KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





14 Februari 2011

INI CERITA DIRI KITA




Kisah ini khas untukku, saudara-saudaraku dan buat orang yang menyatakan tasauf (urusan hati dan adab) tidak penting dan mengutamakan urusan syariat ibadah semata-mata

Muaz bin Jabal menceritakan.

suatu hari aku bertemu Baginda Rasulullah s.a.w yang sedang menunggang unta. Baginda menyuruh aku naik di belakangnya. Kemudian berangkatlah kami menaiki unta. Setrusnya Baginda menongak ke langit lalu bersabda :

Puji dan syukur ke hadrat Allah Yang Maha Berkehendak ke atas makhlukNya, ya Muaz.

Jawabku : “Ya, Sayidina Mursalin”

Seterusnya Baginda bersabda lagi : “Sekarang aku akan menceritakan kepada kamu sebuah kisah. Apabila engkau menghafalnya, ia akan member faedah yang amat berguna kepadamu. Tetapi jika engkau menganggap remeh sahaja, maka kelak di hadapan Allah, engkau tidak mempunyai hujah.

Hai Muaz, sebelum Allah mencipta langit dan bumi ini, Allah telah mencipta tujuh malaikat. Pada setiap langit terdapat satu malaikat penjaga pintu, jadi setiap pintu langit mempunyai penjaga pintu, mengikut darjat pintu dan keagungannya.

Dengan demikian, malaikatlah yang menjaga amalan bagi seseorang hamba. Kemudian, pencatat ini membawa amalan si hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari. Setibanya di langit tingkat pertama, malaikat Hafazah memuji amalan-amalan itu. Tetapi setibanya di pintu langit pertama, malaikat penjaga pintu berkata kepada malaikat Hafazah :

“Lemparkan amalan ini ke muka pemiliknya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku diperintahkanagar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Aku tidak mengizinkan untuk sampai ke langit seterusnya.”

Keesokannya, malaikat Hafazah kembali naik ke langit membawa amal solehyang berkilau yang menurut pandangannya sangat banyak dan terpuji. Setibanya di langit kedua (ia Berjaya melepasi langit pertama kerana pemiliknya tidak suka mengumpat), penjaga langit kedua berkata “berhenti, lemparkan sahaja amalan ini kepada pemiliknya kerana dia beramal dengan mengharap kebaikan dunia. Allah memerintahkan aku agar amalan ini tidak sampai ke langit seterusnya,” Maka para malaikat melaknat orang itu.

Hari berikutnya, malaikat Hafazah kembali naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang amat memuaskan, penuh sedekah, puasa dan pelbagai kebaikan yang menurut malaikat Hafazah sangat mulia dan terpuji. Setibanya di langit ketiga, malaikat penjaga berkata :

“Berhenti, lemparkan sahaja amalan itu ke wajah pemiliknya. Aku malaikat penjaga kesombongan. Allah memerintahkan aku agar amaln seperti ini tidak boleh melepasi pintuku dan tidak sampai ke langit berikutnya. Ani adalah kesalahan dirinya sendiri, dia takabbur di dalam majlis.”

Ringkasnya, malaikau Hafazah naik ke langit lagi membawa amalan hamba yang lain pula. Amalan itu bak bintang kejora, mengeluarkan suara gemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, sembahyang, ibadah haji dan umrah. Setibanya di langit keempat, malaikat penjaga langit berkata :

“Berhenti! Lemparkan sahaja amalan ini ke wajah pemiliknya. Aku adalah malaikat penjaga ujub. Allah memerintahkan kepadaku agar amalan ini tidak mendapat kelulusanku. Ini kerana amalannya selalu disertai ujub”

Malaikat Hafazah naik ke langit lagi membawa amalan hamba yang lain pula. Amalan itu sangat baik dan mulia. Dia berjihad, melakukan ibadah haji dan umrah hingga berkilai bak matahari. Setibanya di langit ke lima, malaikat penjaga mengatakan :

“Aku malaikat penjaga sifat hasad. Meskipun amalannya bagus, tetapi dia suka hasad terhadap orang lain yang mendapat nikmat Allah s.w.t. ini bererti dia membenci yang meredhai yakni Allah. Aku diperintahkan agar amalan seperti ini tidak melepasi pintuku”

Malaikat Hafazah naik ke langit lagi dengan membawa amal seorang hamba. Dia membawa amalan berupa wudhuk yang sempurna, sembahyang yang banyak, puasa, haji dan umrah. Setibanya di langit yang keenam, malaikat penjaga berkata :

“Aku malaikat penjaga rahmat. Lemparkan sahaja amalan yang kelihatan bagus ini ke mukanya. Selama hidup dia tidak pernah mengasihi orang lain, bahkan apabila ada orang ditimpa musibah, dia merasa senang. Aku diperintahkan Allah agar amalan ini tidak melepasiku dan agar tidak sampai ke langit berikutnya.”

