KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





22 Mac 2011

PIALA DAN 'RED CARPET'





Antara banyaknya pujukan dan bisikan syaitan ialah supaya manusia itu mahukan perhatian dan pujian. Yakni glamour, dipandang tinggi, dihormati, dipuji, dipuja,dinobat, diberi pangkat, ditakuti, diberi perhatian, diberi keutamaan, diletak di tempat khusus, diberi laluan dan sebagainya atau sekurangnya tidak dikutuk dan dihina yang dapat terhasil melalui perhatian dan pujian itu.

Maka ramai manusia bertungkus lumus berhempas pulas melakukan itu ini, mendapatkan itu ini, semata-mata mahukan perhatian dan sanjungan manusia yang ada di sekelilingnya atau manusia keseluruhan amnya.

Maka berduyun-duyunlah manusia mengumpul perhatian dan sanjungan itu, yang hakikatnya sangat sedikit memberikan manfaat akhirat diri melainkan orang-orang yang memelihara dan terpelihara jiwanya.

Lantaran itu manusia itu selalu mengingini sesuatu yang melebihi orang lain. Dia mahu punya kereta lebih hebat, rumah lebih besar, jawatan lebih tinggi, gaji lebih banyak, isteri lebih cantik, ilmu lebih banyak, hujah lebih mantap, jasmani lebih sihat dan kuat, wajah lebih menawan, suara lebih lunak, anugerah lebih banyak, pangkat lebih hebat……semata-mata untuk perhatian dan sanjungan.

Atau bak ayam betina bertelur sebiji, riuhnya sekampung. Asyik bercerita nak menunjuk akan lebihnya yang dia ada dan lakukan. Atau merendahkan orang lain, supaya dia nampak hebat di mata orang lain, kononnya…..

Maka berbisiklah syaitan ……

“Kau nyanyi tarik baik punya, suara kau memang sedap, mesti menang rancangan reality ni, nanti kau akan terkenal, ramai nak bergambar dan minta tandatangan kau, duit show pun masyuuuuk, silap-silap dapat kawin Dato’ atau kerabat. Pakai la seksi sikit, baru orang tertarik nak tengok, kau memang dah cantik, tambah seksi, kira mengancam abih la”

Atau

“Kau buat yang paling baik, biar bagi Berjaya, baru semua orang tau kau la ketua paling hebat, dapat selesai masalah yang dah berlarutan ni, hanya kau yang dapat atasi masalah ni, orang lain tak mampu punya”

Atau

“kau kena ambil kira perasaan dan keperluan semua pihak, baru la orang ramai sokong pendapat kau, baru la orang ramai hormat kat kau, baru orang ramai tau yang kau ni berfikiran luas dan bijak”

Atau

“Sedekah banyak sikit la, takkan seringgit je, masukkan 10 dalam tabung tu, jangan cepat sangat, buat-buat macam duit tu sangkut nak masuk, biar orang keliling tau yang kau ni pemurah, tak kedekut, nanti orang yang nampak tu mesti cerita kat orang lain. Huh, orang mesti puji kau punya” atau “kalau cakap biar merendah diri, nanti orang akan puji sifat rendah diri kau tu”

Atau

“beli la baju branded ni walau mahal, apa salahnya kau berhutang sikit, makan lebih kurang, tapi orang tak kata kau ni selekeh dan tak pandai berfesyen”

Atau

“Kau mesti tunjuk akhlak yang baik supaya pelajar semua jadikan kau ni idola. Bercakap biar penuh sopan santun, selalu la senyum, biarlah merendah diri, jangan suka kutuk orang, jangan berpakaian selekeh, kena smart selalu, elok baju berjenama, selalu tolong orang lain, orang akan ingat dan puja kau walau kau dah mati”

Atau

“Kerja kuat sikit, baru la nanti kau dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, dapat RM1000 tu, banyak boleh buat, orang tau nanti kau kerja memang best” atau “Study lebih la sikit, kau ada harapan jadi best student tahun ni”

Atau

“Bayor je RM100,000 tu kalau kau boleh dapat pangkat Dato’, mana ada lagi orang kampung ni dapat Dato’.” Atau “kau kipas baik punya, bagi aircond lagi baik, nanti diaorang kasi jawatan baik punya kat kau” atau “kau kena cepat ke Mekah tu, barulah kau dapat title Tuan Haji tu, hu huh u, orang mesti respek kat Tuan Haji punya.”

Atau

“Bantai je mamat tu, baru dia tau siapa kau. Nanti satu daerah ni ni kenal kau, tak ada siapa berani dengan kau nanti” atau “bagi hukuman berat sikit, baru orang bawah tau kau ni tegas, lepas ni tak ada siapa lagi berani langgar arahan kau”

Atau

“Pakai la baju berkilat ni, tudung kilat rumbai-rumbai tu, kalau kau lalu kat mana-mana nanti, mesti orang tengok kau”

Atau

“kau kena bayar kat pegawai tu, kalau tak paper ku tu pun mungkin dia tak tengok”

Atau

“Kalau kau tak jadi bos, jangan harap la kau nak duduk kerusi empuk tu sambil bagi arahan. Taka pa, kau fitnah je mamat tu, biar nama kau yang naik. Jadi bos kira syarikat ni macam kau yang punya”

Atau

“Kalau kau jadi menteri, ada excort tau, kau nak ke mana-mana ada polis depan belakang. Tak payah nak susah-susah sangkut di lampu isyarat, tak payah beratur di hospital, tak payah beratur nak ambik makanan, kau datang ada karpet siap bunga manggar lagi, semua orang nak salam”

Betapa liciknya syaitan, supaya manusia itu lalai dari hakikat semuanya hanyalah Dia.

