KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





03 Mei 2011

KISAH HATI, HATI OH HATI......




Kalau nak cakap pasal hati, memang panjang cerita. Tapi kali ni, saya nak bicara sikit pasal urusan atau amalan hati. Sebab kadangkala kita tersilap dalam memahami dan mentafsir urusan hati ni, sampai kita terpedaya dek bisikan syaitan durjana yang mendatangkan was-was di hati kita tentang urusan hati itu sendiri. Maka, marilah kita berhat-hati.

Dalam Islam, urusan hati termasuk dalam ilmu tasauf. Dia tak ada dalam hukum fekah, sebab hukum fekah berkaitan amalan zahir atau fizikal macam muamalat, munakahat, jinayat, ibadat dan sebagainya.

Sedangkan urusan hati ni, kalau nak memperincikannya, kenalah tanya pada tok-tok guru tasauf. Biasanya kalau tok guru yang power tu, semua bidang dia terer. Akidah, fekah dan tasauf sekali.

Cumanya ada juga guru agama atau ustaz yang kurang arif sesuatu bidang macam tasauf ni. Sebabnya tasauf ni berkaitan urusan hati, bendanya tak Nampak, hanya yang merasai yang akan mengerti. Jadinya, memang ramai orang ada ilmu, tapi tak semua merasainya. Yang paling memahami, pastinya yang telah merasainya.

Saya bukanlah pandai pun ilmu tasauf ni, cumanya sekadar yang saya tau dan ada, kita pakat kongsi la sorang sikit buat bekal.

Dalam Islam, amalan hati ada banyak. Dan setiap amalan pulak ada tahap-tahapnya. Antaranya ikhlas, tawakkal, cinta, rindu, syukur, redha, marah, benci, sayang, qanaah, buruk sangka, curiga, kecewa, putus asa, yakin, percaya dan banyak lagi la. Hak ni sebahagian saja yang saya ingat la.

Urusan hati ni letaknya di hati. Benda dalam hati ni lazimnya kita tak boleh nampak. Kita tak boleh Nampak rasa ikhlas, cinta, marah, redha, tawakkal yang duk dalam hati manusia tu. Tapi Allah Nampak la sebab Dia Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Kita ni yang tak dapat nak nampak lazimnya.

Walaubagaimanapun, perasaan di dalam hati manusia ni selalunya akan mempengaruhi tingkahlaku zahir manusia tu. Makanya perasaan itu selalunya terzahir pada perlakuan, kata-kata, memek muka dan aktiviti raga yang lainnya.

Contohnya amalan hati adalah cinta. Spesifik lagi kita ambik cinta dunia. Spesifik lagi sikit, cinta harta.

Cinta harta ni urusan hati, bukannya urusan zahir. Tak ada sapa pun boleh tengok perasaan cinta harta dalam hati orang lain, lazimnya. Hanya Allah dan tuan ampunya hati (tak tepat istilah ni, tapi boleh la nak bagi paham) yang mengetahuinya.

Maka perasaan cinta harta tu selalunya akan mempengaruhi lakuan tuannya. Maka akan terzahirlah rasa cinta harta itu melalui beberapa tindakan seperti bekerja kuat yang amat sampai lupa tanggungjawab dan kewajipan lain terhadap agama, keluarga, masyarakat, negara dan sebagainya, semata-mata nak dapatkan harta dunia itu. Yang dia tau, nak buat itu ini supaya harta dia bertambah, dan jangan buat itu ini yang boleh mengurangkan hartanya. Kerja pagi petang siang malam, simpan duit banyak-banyak, supaya harta it uterus bertambah.

Itu adalah tanda zahir bagi orang yang cinta kepada harta itu tadi. Tapi kita tak boleh pulak nak menghukum atau menyatakan secara tanpa kecuali, orang yang berperlakuan seperti di atas adalah orang yang cinta harta.

Macam yang saya kata tadi, itu hanyalah tanda penzahirannya saja.

