KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





15 November 2011

APAHAL? LU TAK PUAS HATI KE?


Tak puas hati, tak puas hati, tak puas hati, tak puas hati. Ramai orang yang alami perasaan tak puas hati ni. Hampir tiap orang, hamper tiap hari. Melainkan orang-orang beriman dan bertakwa, yang telah terasuh benar hatinya, yang sentiasa redha lagi diredhai.

Punca tak puas hati adalah keinginan. Atau juga sering disebut sebagai nafsu, kehendak, kemahuan, hajat, azam, cita-cita, matlamat, misi, visi, objektif,. Tapi nak senang kita guna istilah keinginan la, senang nak faham.

Tak puas hati bermula apabila seseorang merasakan keinginannya tidak tercapai atau terlaksana. Bukankah manusia itu satu jenis makhluk yang sentiasa punyai keinginan. Setelah tercapai satu keinginan, maka muncul pula keinginan yang lain pula? Hinggakan setelah matipun ia tetap punya keinginan!

Apabila keinginan seseorang manusia itu tidak tercapai, maka akan bermulalah perasaan tidak puas hatinya. Tidak puas hati ini adalah hal berkaitan hati. Ia bukanlah tidak puas jasmani, kerana jasmani itu hakikatnya anat mudah dipenuhi keperluannya. Tapi hati manusia….. tak pernah puas barangkali bagi kebanyakan manusia.

Keinginan manusia itu banyak yang amat. Ada macam-macam keinginan. Ada keinginan untuk sihat, untuk kaya, untuk cantik, untuk kuat, untuk dipuja puji orang, untuk memperoleh pangkat dan kuasa, untuk itu, untuk ini. Tah apa-apa tah manusia ni.

Dari keinginan maka muncullah rasa tidak puas hati lantaran keinginan tidak tercapai. Dari rasa tidak puas hati itu akan muncul dan berkembanglah pula perasaan kecewa, putus asa, benci, marah, hasad, dengki dan aneka sifat buruk mazmumah yang lainnya.

Bagi seorang yang mahukan pujian bahawa dia hebat memimpin contohnya. Barangkali orang tidak memujinya kerana ada beberapa orang lain yang lebih hebat memimpin berbanding dirinya. Maka akan tidak puaslah hatinya kerana tidak dipuji itu. Selanjutnya akan muncullah rasa cemburu di hatinya dan mungkin berkembang pula perasaan marah kepada pesaingnya hingga sanggup dia menghamburkan kata-kata kesat, membakar api permusuhan dan mungkin akan melakukan khianat.

Seorang ibu yang mahukan suasana rumahnya sentiasa bersih dan kemas, akan berasa tidak puas hati jika si anak menyepahkan barangan di dalam rumah. Akibatnya muncul rasa marah dan si anak mungkin dimarah, dileter dan mungkin dihukum secara fizikal bagi melepas geram kerana keinginannya tidak tercapai ketika itu.

Maka yang terbaik bagi mengawal perasaan tidak puas hati ini adalah dengan menafikan keinginan, membimbingnya dan mengawalnya. Mengawal nafsu keinginan.

Bagi orang soleh yang telah terbimbing keinginannya, maka dia cuma harapkan satu keinginan iaitu keredhaan Allah s.w.t. Maka bagi orang yang mahukan keredhaan Allah, hanya ada satu cara iaitu meredhai juga segala takdir ketentuan Allah. Dia menjalani kehidupan dunia ini dengan penuh tenang dan ‘enjoy’ kerana mengerti setiap kejadian adalah ketentuan Allah Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Kaya, Yang Maha Pengatur, Yang Maha Pengampun.

Maka apa perlu dirasakan tidak puas hati oleh orang yang arif? Menikmati kehidupan dengan gembira. Kaya, miskin, susah, senang, sihat, sakit, Berjaya, gagal semuanya takdir Allah yang perlu diredhai. Maka apa dipedulikan tentang hasil? Kerana yang berat sebenarnya adalah ikhtiar, usaha, kerja sebagai amal.

Apa perlu dirisau hal rezeki sedangkan Dia telah aturkan segalanya untukmu sebelum terzahir dirimu di dunia ini? Apa dikesal tiada pujian orang lantaran pujian itu hanyalah ucapan yang tak ada ertinya? Apa dimarah berlambaknya kerja, kerana banyaknya kerja bermakna banyaknya amal perlu dibuat yang mendatangkan redhaNya melalui amal itu?

Maka, HIDUP PERLU ENJOY. Bukanlah hidup ikut suka, tetapi hidup dalam penuh kesukaan menjalani setiap satu takdirnya atasmu.

Tiada ulasan: