KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





28 September 2010

HIDUP UNTUK BEKERJA

.
.
"Kita bekerja untuk hidup, bukan hidup untuk bekerja, sebab kalau tak kerja macam mana kita nak dapat rezeki untuk hidup"

Itu kata muridku membantah keras ajaranku padanya.

Kataku bahawa kita hidup untuk bekerja, bukan bekerja untuk hidup. Kerana itu kita perlu bekerja sekuat dan serajin mungkin. Penuhkan masa dengan bekerja. Tapi nampaknya dia tidak dapat menerima.

Lalu bagaimana aku melalui kehidupan selama ini? dan bagaimana kehidupannya nanti? Dan bagaimana dengan pilihan kamu wahai temanku? aku keliru atau dia yang keliru?


Bekerja adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah (AL-Quran : AL-Baqarah : 30) maka kita tak boleh buat main-main kerana setiap kerja kita akan dinilai oleh Allah. Khalifah itu hanya terlaksana dengan pekerjaan-pekerjaan yang kita laksanakan. Maka Allah tentukan peranan masing-masing. Ada yang jadi pemerintah negara, ada yang jadi tentera, polis, arkitek, guru, nelayan, petani, blogger dan banyak lagi. Semua ada peranan masing-masing sebagai tugas mentakbir dan memakmurkan buni ini.
Kerja itu jika dilakukan mengikut panduan Islam, maka jadilah ia ibadah. Ibadah itulah juga sebagai tujuan penciptaan manusia. Maka ia perlu dibuat sungguh-sungguh, bukan kerana makhluk, tetapi kerana Allah.
Hidup ini telah ditentukan bahagian masing-masing olehNya. Maka jika bekerja semata-mata untuk hidup ini, yang memang ditentukanNya, maka jadilah ia sia-sia.
Orang yang yang bekerja untuk hidup itu kurang yakinnya kepada Allah. Kerana tanpa bekerja pun kita boleh hidup. Ramai orang begitu.
Saya bekerja untuk akhirat kerana Allah. Bukan bekerja untuk hidup. Hidup ini ada hujungnya. jika bekerja untuk hidup, maka jadilah ia bekerja untuk tujuan sementara. Ada orang bekerja untuk hidup, lalu hasil pekerjaan itu dihabiskan untuk hidup ini. Meninggalkan hanya sedikit untuk akhirat.

Wallahualam

3 ulasan:

Gelojak_Jiwa berkata...

Jika melihat dari dua pandangan yang berbeza, maka bagi saya kedua-duanya benar.

Namun pilihan saya adalah sama dengan tuan itupun setelah saya melalui pengalaman-pengalaman hidup yang menguji diri ini.

Saya sentiasa berpegang bahawa saya hidup di dunia untuk orang lain... Jika untuk diri saya sangat mudah iaitu saya bekerja untuk hidup.

Tetapi apabila hidup ini untuk orang lain,maka jadilah saya hidup untuk bekerja..

Oghang Ba Ado berkata...

siapa yang berkerja.. siapa yang bekerja.. siapa yang bekerja?

tgn besi berkata...

sy memilih hidup untuk bekerja..kenapa?xpandai nk jelaskn..