KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





04 September 2012

ZALIM TANPA SEDAR



Zalim membawa erti tidak adil. Adil bukanlah bermaksud memberikan sama banyak, tetapi yang lebih tepat adil diertikan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika ada 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan dan mahu belikan kain, belilah seorang kain batik dan seorang lagi kain pelikat. Jangan belikan dua-dua kain batik atau pelikat sebab nak adil kononnya!

Dalam hidup hari ini, ramai berlaku zalim (tidak adil) tanpa disangka atau tanpa disedari.

Antaranya adalah seperti berikut :

1.      Tidak menghadiri jemputan jamuan (yang tiada maksiat) walhal memaklumkan mahu menghadirinya.
Kerapkali antara kita member harapan kepada tuan rumah yang menganjur acara atau jamuan bahawa kita akan hadir. Maka tuan rumah menyediakan tempat duduk dan makanan berdasar jemputan yang maklumkan mahu hadir. Alih-alih kita tak hadir. Tuan rumah akan tertunggu-tunggu dan mungkin menghubungi kita. Sudahlah menyediakan tempat dan makanan, terpaksa keluar duit pula untuk hubungi kita bilamana kita tak muncul-muncul.

“Apabila salah seorang daripada kalian diundang untuk menghadiri jamuan makan, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika tidak sedang berpuasa, hendaklah dia ikut makan, dan jika dia sedang berpuasa hendaklah dia turut serta mendoakan”[Hadis Riwayat Imam Muslim]


2.      Parkir free di tempar berbayar

Ada tempat letak kereta berkupon, ada kena masukkan duit dalam mesin. Dinyatakan masa bayaran parkir berkuatkuasa dan berapa kadarnya. Contohnya RM0.40 bagi setiap jam atau sebahagian daripadanya. Maknanya seminit pun kena bayar RM0.40 jugak la. 

Saya perhatikan ramai yang tak letakkan kupon parking atau tak masukkan duit dalam mesin. Maklumlah, penguatkuasa tak ada. Kalau Nampak penguatkuasa maka cepat-cepat letakkan kupon atau masukkan syiling dalam mesin.

Sedarlah bahawa tidak membayar perkhidmatan yang kita gunakan adalah satu kezaliman terhadap penyedia perkhidmatan. Walaupun ia hanyalah RM0.40, ia tetap menggunakan perkhidmatan tanpa membayar dan ia tetap zalim dan tetap haram dan tetap dicatat dalam lembaran amalan dan tetap akan dinilai di akhirat dan tetap akan dibalas dengan balasan yang setimpal melainkan pelakunya bertaubat!

Tiada ulasan: