HATI.
seketul daging merah dalam diri manusia
yang luasnya tidak terkira
hujungnya entah di mana
DUNIA
hujungnya juga entah di mana
saujana pandangan mata
bukit dan lembah
hutan dan gurun
laut dan darat
tanah dan udara
bumi dan angkasaraya
NAMUN
jika kau masukkan dunia dan seluruh isinya ke dalam hatimu
dan ditambah dengan yang sebanding dengannya
maka hatimu tidak akan penuh jua
hati dalam diri
diri dalam dunia
dunia dalam hati
di mana penghujungnya?
percayalah hai teman
hanya kebesaran Allah Yang Maha Besar
mampu memenuhi hatimu nan luas
kerana kebesaranNya tiada terbanding
lalu hatimu menjadi puas
PUAS!
EBOOK TIPS REALITI TEMPUR
-
Salamun Alaik,
Perkongsian berkaitan Realiti Tempur vs Seni Beladiri. Setiap Jurulatih
Seni Beladiri "wajib" mengetahui apa maksud dan keperluan realiti...
4 tahun yang lalu
4 ulasan:
Assalamualaikum tuan hamba... seronok sungguh membaca sajak tuan hamba.. sudah lama aku tidak membacanya semenjak dunia menjadi sempit untukku,KebesaranNYa yang Maha Luas Memenuhi rebanaku.. namun aku tetap manusia yang lalai.. selalu terleka walaupun aku tahu sempitnya dunia itu.. terima kasih di atas segala tunjuk langkah dan tarimu.. alam sukma, alam diri yang tiada berpenghujung.. ibarat mengelilingi bulatan, tiada mula,tiada pangkal.. dari mana mula, di situlah pangkal..
salam saudara
Gelojak_Jiwa
salam kembali. ia hanya alatNya untuk menjemput hakNya kembali padaNya. Maka kita yang diamanah menjaga hakNya... patut pulangkan kepadaNya jua.
dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. siapa yang datang dariNya tetapi tetap tinggal di persinggahan ini?
Siapalah diri yang hina dina ini. tiada daya walau sekelumit pun.. tapi hati dilayari rasa bongkak melangit! bagaimanalah jika bertemu denganNya nanti, rasa teruja ada, namun takut lebih menular.. adakah harapan untuk si hina ini.... ahhhh.... peritnya ujianMu... peritnya... saktnya... aduhh... Allahu!
KAU memang Hina! hahahahahahahahaahah, aku pun sama..
Catat Ulasan