Kemudian, malaikat Hafazah kembali naik ke langit dan kali ini adalah langit ke tujuh. Dia membawa amalan yang tidak kurang baiknya dari yang lalu seperti sedekah, puasa, sembahyang, jihad dan warak. Suaranya bagaikan petir yang menyambar-nyambar dan cahanya bak kilat. Tetapi, setibanya dia pada langit ke tujuh, malaikat penjaga berkata :

“Aku malaikat penjaga sum’at (ingin terkenal/glamour). Sesungguhnya pemilik amal ini menginginkan darjat yang tinggi di kala berkumpul dengan kawan sebaya, ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Aku diperintahkan agar amal ini tidak melepasiku dan sampai kepada yang lain kerana ibadah yang dilakukan bukan kerana Allah adalah riak. Allah tidak menerima ibadah orang-orang yang riak.”

Kemudian malaikat Hafazah naik lagi ke langit membawa amal dan ibadah seorang hamba berupa sembahyang, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, pendiam dan suka berzikir kepada Allah s.w.t. dengan diiringi oleh para malaikat, malaikat Hafazah sampai di langit ketujuh hingga menembusi hijab-hijab dan akhirnya sampailah di hadapan hadrat Allah. Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah dan menyaksikan bahawa amalan itu sahih dan ikhlas kerana Allah s.w.t.

Kemudian Allah s.w.t berfirman :

Hai Hafazah, malaikat pencatat amal hambaKu, Akulah yang mengetahui isi hatinya. Dia beramal bukan untukKu, tetapi diperuntukkan bagi selain Aku. Dia tidak berniat ikhlas untukKu. Aku lebih mengetahui daripada kalian. Aku melaknat mereka yang menipu orang lain dan juga menipu kalian (para malaikat Hafazah). Tetapi Aku tidak teripu olehnya. Akulah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Aku mengetahui segala isi hatinya. Segala yang samar tidak samar bagiKu. Pengetahuan Aku atas segala yang berlaku sama dengan pengetahuanKu atas segala yang belum terjadi. pengetahuanKu atas segala yang telah lepas atau berlalu sama dengan pengetahhuanKu atas segala yang akan datang. pengetahuanKu atas orang-orang yang terdahulu sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang kemudian.

Aku lebih mengetahui atas segala sesuatu yang samar dan rahsia. Bagaimana hambaKu boleh menipu dengan amalnya? Mereka boleh menipu sesama makhluk tetapi Aku mengetahui segala perkara yang ghaib. Aku tetap melaknatnya….

Tujuh malaikat antara 3000 malaikat berkata :
“Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami atas mereka”
Kemudian semua yang berada di langit berkata : “Tetaplah laknat Allah ke atasnya, dan laknat orang-orang yang melaknat.”

Sayidina Muaz sambil menangis tersedu-sedu lalu bertanya : “Ya Rasulullah, bagaimana aku mampu selamat dari segala yang engkau ceritakan tadi?”

Jawab Rasulullah : “Hai Muaz, ikutlah Nabimu dalam masalah keyakinan”

Muaz bertanya : “Engkau adalah seorang Rasul, sedang aku hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana aku mampu selamat dan berjaya untuk melepasi segala bahaya itu?”

Berkata Rasulullah s.a.w : “Memang begitulah, bila ada kelalaian dalam amal ibadahmu, maka jagalah mulutmu, jangan sampai mengejek sesama orang lain terutama sekali sesama ulama’. Ingat diri sendiri apabila hendak mengejek orang lain, sehingga sedar bahawa diri kamu sendiri mempunyai banyak aib. Jangan menutup kekurangan dan kesalahanmu dengan mengejek orang lain. Jangan mengangkat diri dengan menjatuhkan orang lain. Jangan riyak dalam beramal dan jangan mementingkan dunia sehingga mengabaikan akhirat. Jangan bersikap kasar dalam majlis. Jangan suka mengungkit-ungkit kebaikan dan jangan menghancurkan peribadi orang lain, kelak engkau akan dihancurkan oleh anjing Jahannam, sebagaimana firman Allah

Maksudnya “Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya” (An Naazi’aat : 79 : 2)

Seterusnya Muaz bertanya lagi : “Ya Rasulullah, siapa yang bakal kuat menanggung penderitaan berat itu?”

Jawab Rasulullah : “Muaz, yang aku ceritakan tadi, akan mudah bagi mereka yang dipermudahkan Allah. Engkau harus mencintai orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu. Bencilah terhadap apa yang Allah benci. Jika demikian, engkau akan selamat.

p/s : .......... dosa pun susah nak tinggal, macam mana amalku yang sikit tu agaknya. dicampakkan ke muka....ke muka, bukan ke lantai....

6 ulasan:

tgn besi berkata...

ya Allah....

Gelojak_Jiwa berkata...

Ampunkan dosaku; Ya Allah! Kasihaniku hambaMu yang lemah ini... Ampunkan aku!!!!!

fakir al banjari berkata...

InsyaAllah kelak saya akan detailkan tujuh jenis penyakit hati itu, mudah-mudahan kita terselamat dari bahayanya

Gelojak_Jiwa berkata...

uhh,cepat bang sebelum terlambat!

fakir al banjari berkata...

... Gayong hanyut di lautan tujuh.... itu Oba lagi teror

Tanpa Nama berkata...

Dosa biasa terbit daripada 7 anggota ...jagalah anggota yang 7 itu..