KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





21 Mac 2011

FUYYO, BOLEH SELAMAT KE AKU NI?




Dipetik dari Kitab Minhajul Abidin, Wasiat Imam Ghazali. bahawa tipu daya syaitan itu terdiri daripada tujuh jenis hasutan.

1. Melarang manusia dari melakukan taat (ingkar)

Taat bermaksud melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Antaranya syaitan akan berbisik "Tak payah keluar zakat la, nanti kurang pulak duit kamu tu" atau "tak apa, ambik je duit tu, sikit je, bukannya orang nampak pun" atau "bantai je mamat tu, geng ko ramai"

2. Memujuk manusia menangguhkan dari melakukan taat (tangguh)

Syaitan akan memberikan harapan masa hadapan supaya manusia itu melambatkan taat yakni melakukan suruhan dan meninggalkan larangan.

Antaranya syaitan akan berbisik "Tua nanti kau pakai la tudung, sekarang ni tak payah pun tak apa, orang lain tak pakai tudung ok je" atau "Nanti-nanti la pi Mekah tu, duit yang dok ada tu baik hang pi buat rumah, tukaq kereta baru, pi makan sedap-sedap sementara muda ni" atau "lima minit lagi bangun la sembahyang, baru 10 minit masuk Subuh" atau "kantin dulu la, jap lagi na tanda kertas ni"

3. Mendesak manusia cepat-cepat melakukan kebaikan (tergopoh gapah)

Syaitan akan mendesak manusia cepat-cepat buat benda baik. macam ok je kan ajakan syaitan ni. sebenarnya tersembunyi muslihat gopoh gapah supaya amalan tu tak sempurna.

Antaranya syaitan akan berbisik "Cepat ambik air sembahyang, nanti tak dapat tempat duduk dalam masjid" hinggakan wudu' tak sempurna atau "cepat habiskan sembahyang, iklan 5 minit je, nak mula dah movie tu"

4. Menyuruh manusia membuat amal baik dengan sempurna (riyak)

Macam best je bisikan syaitan ni, dia minta supaya amalan baik yang dibuat tu, dibuat dengan sempurna

Antara bisikan syaitan adalah "kau jangan bagi silap taip, baru la nanti orang puji hang ni pendakwah hebat masa menulis" atau "ko sembahyang pelan-pelan. biar tomakninahnya sempurna, sujud biar lama sikit, ramai orang tengok ko sembahnyang ni" atau "Sedekah banyak sikit, baru orang tau mike ni suka sedekah lagi pemurah"

5. memuji amalan baik (ujub)

Dalam diam syaitan memuji-muji amalan manusia supaya si manusia merasa ujub, perasan dia hebat dalam taat hingga lupa itu hanyalah lakuan Dia.

Antaranya syaitan akan berbisik "bagus betul kau ni, datang kerja tak pernah lambat, kerja semua berkualiti ikut standard ISO, tak lama lagi naik pangkat la kau" atau "Buat lagi latihan pemecahan ni, kau la nanti yang akan menyelamatkan bangsa dan negara ni, di tangan kau la letaknya masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang" atau "banyak dah sumbangan kau kat masyarakat, hanya kau saja yang layak jadi ketua, orang lain semua tak layak" atau "tak payah la nak sembahyang sunat kat masjid, kau dah banyak buat qiyamullail kan"

6. meminta bersungguh-sungguh melakukan amalan secara rahsia (riyak)

Tengok, teror syaitan ni, dia minta manusia bersungguh-sungguh buat amalan rahsia, waktu malam masa orang tak nampak, atau bersedekah tanpa orang tau.

Antara bisikan syaitan adalah "kau sembahyang banyak-banyak malam ni, orang tak nampak, kau memang ikhlas, nanti Allah akan naikkan darjat kau, kau akan dihormati, Allah akan bagi kau darjat yang tinggi di sisi manusia" atau "Sedekah tu jangan dinampakkan, sembunyi sikit, kau tu kan ikhlas, nanti Allah balas 700 kali ganda" atau "kau sembahyang malam ni orang tak nampak, jadi kau selamat la dari menunjuk-nunjuk"

7. menyuruh manusia berserah sahaja pada takdir

Syaitan akan menyuruh manusia yang 'mengenal' dia dan Dia, supaya berserah sahaja kepada takdir.

Antara bisikan syaitan ialah "Apa susah-susah nak beramal, manusia masuk syurga bukan dengan amal, tapi atas rahmat Allah, kalau tak beramal pun, tapi Allah nak masukkan kau dalam syurga, masuk jugak. Beramal banyak tapi Allah nak masukkan kau dalam neraka, masuk jugak. Siapa dapat halang takdir Allah?" atau "Tak payah nak usaha la, rezeki Allah dah tentukan, kau tak kerja pun rezeki tetap ada. Ulat dalam batu pun Allah dah tentukan rezekinya"

hinggakan lahirlah golongan Jabariah dan Muktazilah.

Sedangkan mukmin itu beramal bukan untuk syurga, bekerja bukan untuk dapat rezeki. Semata-mata kerana Allah, mengharap redha dan rahmat Allah.

Ulama menyebutkan bahawa syaitan itu ada beberapa jenis. Antaranya syaitan dari golongan jin dan dari manusia. Awaslah syaitan manusia yang membisik-bisikkan bisikan-bisikan di atas.

wallahualam

4 ulasan:

tgn besi berkata...

Salam.mohon tuan siarkn artikel cara2 menghadapi hasutan2 ini.moga mendapat manfaat bersama

fakir al banjari berkata...

itu kena berguru.... atau dapatkan Kitab Minhajul Adidin Imam Ghazali

tgn besi berkata...

ada kitab pn kalo xde guru susah gak..tuan jd guru la..p ngajo kt surau2 sekitar sini

fakir al banjari berkata...

mana boleh, aku pun kurang ajo