11 ulasan:

Gelojak_Jiwa berkata...

pengalaman ke bang? hehe

kiaisepuh berkata...

Kau mesti tunjuk akhlak yang baik supaya pelajar semua jadikan kau ni idola. Bercakap biar penuh sopan santun, selalu la senyum, biarlah merendah diri, jangan suka kutuk orang, jangan berpakaian selekeh, kena smart selalu, elok baju berjenama, selalu tolong orang lain, orang akan ingat dan puja kau walau kau dah mati”

tuan fakir kasi minta tolong tunjuk ajar lebih sikit dah mai terkonfius ni..aaa...soalannya kan kita kena berakhlak mulia mcmana ya?

fakir al banjari berkata...

kata guruku

kau buat tu semua sebab Allah atau sebab makhluk?

kau bersedekah, merendah diri, tunjuk hebat, sebut kekurangan orang, bersopan santun, kerja kuat, sembahyang elok tu semua kerana perintah dan izin Allah atau sebab nakkan perhatian manusia?

kau pakai selekeh baju buruk sebab kau tak cinta dunia kerana kau cinta Allah atau supaya orang sangka dan kata kau ni zuhud?

Kau bercakap sopan santun supaya orang suka kat kau atau sebab bercakap sopan tu Allah yang suruh?

Kau tinggalkan solat sunat tu sebab takut dikata menunjuk oleh orang atau takut dikata menunjuk oleh Allah?

sebab dia tu atau Dia tu?

bahaya tidak kenal, tidak melihat af'alNya, yang dilihat aku dan dia

sebahagiannya pengalaman.... hampir semua orang

fakir al banjari berkata...

padahal yang bertanya pun lebih tahu jawapannya.....

kiaisepuh berkata...

pulok! yang bertanya memang kadang-kadang dia tak tau..kadang-kadang dia tau tapi dia lupo...kadang-kadang dia tau tapi saja nak ingat-ingatkan lagi supaya lebih tau maklumlah virus dosa pun bertempek-tempak banyak juga...alpa jangan cakap la...nak matikan diri dalam zikir puih! bukannya sonang...mau2 ingatkan zauk rupanya tidoq huhuhu...

aaa sikit lagi mau tanya af'alNya tu apa maksud? Kasi terang sikit dia punya maksud..? kita manayak mau belajat....terima kasih aaaa

kiaisepuh berkata...

itu kata-kata kita mau pinjam letak dekat note fb aaaa

fakir al banjari berkata...

sekadar yang gua faham, af'al tu perbuatan

macam kau berjaya sebab kau belajar cobtohnya, syaitan akan puji supaya kau bangga kau berjaya sebab kau usaha.

padahal semua tu hanyalah af'al Allah sahaja. Allah yang jadikan kau berjaya, Allah yang jadikan kau belajar.

ditilkan sikit. kau belajar guna apa?

guna mata, guna tangan, guna otak, guna buku, guna meja, guna kesihatan, guna nafas, guna masa, guna dunia....

mana kau dapat semua tu?

semua tu adalah af'al Allah yang menzahirkannya kepadamu

jadi mananya kau? yang ada hakikatnya hanyalah Dia

jadinya apa nak dibanggakan dan dilagakkan? Tapi syaitan tu bisik kehebatan supaya kita lupa hakikat akan af'alnya.

bak kata M Nasir

kau lihat aku, aku pula lihat Dia, samakah kita?

fakir al banjari berkata...

macam kita nak berbangga dengan orang lain kononnya kita ni ada lebih, lebih baik, lebih pandai, lebih kaya, lebih alim, lebih hensem, lebih gagah, lebih tinggi bengkung....

hakikatnya semua tu hanyalah af'al Allah semata-mata.

semuanya adalah anugerah Allah, melalui perbuatan Allah,

maka sepatutnya adalah syukur, bukan eksyen, kerana Allah letakkan kelebihan tu kat kita. Dan Allah boleh letakkan kelebihan tu kat orang lain pun.

fakir al banjari berkata...

macam kata Guruku

kau makan ubat dan berdoa supaya sihat, lalu selepas itu Allah berikan kau sihat itu.

janganlah kau sangka Allah berikan kau sihat itu kerana ubat yang kau makan, atau kerana doa yang kau panjatkan.

Sesungguhnya Allah tak perlukan ubat dan doa untuk berikan kau sihat.

Sebaliknya dia memberikan kau izin memakan ubat dan izin berdoa, kerana sememangnya Dia mahu berikan kau sihat itu. Maha Suci Allah dari memerlukan sebab atas perbuatanNya.

so jangan eksyen kalau kau banyak doa, atau kau dapat apa yang kau hajat.... ho ho ho holik

kiaisepuh berkata...

he he he ni dah kira aras tinggi ni hehehe mekasih...iyo iyo betul tu...mcm juga dalam kitab alhikam..yg lebih kurang maksudnya bila kita berdoa aje sebenarnya memang Allah nak bagi pun pada kita apa yg kita doa sebab Dialah yang menggerakkan kita, hati kita lidah kita untuk doa perkara tersebut...

ayo ayo selalu manyak lupa minta ampun Ya Allah...Wahai tuhan yang Maha Pengampun ampunilah daku...amin

fakir al banjari berkata...

kan dah kata, tidaklah yang ditanya lebih tahu dari yang bertanya.....