SENARAI SEMAK PERKHEMAHAN MEGA PERDANA 1. Makanan kering (beras, gula, garam, ikan kering/masin)
2. Makanan berpaket (dalam tin, plastik, dijeruk)
3. Alat memasak (dapur mudah alih, pemetik api)
4. Senjata (pertahanan, mendapat keperluan, dll)
5. Kenderaan (basikal, minyak petrol)
6. Alat penginapan (khemah, sleeping bag)
7. Alat perjalanan (teropong, lampu picit, kompas)
8. Alat memburu (pancing, pukat, tali)
9. Alat perhubungan (radio, walkie talkie)
10. Alat keselamatan (ubat asas, cermin, penapis air bimbit, golok, belerang)
Ilmu ikhtiar hidup,ilmu hutan atau ilmu unit beruniform sangat diperlukan. Kenalpasti tumbuhan yang boleh dimakan.
Sekeping petai atau sebiji pisang mampu membekal tenaga segera hampir sama dengan satu bar coklat.
Sebilah golok sudah mencukupi, pisau kurang sesuai bagi yang tidak mahir menggunakannya untuk mendapat keperluan.
Kenalpasti punca air terdekat, sungai, telaga, parit, mata air yang boleh diminum. Penapis air bimbit membolehkan air yang kotor ditapis dan diminum tanpa dimasak. Ada banyak jenama seperti Imtiyaaz dan HPA. Punca air mungkin akan berubah kedudukannya.
Apabila berlakunya inflasi, duit akan hilang nilai, maka simpanan dalam bentuk emas amat berguna.
Jika ada duit, belilah tanah. Jika ada tanah bercucuk tanamlah dan berternak sekadar mencukupi memenuhi keperluan hidup. Sekurang-kurangnya ada pokok kelapa dan pisang, serta ternaklah ayam.
Apa-apa yang boleh diasah, maka asahlah
Demikianlah untuk jasmanimu dan warganya
Saya telah diingatkan sejak 10 tahun lalu………… dan tauhid yang benar akan menguatkan jiwa, dan berzikirlah untuk menguatkan roh, kerana cabaran sangat dasyat.
p/s : harap OBA dan yang lain tambah apa yang kurang
6 ulasan:
eheh.. ok la tu.. summarynya dah ok dah..
yang penting mindset kita.. shock memang ada, tapi tak seteruk macam mereka yg tak bersedia langsung..
senang kata, elakkan kawasan bandar, dan selamatkan diri ke desa..
p/s: he he he.. sila hubungi saya bang untuk update maklumat "ehem-ehem"..
terima kasih kerana mengingatkn semula
bersedia dengan kedatangan tak dijangka, wahai OBA
Hadis Baginda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Berhati-hatilah dengan firasat orang mukmin"
Mari kita wat praktikal skit tentang perkhemahan ni...
teringin nk belajar berkhemah...
terima kasih abg2 ku sekalian alam...
huhu
jom hujung minggu ni.. kita kumpul dan bincang keperluan yang perlu.. banyak boleh kongsi..
Catat Ulasan