Ini krana manusia diberi upaya untuk menzahirkan tindakan yang sebahagiannya dikawal oleh otak. Kadangkala, otak itu mampu mengarahkan tubuh fizikal untuk melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan yang sebenarnya berada di dalam hati.

Kerana itu Islam mengakui adanya golongan munafik, iaitu golongan yang kelihatan beriman pada zahirnya, namun membenci, memusuhi dan tidak redha terhadap Islam dalam hatinya.

Makanya, kita sewajarnya tidak menilai manusia terhadap perlakuannya zahirnya semata-mata. Walaupun dalam banyak keadaan ia adalah benar, namun langkah berhati-hati perlulah diambil supaya kita tidak tersalah sangka. Saya utarakan di sini beberapa premis mudah untuk difahami.

Orang yang marah akan bercakap dengan nada yang tinggi, tetapi tak semua orang yang bercakap dengan nada yang tinggi itu sedang marah

Orang yang cinta dunia akan bekerja kuat, tapi tak semua orang yang bekerja kuat itu cinta kepada dunia

Orang yang baik hati suka menolong orang lain, tapi tak semua yang suka menolong orang lain adalah baik hati

Orang yang berani sanggup berjalan malam seorang, tapi tak semua yang sanggup berjalan malam seorang itu berani

Orang yang bersyukur akan melafaz khalimah ‘alhamdulillah’, tapi tak semua yang melafaz khalimah Alhamdulillah adalah orang yang bersyukur.

Maka kita jangan tersilap menilai orang lain melalui tingkah zahirnya.

Jangan kita kata orang yang kuat kerja pagi petang siang malam itu mesti seorang yang cinta dunia atau sebaliknya

Jangan kita kata orang yang bercakap besar itu mesti seorang yang belagak atau sebaliknya

Jangan kita kata orang yang berikan cek sumbangan ikhlas itu mesti orang yang ikhlas atau sebaliknya

Jangan kita kata orang yang pasang bendera di kereta itu mesti orang yang cinta kepada Negara atau sebaliknya

Jangan kita kata orang yang kaya itu mesti orang yang cinta harta atau sebaliknya

Jangan kita kata orang yang berjubah berserban itu mesti orang yang alim atau sebaliknya


Ingatlah, di dunia ini ada orang kebanyakan, menzahir apa ada di dalam hatinya.

Dan ada golongan munafik, pelakon dan penyamar …… yang menyembunyikan apa yang ada dalam hatinya.

5 ulasan:

fakir al banjari berkata...

Pak Man : Baik betul Dato; Malik tu. Tiap kali nak pilihanraya dia bagi kita beras sekampit, gula 5 kilo dengan kain pelikat sehelai.

Mak Munah : Baik ada makna tu

Dato' Malik "ha ha ha, modal RM50,000 masa kempen ni, aku kaut balik berkali ganda bila memang nanti" berkata dalam hatinya

fakir al banjari berkata...

Tasauf itu ilmu adab (zahir)

adab yang baik lahir dari hati yang baik (sir)

hati yang baik selalu dibersih dan dihias

hati yang bersih dan dihias itu lantaran mengenal diri

Mengenal diri itu lantaran mengenal Allah

awwaluddin ma'rifatullah
awal agama mengenal Allah

Kenal Allah menjadikan adab semakin elok, dan adab yang elok membawa kepada semakin kenal Allah

hati yang bersih membawa kepada adab yang elok, adab yang elok membawa kepada hati yang kian bersih

Tujuan tasauf adalam memperelok adab, bukan nak karamah itu ini.... Tapi dalam perjalanan prtama (Mengenal Allah), diujinya dengan pelbagai cubaan, kesusahan, kemikmatan dan karamah

betulkan saya jika saya salah dalam hal ini wahai sahabat

Oghang Ba Ado berkata...

alhamdulillah...

bisikan hati berkata...

Article ni bagus&bermanfaat.Saya telah ambil serba sedikit ayat yg terdapat dlm article ni untuk dimuatkan dlm blog saya.Tak mengapakan?^_^

Kalau ada masa,berkunjunglah pula ke blog saya!!

fakir al banjari berkata...

dipersilakan