KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





31 Oktober 2009

Ismail, Noh dan Indon

Di warung Ahmad jan 8.48 malam.

"Eh, apasal Indon ni lepak ramai-ramai kat sini? buat menyemak je" kata Ismail yang terkenal kuat dengan semangat patrotiknya

"ye la, menyusahkan orang nak lalu je, dia ingat ni negara dia ke?" sahut Noh yang tak kurang kuat semangat patriotiknya. pernah dulu sama-sama goyang bendera bila menteri datang melawat kampung mereka untuk rasmikan balai raya berharga lebih kurang RM50,000 tu.

Noh ingat lagi, kata seorang pegawai apa tah nama dia, kalau tak buat macam ni, alamat tak sampai la menteri ke kampung ni, kecuali la ada budak-budak sekolah tengah kursus jatuh pokok ramai-ramai. kata pegawai tu lagi, bukan murah nak bawa menteri datang kampung ni, ada la dekat-dekat RM20,000 jugak. kos makan semua orang, kos alatan, kos persiapan tempat, kos buat banner, bunting, kompang, bunga manggar, karpet, bendera yang dikibar tu, PA system, bil telefon, surat dan setem, minyak kereta nak uruskan semua benda ni, dan yang tak kurang mahanya claim perjalanan menteri, gerombolan pengiring yang duk tersengih terhimpit-himpit tu, polis yang berkawal dengan penuh setia, dan claim harian juga. macam boleh buat satu rumah kos rendah je.

Noh hanya tersengih mengingat pengalaman bermakna dalam hidupnya pabila pak menteri tersenyum padanya. selalu tengok di TV je.

"Menyusahkan betul, sebab diaorang la kita rakyat tempatan ni susah nak dapat kerja di negara sendiri. semua kerja dia nak buat, siang malam kerja, apa lagi kerja yang tinggal?" nada Ismail semakin meninggi, sambil digenggam penumbuknya kuat tanda rasa tak puas hati.

"betul tu, orang kita bukan memilih kerja sangat, tapi biarlah kerja dalam kilang yang ada aircond, selesa la sikit. tapi ramai Indon dah masuk kilang, takkan orang kita nak jadi buruh buat bangunan lak, mana la kita pernah belajar semua tu kat sekolah, macam mana nak kerja macam tu?" bebel Noh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM600 sebulan. bila malam boleh tidur masa kerja katanya... tidur tak payah belajar pun boleh buat!

"Ye la, diorang datang tak fikir benda lain dah, kerja je, orang kita ni macam-macam alasan bila dapat kerja, MC tak tentu hala, datang lambat, cuti ikut suka, sembang masa kerja, kerja main-main. Bos mana la yang suka semua tu" tiba-tiba datang Yahya menyampuk

"Orang kita bab kerja ramai yang malas, tapi gaji nak banyak, kerja nak senang" tambah Yahya lagi

"Budak-budak kita tu ha, cuba tengok, sekolah datang lambat, ada yang ponteng, dalam kelas tido je, petang lepak tepi jalan, malam melangut depan TV, tak pun lepak main gitar tu ha, tapi nak jadi angkasawan lah, nak jadi dokor lah, nak jadi akauntan lah, nak pakai kereta Mercs, ada orang gaji, rumah besar .... last-last jadi jaga je" senyum sinis Yahya

Panas telinga Noh dibuatnya

"lepas tu marah-marah lak Indon boleh hidup senang kat negara sendiri" Yahya nampaknya belum buas bagi ceramah pada mamat patriotik dua orang ni

Tiba-tiba elektrik terputus, habis kecoh pelanggan warung Ahmad bin Abdullah @ Ah Ma Cong.
memutuskan perbualan tiga sahabat tadi

8 ulasan:

Oghang Ba Ado berkata...

...Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang

Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang...

Gelojak_Jiwa berkata...

saudagar sadiq segaraga xde kaitan dengan saudagar yang en. baado sebut td..

Oghang Ba Ado berkata...

apa la ko G_J.. semua yang ko kate takde kaitan, jadi apa kaitannya ko di sini? heheh..

tuan Fakir.. wajarkah dipersalahkan akan orang asing yang berniaga sekehendak kedrat? atau tuan-tuan lebih suka mereka semua masuk menyamun, merompak dan menchuri?

fakir al banjari berkata...

masuk buat kerja yang orang kita tak nak atau tak mampu memang elok.

yang tak eloknya yang asuk buat kerja yang tak elok
dan orang kita yang tak suka kerja, tapi duit mau

Gelojak_Jiwa berkata...

pak dogol terjun dengan labunya... biarkan.. biarkan.. saya keturunan Melayu Bugis.. pak Lan keturunan Melayu Banjar.. wak Halim keturunan Melayu Jawa.. pokta keturunan Cina.. siapa kat sini yang mengaku keturunan asal tanah Melayu? ngaku la! ngaku la! goku la! kame hame ha!!!

Gelojak_Jiwa berkata...

kalaulah tiada orang-orang asing ni, xdela keturunan-keturunan dari pendatang asing ni tadi.. cuba tengok salasilah raja-raja Melayu atau pemimpin-pemimpin besar.. bukan dari Tanah Melayu pun.. malah siap bangga lagi dari keturunan Parameswaralah, keturunan Riaulah, Minanglah, Hainanlah.. Daenglah.. Arablah.. Tolonglah sape-sape ngaku yang dia keturunan senoi negrito ke, sakai ke... bukan nak menghina,tapi mana Raja Melayu yang datang dari keturunan ni? Mana sahabatku yang datang dari keturunan ni?
janganlah dihina orang kerana paras rupa dan bangsanya... sebut penjenayah, org kita pun ramai mencuri, membunuh, isap dadah, berzina, dll. x bising pon!! x kuasa I nak layan!!

fakir al banjari berkata...

jangan layan....

Oghang Ba Ado berkata...

bo layan!