gambar dari http://www.detikfinance.com/
“Harga gula dah naik 20 sen”
Itu kata Kak Ida kantin
Bila aku bertanya mengapa
Teh tariknya berlainan harga
Naiknya seperti sekilo gula
Dulu
80 sen cuma
Kini
RM1 jadinya
Segelas teh diletak sekilo gula agaknya…
Kasihan si miskin yang jadi mangsa
Kerana naiknya harga gula
Berlipat ganda naik untung peniaga
Sedang ayam daging yang malas, bertenggek di dalam rebannya
“aku tak terlibat, aku tak rasa apa-apa. Makanan cukup tuanku beri”
Katanya
Ayam terus mematuk tak hirau hari esok
Bahawa dia akan diotong lehernya!
p/s : Kurangkan pengambilan gula, sayangi kesihatan anda
“Harga gula dah naik 20 sen”
Itu kata Kak Ida kantin
Bila aku bertanya mengapa
Teh tariknya berlainan harga
Naiknya seperti sekilo gula
Dulu
80 sen cuma
Kini
RM1 jadinya
Segelas teh diletak sekilo gula agaknya…
Kasihan si miskin yang jadi mangsa
Kerana naiknya harga gula
Berlipat ganda naik untung peniaga
Sedang ayam daging yang malas, bertenggek di dalam rebannya
“aku tak terlibat, aku tak rasa apa-apa. Makanan cukup tuanku beri”
Katanya
Ayam terus mematuk tak hirau hari esok
Bahawa dia akan diotong lehernya!
p/s : Kurangkan pengambilan gula, sayangi kesihatan anda
20 ulasan:
Dulu pernah bekalan gula kurang di pasaran kerana ura-ura harga gula akan dinaikkan dan angkara peniaga yang menyorok bekalan.
maka seorang timbalan menteri yang amat 'bijak' telah memberi cadangan
"Kita kena kurangkan membeli dan menggunakan gula sebagai pengajaran kepada peniaga yang tidak jujur. Saya sendiri dah lama tak gunakan gula sebagai pemanis dalam minuman. Kami sekeluarga hanya mengunakan madu lebah sahaja. Ia lebih menyihatkan."
begitulah cadangan 'bijak' si kaya berkenaan. Dia tak pikir agaknya harga sebotol madu sama dengan berpuluh kilo gula.
orang berduit memang suka madu.... bini pun dibagi madu
Kerajaan tidak lagi patut dibebankan dengan subsidi gula sebanyak RM 1 bilion. - Dato' Seri najib Abd Razak.
Ketahuilah, duit satu bilion itu boleh dimanfaatkan untuk pembangunan lain. Pembangunan apa?? Mana laporan kewangan penarikan subsidi?
Meh aku semelih ayam-ayam hak duk bertenggek tu. Buat lauk
Kak Ida...bagi teh tarik satu taknak gula, tapi ada susu..harga lapanpulohsen...buleh tak??
aduh mengapa naik..harga susu pun naik?
kau perah susu sendiri la! (jawab kak ida)
tu la pasal, padahal teh bukan buh gula pun. buh susu / krimer manis je.
sebenarnya nak bagi tau peniaga di negara kita akan ambil kesempatan apabila harga barang kawalan dinaikkan oleh kerajaan.
hati-hati, harga minyak akan dinaikkan lagi tahun ni. akibatnya harga barang akan naik dan naik lagi. bila harga minyak turun, harga barang tak turun pun.
apa manfaatnya? salah satu adalah keuntungan syaikat akan meningkat dan dari situ kerajaan akan memungut cukai yang lebih banyak.
rasa tertindas...sistem kapitalis...huh...limaplohringgit bleh habis sekejap shj berbanding sekitar tahun 90an dahulu....nilai wang semakin kecil..
tak jadi la nk minum teh tarik Kak Ida, saya nk pesan milo "O" jela...xnk gula...xnk susu...
minumlah air kosong. air bertapis imtiyaaz membantu menyihatkan tubuh badan anda. saya telah alaminya! anda bila lagi? he he he
ya mutul...mutul...minum airyang bersih.. badan pun jadi sehat...
Pernah dengar pasal air yang dibotolkan di taiping? jenama kaktus. harga dia satu cartoon RM12. sebenarnya takde kaitan pun dengan penapis jenama imtiyaz
pernah anda dengar air mineral dari perak yang sumbernya di bawah bukit sebuah kawasam perkuburan cina? kalau nak tau kena cari la apa jenamanya. mungkin jenama yang anda selalu minum?
ya butull..ana penah jumpa sorang pegawai bomba yang bertugas di kuala kangsar(masa praktikal-jadi guru penasihat bomba)..di habaq...air mineral yang gelojak jiwa duk minum tu memang sumbernya di bawah ribuan mayat...(kalu pegawai bomba tu tipu...maka tipu la hamba...)wakakakaka
*mesti beskan GJ minum....
hahahah aku pun penah minum..sampai la tak minum lagi....
Kak Ida.. teh tarik satu manis punya, letak susu banyak-banyak.. tak ada susu tin, letak susu ____ pun boleh!
ha ha ha ha ha..
(...harga susu naik orang ramai jadi susah, kalau aku naik menyusu, orang ramai lagi susah!)
ha ha ha ha ha..
hehehe...tak jadi nk minum arini Kak Ida....saye pegi minum kt umah abg fakir je....kt sane ade air imtiyazz....hehehe....
atok kene byk minum air kosong ni tok...untk kesihtn kaki...
air mineral kt taiping tu...hehehe...byk kandungan kalsium...
patut la sedap! lepas minum mesti rasa nak melompat-lompat sambil tangan ke depan!
haa! nak kasi stop senang aje.. tampal duit $10 kat dahi.. berentilah melompat la dia..
huhu!
bagi susu kak ___ berenti la dia tu
nak susu kak muda
sus cap junjung hada?
Catat Ulasan