KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





25 Januari 2010

SYUKUR ATAS SYUKUR


Suatu hari Nabi Musa a.s. yang diberi izin berbicara dengan Allah Azzawajalla telah terfikir tentang hakikat syukur. Bagaimana dia dapat bersyukur walhal itu adalah mustahil lantaran nikmat boleh bersyukur juga perlu disyukuri. Jika dia mensyukuri sesuatu nikmat, maka dia telah menggunakan sesuatu nikmat lain yakni nikmat boleh bersyukur. Apabila nikmat boleh bersyukur itu disyukuri, maka nikmat yang baru pula telah digunakan. Seolah-olahnya syukur itu adalah suatu nikmat yang tidak akan habis disyukuri lantaran dengannya akan datang nikmat yang baru.

Syukur atas nikmat syukur
Lalu mensyukurinya
Lalu mensyukurinya
Lalu mensyukurinya
Lalu mensyukurinya………

Lalu bertanyalah Nabi Musa a.s. kepada Allah s.w.t, bagaimanakah dia mahu bersyukur atas nikmat boleh besyukur?

Maka jawab Allah s.w.t Yang Maha Penyayang, “Cukuplah kau mengerti bahawa bersyukur itu juga merupakan nikmat yang datang dariKU yang harus disyukuri”

Salah satu cara bersyukur adalah dengan mempamerkan nikmat yang Allah kurniakan kepada orang yang berhak dipamerkan, agar mereka melihat kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. dalam nikmat yang dipamer.

Lantaran itu Baginda Nabi Muhammad s.a.w dalam beberapa keadaan sengaja menunjukkan kurnia Allah s.w.t kepada Baginda. Untuk menetapkan yakin umat atas kenabian Baginda dan kehebatan Allah s.w.t.

Lantaran itu Imam Malik gemar memakai pakaian yang indah dan mengenakan wangian yang mahal, kerana beliau adalah dari keturunan bangsawan lagi hartawan. Katanya. “Allah suka jika hambaNYA mepamer nikmat yang diterima”

Lantaran tu ada waliNYA yang menunjukkan beberapa karamah kepada orang tertentu atau umum, bagi menunjukkan Allah Yang Maha Berkuasa mampu memberi dan menentukan apa sahaja termasuk yang mencarik adat yang pelik dari ukuran akal manusia.

Menunjukkan nikmat adalah sebahagian cara menghilangkan lelah salik dalam tariqnya menuju hadrat tujuan tariq itu sendiri. Mungkin oleh mursyid di awal sebelum bermulanya perjalanan atau di tengah perjalanan.

Cuma kadangkala terdapat helah syaitan mengusap rasa ujub dan riak di dalamnya. Namun sebahagian rahsia tetap dibuka olahNYA jua.

Ia bak barang yang dikutip di tengah jalan …………… bekal meneruskan perjalanan nan penuh dugaan.

16 ulasan:

fakir al banjari berkata...

sebahaian rahsia akan dibuka apabila sampai masanya. memang Aku yang nak buka.

juragan kota berkata...

buka..jangan tak buka...

** syukur..cola tak potong...

Oghang Ba Ado berkata...

jangan bukak bebanyak.. aku tak tahan nantii.......... aaaaaaaauuuuuuuuummmmmmmmm!

Gelojak_Jiwa berkata...

ada kawan aku yang gajinya hilang 160. korang tak kurang ke gaji?

Gelojak_Jiwa berkata...

mm.. ya,memang Aku punya kerja..

fakir al banjari berkata...

bukak sikit-sikit pelan-pelan

juragan kota berkata...

x bley buka trus,.....ka?

Gelojak_Jiwa berkata...

kadang2 kita pun tak tau laju ke perlahan.. sedar2 dah 130km/h je.. hehe..

kalo baju kerja pun kena buka butang dulu juragan.. huhu..

Gelojak_Jiwa berkata...

kalu terus buka je,nanti baju kita koyak. Kecuali ada teknik khas je. hehe...

fakir al banjari berkata...

tamsil nakal yang boleh menghentikan fikir si salik

Gelojak_Jiwa berkata...

hehe.. sori la pendita..

Lantas,bagaimana mengelak pukulan lurus? Mengelak atau menyambut serangan wahai pendita?

mautauka berkata...

..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

bayaknya titik atas satu titik.

mana titiknya?

Gelojak_Jiwa berkata...

waa.. jenuh jugak nak cari!

dalam....dalam....dalam....

tersimpan dalammmmmmmmmmmmmmmmm.....

fakir al banjari berkata...

barang mahal orang jaga baik-baik takut hilang

Gelojak_Jiwa berkata...

setiap perkara yang dirahsiakan lebih nikmatnya - dipetik dari cerita enam jahanam.

Oghang Ba Ado berkata...

...dan setiap yang dihijab adalah lebih kuat akan geloranya....