kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Ini baru pagarnya yang baru, bukan dalamnyaDah sebulan Dato' N sakit perut pasang surut. Nak kata sakit perut nak berak, tak juga. Baru lepas berak pun sakit balik perut dia tu. Dah banyak klinik dan hospital dijejak, doktor kata tak ada apa. Bukan keracunan makanan. Angin pun bukan. Dah ke hospital pakar pun macam tu juga hasilnya.
Sudahnya Dato' N cuba cara tradisional. Ramai la bomoh, dukun, pawang, tabib, kiyai dan ustaz dijemput khusus ke mahligai Dato' N, tapi tak juga sembuh. Ada yang kata buatan musuh politik la, ada yang kata keteguran jin tanah la, ada yang kata ada jin nak jadikan Dato' N ni penjaga dia la. Macam-macam. Tapi tak sembuh juga.
Dato' N siap minta pembantu peribadinya pergi ke darul-darul dan pusat rawatan Islam yang ada. Pembantunya yang dapatkan giliran untuk dato' N. Pun tak sembuh juga.
Sampailah satu hari Dato' N berjumpa seorang lelaki di pusar rawatannya. Maka dengan izin Allah maka sembuhlah sakit perut Dato' N yang pasang surut tu.
Seminggu selepas sembuh, Dato' N hantar pembantunya bertemu lelaki tersebut untuk memberikan hadiah dan wang saguhati kerana berjaya mengubati penyakitnya. Tetapi lelaki itu tak mahu terima. Katanya, kalau Dato' N nak bagi apa-apa, datanglah sendiri. Kalau masa sakit boleh datang, takkan bila dah sihat tak boleh pula.
Maka datanglah Dato' N ke tempat lelaki tersebut. Sesampai di sana, Dato' N diminta mengambil nombor dan menunggu gilirannya untuk bertemu lelaki tersebut. Berpeluh juga nak tunggu giliran, akhirnya sampai la juga giliran Dato' N.
Dato' N : Assalamualaikum
Lelaki X : Wa'alaikum salam
Dato' N : "Saya datang ni nak ucap terima kasih. Alhamdulillah, penyakit saya dah hilang dah"
Lelaki X : "Alhamdulillah, Allah yang bagi sembuh"
Dato' N : "Ni saya nak bagi sedikit hadiah dan saguhati, berkat doa tuan la saya sembuh ni"
Lelaki X : "Saya tak layak terima semua ni, lagipun, yang penyakit Dato' sembuh tu bukan sebab doa saya, tapi sebab doa orang lain kut"
Dato' N : "Eh, lepas saya datang sini la penyakit saya sembuh, memang tuan la yang ubat saya hari tu. Saya ingat lagi. Baru seminggu je"
Lelaki X : "Rasanya penyakit Dato' sembuh sebab doa pesakit yang tunggu giliran sebelum Dato' hari tu"
Dato' N : "Eh, macam mana pulak ni?"
Lelaki X : "Kan selalu kalau Dato nak berubat, Dato' minta pembantu Dato' ambilkan giliran dan bagi tau Dato' nak terus masuk. Sedangkan orang lain pun sakit juga. Tapi Dato' potong trip, mana tau masa tu ada pesakit yang terdetik doa supaya Dato' tak sembuh sebab dah ambil giliran dia. Doa orang yang dizalimi ni makbul"
"Ye la, kadangkala Dato' rasa Dato' perlu diberi keutamaan sebab Dato' banyak berbakti pada masyarakat, rasa Dato' ni sibuk. Sedangkan orang lain pun penting dan sibuk juga mengikut kadar masing-masing"
"Bila Dato' datang sini, Dato' kena ambil nombor dan tunggu giliran sama macam orang lain. Mungkin masa tu ada pesakit yang kesian dan dia doakan kesembuhan Dato', maka sebab tu Dato' sembuh, bukan sebab doa saya pun"
Dato' N : "Errrrrrr"
Lelaki X : "Yang Islam ajar, pemimpin ni hamba kepada rakyat. Dia kena dahulukan rakyat sebab dia hamba, kenalah dahulukan tuan. Bukan mendahului rakyat. Dalam sejarah awal Islam, pemimpin akan jadi antara orang tersusah dalam masyarakat, sebab mereka sentiasa dahulukan rakyat untuk dapat nikmat dunia. Bukan potong trip rakyat jelata"
"Jika rakyat didahulukan, barulah pencapaiannya cemerlang. Bila Dato' N dahulukan rakyat Dato', barulah hajat tu tercapai. Ni Tuhan nak tegur sikit kut"
Dato' N terus tertunduk dengan muka yang kelat, teringat selama ni dia selalu potong trip rakyat jelata. he he he
ini salah satu kediaman rakyat jelata....p/s : Jangan sengih-sengih, kerana kamu pun tinggal di rumah serba lengkap nan mewah, dapat berinternet, dalam sebuah negara yang ramai penduduknya masih di bawah paras kemiskinan .... apa yag kamu dah buat?
7 ulasan:
umah hamba xde set bilik tido serta set meja mkn..tenet pon xdak..wah ha ha!!!
PIIIIRAAAAHHH...
percayanya! percayanya!
Tangan Besi ni zuhud atau kedekut?
dia ni mungkin taik idung masin(aku tak pernah rasa) kot.. macam watak dalam filem labu labi tu! haha
set mkn,bilik tido n tenet xde..tp ada sofa n tv 21 inci.wah ha ha!!!
Tangan besi cuba mengurangkan kemasinan taik hidungnya.....
Catat Ulasan