gambar diambil dari dphiee42.blogspot.com
Motivasi adalah berasal dari perkataan
motivasion dari Bahasa Inggeris. Ia merupakan gabungan perkataan
motive dan
action, motif dan aksi. Apabila ada motif, maka ia akan mendorong aksi atau kelakuan atau tindakan.
Motif selalu disebut dengan pelbagai istilah lain yang sama maknanya seperti niat, tujuan, sebab, matlamat, misi, visi atau azam. Pada awal tahun, ia selalu disebut sebagai azam.
Bagi muslim, menetapkan azam adalah suatu kebaikan lantaran orang yang menetapkan azam melakukan kejahatan tidak ditulis padanya kejahatan sehinggalah kejahatan itu dilakukan. Sedangkan orang yang berazam melakukan kebaikan ditulis untuknya satu kebaikan dan jika ia benar-benar melakukannya, ditulis untuknya 10 kebaikan.
Masa, walaupun kiraannya berdasar kelahiran Isa Al-Masih, ia tetap milik Yang Maha Mengatur. Jika hari ini anda ingin menanam suatu azam, tanamlah azam yang baik. mudah-mudahan ia ditulis sebagai satu kebaikan ketika ini. Mudah-mudahan dengan menetapkan azam yang baik itu, ia mendorong kita bertindak sedapat mungkin untuk melaksanakannya.
Syeikh Abdul Qadir Jilani pernah berkata, "Ramai orang matlamatnya adalah dunia. Hanya sedikit matlamatnya adalah akhirat. Namun lebih sedikit lagi matlamatnya adalah Allah s.w.t"
Maka di mana aku berdiri waktu ini?
7 ulasan:
Azam saya adalah untuk menebus diri sendiri. Melangsaikan segala hutang keliling pinggang.........
Saya pun berazam sedemikian tuan!
AMK
saya berazam untuk meningkatkan azam saya! huahua!
ish takan paklan banyak hutang ...saya memang la huhuhu
rumah, kereta, ptptn ...... banyak tu...
Insya Allah...
hamba dah bukak blog baru
http://tapakyoi.blogspot.com
salam tumpang lalu tuan tanah :)
"Melangsaikan segala hutang keliling pinggang........."?
nasib baik bukan panau keliling badan..hehe
utang kene setel bro, espcially ptptn, biar generasi lain juga berpeluang merasai kemudahan ni kelak
(utang ptptn aku ada 14K lg, ko tinggal brapa lan?)
Catat Ulasan