tak buat pun semua tu dalam ibadah?”

SAS : “Haah kan, tak terfikir lak aku, kata nak ikut totally macam Nabi, tapi tak ikut pun”

Pak Ngah Adan : “Yang hangpa dengaq tu dari ustaz Wahabi, bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah macam kita kebanyakan di Malaysia ni”

Din : “Habis tu, yang orang kita dok tahlil banyak-banyak tu mana datangnya”

SAS : “Ya la, macam Pak Long Usin yang ikut tarekat tu, kena zikir sampai 70,000 kali tu mana datangnya?”

Pak Ngah Adan : “Macam ni la, perintah zikir tu memang ada dalam Al-Quran, Nabi pulak tunjuk caranya. Ikut Ahli Sunnah Wal Jamaah atau kita sebut Sunni, Al-Quran tu umum, yang Nabi buat tu dah agak khusus sebagai contoh, memang kita kena ikut Nabi, tapi tak bermaksud kita tak boleh tambah selagi tak lari dari tuntutan Al-Quran dan garis panduan Islam yang lain”

SAS : “Macam mana tu?”

Pak Ngah Adan : “ Macam Nabi, dalam sehari istirghfar at least 70 kali. Tapi itu Nabi, yang maksum, yang tak buat dosa, kita yang banyak dosa ni, takkan nak buat 70 kali jugak? Sebab tu orang tarekat buat sampai 70,000 kali atau disebut satu juzuk, itu minimum, banyak lagi baik.”
“Yang 70,000 kali tu ikut pengalaman ulama yang lepas. Kebanyakan ulama yang mengamalkan zikir, bila sampai 70,000 kali tu, dah rasa ada perubahan kepada jiwa dan komitmen amalan dia, maka diletakkan jumlah tu sebagai panduan untk orang lain, tak buat pun tak apa, buat pun boleh, lebih lagi la baik, sebab kita ni kan banyak dosa. Apa salahnya kita ikut orang yang dah rasai kesannya?”

"Kalau nak tau kelebihan istirghfar, hangpa tengok blog ni http://gayongsaa.blogspot.com/ "

Din : “habis tu, yang ustaz tu siap tulis lagi kat atas blog dia, Blog Salafi, kira golongan yang ikut cara nabi sepenuhnya”

Pak Ngah Adan : “Mana ada orang yang boleh ikut Nabi sepenuhnya, serentak boleh jadi ketua Negara, pendakwah sepenuh masa, suami dan ketua keluarga, ketua pasukan perang, imam dan sampaikan khutbah, sembahyang sepanjang waktu di masjid, ikut sebahagian ada la. Dapat ke kita buat semua tu serentak”

Din : “Mana dapat”

Pak Ngah Adan : “Tau takpa, yang Nabi tunjuk tu panduan, kita buat la ikut keadaan kita, Nabi tak jadi nelayan, tak jadi pelukis, tak jadi blogger, tak jadi pelakon. Kita buat ikut keadaan kita tapi panduan Islam dah bagi. Asal tak keluar dari garis panduan tu dah la. Selagi dalam garis panduan, buat la macam mana pun”

SAS : “Oooooo, jadi ustaz tu Wahabi la tu agaknya, patut pas sembahyang depa terus blah, tak ada tasbih tak ada doa”

Pak Ngah Adan : “Agaknya la, biasanya pengikut Wahabi la yang selalu pertikai amalan sunnah yang kita buat, katanya tak ikut sunnah, pas tu declare depa tu golongan salaf, ikut cara Nabi sepenuhnya tanpa tokok tambah, padahal banyak yang dia tak ikut pun. Kita pengikut Sunni ni ada kaedah dan panduan kita sendiri, kita ada ulama khusus yang kita ikut, ulama lain hanya menerangkan ikut kaedah mazhab sahaja sebab kita tau kita tak cukup ilmu nak tentukan hukum”
“Ada satu masa Saidina Umar r.a. tanya kat seorang sahabat yang berdoa, jadikanlah aku golongan yang sedikit. Saidina Umar r.a. kata, nabi tak pernah pun ucapkan doa tu. Maka sahabat tu jawab balik, dalam Al-Quran ada sebut, hanya sedikit orang yag bersyukur, maka aku mintak aku dimasukkan dalam golongan yang sedikit tu la. Maka Saidini Umar r.a. kata, kamu benar. So, agaknya ustaz tu lagi terer dari Saidina Umar r.a. kut”

6 ulasan:

kiaisepuh berkata...

ah! ini lagi satu hal ..hari tu aku balik kg ..alamak! terperanjat babon aku.. sekali aku solat belakang satu imam muda katanya hafiz walallhu'alam satu kali solat tak dengar pulak dia baca bismillah sebelum alfatihah ingat salah dengar tapi bila setiap rokaat memang tak dengar la pulak ish! aku ka silap...

dua sekali solat subuh tarak baca qunut la pulak...heheheh

tiga sekali lepas solat sendiri2 doa daaa....

fakir al banjari berkata...

Bab bacaan basmallah, ada mazhab dalam Sunni sendiri yang mensirkan bacaannya sebelum Fatihah, maksudnya dibaca perlahan sekadar telinga sendiri.

Tapi kalau tak ada Qunut, Tasbih dan doa, itu kemungkinan besar adalah Wahabi. Ramai ulama Sunni menghukum Wahabi sebagai kafir kerana mereka menjisimkan Allah, yakni mensyirikkan Allah lantaran menyamakan Allah dengan makhluk, kerana beriktikad Allah duduk bersemayan di atas arash
wallahualam

Gelojak_Jiwa berkata...

kenapa golongan ini semakin berkembang agaknya? mana golongan ulama sunni yang boleh banteras golongan ini? salah siapa? kita? rakayat? kelajaan?

fakir al banjari berkata...

Ramai ulama Sunnah yang kuat pertahan akidah sunnah.

Tapi Wahabi punya dana besar dan sokongan tangan-tangan ghaib untuk hancurkan Islam.

Kerana itu, kita patut tahu siapa itu Imam Wahabi, apa iktikad mereka, apa amalan mereka, apa strategi mereka dan siapa di belakang mereka...

kiaisepuh berkata...

jadi siapakan imam wahabi? apa iktiqad depa? amalan mereka dan tangan2 dibelakang depa hang cerita la pak lan huhu.,..
amboi paklan tibai geng wahabi no?
kasi hujah sikit sapa yang label geng ni sesat...?

Gelojak_Jiwa berkata...

kekanda fakir kena cerita lanjut,nak tau jugak pasal golongan ni..