KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





29 Mac 2011

INI SUDAH LEBIH.....







Antara bisikan syaitan supaya manusia itu menjadi ingkar adalah dengan berlebih-lebihan dalam memikirkan atau melakukan sesuatu, yang kadangkala ia adalah amal soleh.

Kadangkala dibisikkan untuk berlebih-lebihan melakukan kebaikan atau amal soleh, supaya si manusia lupa atau tidak berkesempatan atau meluangkan hanya sedikit masa melakukan tanggungjawab yang lain. Walhal sebagai manusia Muslim, banyak amanah dipikul di bahu.

Antaranya syaitan akan berbisik

“Apa barang kau cakap dia tak baik je, up sikit, tambah sikit cerita tu bagi sedap. Apa nak kisah tambah sikit cerita tu, biar puas hati. Padan muka dia nak belagak sangat”

Atau

“Ha makan, makan, makan. Tambah lagi, sedap tu, bukan selalu orang belanja kau makan. Lagipun bukan selalu kau makan key ep ci ni. Petang nanti kau bersenam la balik”

Atau

“tekan lagi sikit, ni baru 110. Kau ada kereta mahal, enjin power, kau tak berani nak pecut ke? “

Atau

“Kau kunci kuat sikit budak ni, bior dia tau kau punya kunci memang power gila ah”

Atau

“Memang la kau tak tau jawapan yang pasti, baik kau bantai je jawapan yang logik. Kau kan ustaz, takkan kau nak biar orang kata ilmu kau tak cukup, orang kata kau tak pandai. Kau goreng je jawapan. Baru la orang yakin kat status ustaz kau tu”

Atau

“kau belajar la rajin sikit, bangun pagi baca buku, petang baca buku, malam baca buku. Jangan peduli kawan ajak bersembang ke, kenduri rumah sebelah ke, ceramah kat masjid ke, kawan ajak usrah ke, aktiviti persatuan ke, gotong royong ke. Yang penting kau dapat siapkan tesis kau dengan cemerlang dan jayanya”

Atau

“kau sembahyang tahajjud banyak sikit, tak apa la mengantuk sikit pun masa kerja esok, kau buat ibadah ni lagi penting dari kerja tau”

Atau

“Kau kena kerja kuat, baru la bos suka kat kau, nanti naik pangkat, gaji pun naik. Baru kau dapat beli yang kau nak tu. Apa salahnya kau keluar kerja subuh balik malam pun. Kau nak cari duit untuk anak-anak juga. Anak-anak tu biar cikgu sekolah yang ajar dan jaga. Kat rumah pun boleh sembahyang. Kalau tak sempat, kau boleh qada’ je.”

Atau

“Kau kena ajar sikit peragut tu. Ada ke patut ragut mak cik tua tu. Kau kan pendekar, jangan bagi muka, kau belasah dia cukup-cukup sampai puas hati”

Atau

“kau lempang je budak yang tak hormat kau tu, kau kan cikgu”

Atau

“Kau kan banyak duit, apa salahnya kau pergi umrah banyak kali. Dapat pahala tau umrah tu. Yang sekolah agama tak cukup duit tu sebab kerajaan tak bagi bantuan la. Yang minta sedekah tu pasal dia tu malas kerja. Jiran kau nak sambung belajar tu, pandai-pandai bapak dia la”

Atau

“Kau puasa la tiap-tiap hari, tap payah la pergi kenduri jiran-jiran tu. Kalau pergi kenduri nanti tak mengarut apa disembangkan”

Atau

“kau ni puasa, lapar ni. Ha beli kuih tu, nasi ayam tu nampak sedap tu. Buah tembikai ni elok makan buka puasa nanti. Murtabak dengan bihun tu kau makan lepas sembahyang nanti”

Atau

“kuat sikit baca Quran tu, pelan-pelan ni orang tak dengan hebatnya bacaan kau”

Atau

“Kau kena gerakkan cikgu-cikgu sekolah ni ke arah keputusan terbaik dalam sejarah. Buat kelas tambahan waktu petang, malam dan masa cuti. Hanya dengan keputusan yang cemerlang pelajar tu ada masa depan. Di samping tu nama kau akan naik.”

Hakikatnya seorang mukmin itu, tanggungjawabnya terlalu banyak. Banyak yang punya hak ke atas dirinya. Agama, keluarga, negara, masyarakat, jiran, rakan sekerja, pelanggan, haiwan peliharaan, pokok tanaman, umat manusia masing-masing punya hak atas diri si mukmin.

Dengan berlebih-lebihan terhadap beberapa perkara, maka hak segelintir yang lain akan terabai.

Seperti orang yang kuat bekerja, keluar pagi balik malam, maka bagaimana dengan hak agama, keluarga, jiran tetangga terhadapnya?

Ada orang berlebihan dalam berhibur hingga mengabaikan ibadah
Ada orang berlebihan memelihara jasmani, hingga lupa menyuburkan roh
Ada orang berlebihan dalam ikhtiar untuk mendapatkan 'A' dalam peperiksaan, hingga mengabai kejayaan lain
Ada orang berlebihan memperbetulkan tajwid bacaan Al-Quran hingga lalai memerhati dan mengamal maksud firmanNya itu

Islam memelihara hak setiap individu hatta binatang peliharaan dan tumbuhan yang ditanam. Orang melakukan kesalahan petut dihukum setakat kesalahannya sahaja, di tetap berhak dihormati sebagai manusia, punyai hak membela diri.

Maka syaitan merbisik kepada manusia, berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara, hingga terabailah hak yang lainnya.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengambil jalan tengah, yang bersederhana.

Wallahualam.

3 ulasan:

kiaisepuh berkata...

ini pasal kita patut juga belajar itu fiqh al-alawiyat heheh fiqh keutamaan...hehe...nanti bleh la juga tau yang mana penting yg mana lebih penting,,yg mana tak penting yang mana lansung tak penting heheh

fakir al banjari berkata...

FIQH AWLAWIYYAT

semua penting, tapi ada masanya, ada tempatnya, ada hadnya

Oghang Ba Ado berkata...

yup.. setuju..