Mereka kata keadilan
Semua dapat hak yang saksama
Sama rata
Lalu bertepuk tanganlah
Beramai-ramai gembira
Tanda terima kasih tidak terhingga
Kawanku
Bersekolah di sekolah asrama
Diberi guru pilihan
Makan minum separuh harga
Dewan besar boleh diguna bila panas dan hujan
Bas sedia hantar ke mana sahaja
Satu kelas 25 orang maksima
Aku
Di sekolah harian biasa
Guru sandaran separuh senarai
Makan minum harga biasa
Lari ke kantin bila hujan menimpa
Tengah hari tiada agenda
Guruku perlu cari bas kalau nak ke mana-mana
56 orang rakan sekelas sahaja
Berjalan ke masjid bila nak solat
Bila keputusan peperiksaan dijelma
Kawanku bangga dengan pencapaianya
Sedang kami dikatakan bodoh
Lagi malas membaca
Adilnya mereka!
Semua dapat hak yang saksama
Sama rata
Lalu bertepuk tanganlah
Beramai-ramai gembira
Tanda terima kasih tidak terhingga
Kawanku
Bersekolah di sekolah asrama
Diberi guru pilihan
Makan minum separuh harga
Dewan besar boleh diguna bila panas dan hujan
Bas sedia hantar ke mana sahaja
Satu kelas 25 orang maksima
Aku
Di sekolah harian biasa
Guru sandaran separuh senarai
Makan minum harga biasa
Lari ke kantin bila hujan menimpa
Tengah hari tiada agenda
Guruku perlu cari bas kalau nak ke mana-mana
56 orang rakan sekelas sahaja
Berjalan ke masjid bila nak solat
Bila keputusan peperiksaan dijelma
Kawanku bangga dengan pencapaianya
Sedang kami dikatakan bodoh
Lagi malas membaca
Adilnya mereka!
16 ulasan:
adil dan SEKSAmaa.....wahahaha
huhu... sedihnya kisah ni..
padan muka korang malas! sape suruh!
pasal susah la kami jadi rajin.....
ada yang susah, memilih jalan susah jugak. aiya.. penin jadi cikgu..
malas sebab semua dah de...petik jari jer...gambo,video,live...hahahaha semua hada..eheh...ape nih..kikikiki...
**dulu kene jual karipap sebelum g sekolah..huhuhuhu...ish..ish..
uih,lagi sedih kisah ni! huhu.. rupanya korang lagi banyak diuji..
Cita-citaku aalah menubuhkan sebuah sekolah elit Islam bernama Kolej Islam Elit (KIE)
untuk budak-budak Islam yang pandai tapi susah
wajib belajar silat
dan tasauf
huah huha hu hu hu
yes.
belajar ilmu ninja.
cadangan yang sangat baik tapi rasanya awal-awal lagi dah kena lokap sebelum sempat bukak!
Ps- selagi orang ameno pegang! hehe..
buat ikut prosedur la. bukan susah nak buat seolah swasta. yang penting ada dananya. kemahiran dah ada.
tu pasal buat macam-macam benda, kumpul duit buat modal
boleh jadi amal sesudah mati
aku nak join.
selagi mana program tu bukan hanya untuk kepentingan satu2 individu sahaja, aku nak join.
rugi la kita sebagai saudara fakir kalau tak sama2 menjadi pemilik saham akhirat ni.
jom kita gerakkan satu badan NGO untuk kumpul dana.
yang penting bukan mintak sedekah.
aku nak ikut boleh? ajak la.. ajak laa..
best ni...dana...teman memang byk memikir psl dana...doakan agar hamba dan saudara2 semua "kaya"....
sampai masanya hamba akan buka kepada saudara-saudara untuk turut serta.
perlu masa yang panjang nak dapatkan lokasi, bangunan, guru, kurikulum dan macammacam lagi.
mungkin 10 tahun lagi bila hamba lebih memahami dunia pendidikan....
tak bole cepat lagi ke? hehe.. bagus cadangan tu! sy sokong!
benda besar perlu penelitian
Catat Ulasan