KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





03 Mac 2010

REZEKI MENGEJAR KITA


“Rezeki akan mengejar kita sebagaimana maut mengejar kita kerana kedua-duanya adalah ketetapan Allah Yang Maha Berkuasa”

Itulah kata ustaz semasa kuliah maghrib di masjid dalam kuliah tafsir beberapa tahun dahulu.

Pagi ahad 14 Februari yang lalu aku bersama ahli keluarga menghabiskan masa bersama di kawasan perkelahan Sungai Dara Tanjong Malim. Seronok mandi dan terjun tiruk sambil memancing, terlupa membuka cermin mata ketika satu terjunan ke tengah sungai. Akibatnya cermin mata dibawa arus deras jeram lalu hilang entah ke mana.

Pagi 17 Febuari aku bercadang ke pekan Bidor untuk menempah cermin mata yang baru kerana hajat mahu membawa ayah yang sakit ke sebuah kedai senseh di sana. Entah kenapa, sebaik sampai di Sungkai, kami singgah tanpa dirancang dan terus ke sebuah kedai cermin mata di sana. Lalu aku terus masuk ke kedai itu membuat tempahan yang dikatakan siap dalam 30 minit.

Sebaik keluar dari kedai itu, aku terlihat seorang lelaki tua tanpa rambut berpakaian lusuh memegang sebuah beg dan ikatan kayu sedang duduk di tepi kedai itu.

MasyaAllah

Itu adalah Pakcik Jaafar yang diceritakan kisahnya oleh Gelojak Jiwa di blognya http//gelojakjiwa.blogspot.com bertajuk Kisah Wali Allah (Bahagian 3) dan sambungan. Aku benar-benar terkejut sambil teringat niatku untuk bertemu dengannya selepas membaca kisah di blog Gelojak Jiwa. Pernah kutulis dalam blog itu bahawa “kadangkala kita rasa kita cari dia, tapi sebenarnya dia yang tunggu kita....”

Selepas memberi salam dan bersalaman, aku bertanya “Pakcik Jaafar kan?”

Jawabnya “Ya, anak ni sapa?”

“Azlan, dulu belajar di UPSI” kataku

“Ni dari mana” soalnya lagi

“Dari Besout” jawabku ringkas

“Eloklah, saya pun ada benda nak bagi kat kamu” katanya lagi

Lalu dia mengeluarkan beberapa keping kertas dari beg lusuhnya dan memberikan 3 helai kepadaku.

“Saya tak dapat nak faham” kataku sambil menerima hulurannya

“Nanti faham la tu” katanya

Lalu dia menerangkan beberapa perkara dari helaian kertas yang diberikan

“Maaf pakcik, saya tak boleh lama, nak bawa ayah ke Bidor” kataku

“Sekejap, pakcik ada benda nak bagi kamu” katanya menarik tanganku untuk duduk semula lalu dia mencari-cari barang dari dalam begnya

“Ini kacang angin, pakcik beli di KL, elok untuk buang angin” katanya sambil menghulur sebungkus kacang di dalam plastik padaku

“Kacang ni susah nak dapat, hiris nipis-nipis, makan dengan halia dan bawang putih” katanya lagi

MasyaAllah

Teringat aku masa berbekam dengan saudara Juragan beberapa minggu lalu dan tukang bekam itu menunjukkan badanku mengandungi banyak angin semasa berbekam itu. Memang pun, pagi-pagi kena menembak meriam dulu.

Siapa sangka, kehilangan cermin mata membawa kepada pertemuan dengan seseorang yang dicari yang membawa ilmu dan manfaat kepadaku. Mungkin dia yang menunggu aku dengan perkara-perkara yang ingin disanpaikan olehNya melalui dia?

Sudah rezekiku….. memang dia akan mengejarku jua.
gambar dari kisahsensasi.com/wp-content/uplo...mpat.jpg
.

35 ulasan:

Gelojak_Jiwa berkata...

seronoknya.. lama tak dengar kisah pakcik nih. dia botakkan kepala? ke memang dia botak?

insanfakir berkata...

udah tuan sampaikan salam ku padanya???

fakir al banjari berkata...

maaf, hamba tak ingat. jika ada izin jumpa lagi, hamba sampaikan

Tanpa Nama berkata...

rasanya aku knal pcik ni.dia jg pnah bg pdku kertas kuning.di situ tcatat mcm2 bnda yg xtau nak ditafsirkan apa..krtas 2 prnah ku tunjuk pd gelojak jwa,cg man, n bbrapa ahli gyg yg mgkin biasa jmpa dgn pcik ni

fakir al banjari berkata...

huih, Pendekar Tanpa Nama masuk blog aku. banganya aku

insanfakir berkata...

hamba kenal ke pendekar tanpa nama ni???

Gelojak_Jiwa berkata...

kenal. pendekar tanpa nama merasa buah tangan insanfakir ketika mula-mula bergayong dulu.

fakir al banjari berkata...

tanpa nama, cuba guna nama/url. boleh kut. baru orang tau sapa hang

Gelojak_Jiwa berkata...

mungkin beliau tidak ingin dikenai atau terpengaruh dengan watak komik.

Oghang Ba Ado berkata...

..dia yang tidak ingin dikenali..

Gelojak_Jiwa berkata...

Aku yang ingin dikenali....

kiaisepuh berkata...

sapa da tanpa nama ni

fakir al banjari berkata...

banyak permintaan nak kenal tanpanama ni. hah, apa lagi panglima

Gelojak_Jiwa berkata...

panglima ni penakut sungguh. bunyi macam handal. nak bagitau nama pun kecut ka?

Oghang Ba Ado berkata...

tanpa nama tak apa.. jangan tanpa telor udah ler..

fakir al banjari berkata...

jet pejuang MIG mahupun SHUKOI tidak mempunyai telur. namun ia digeruni!

kiaisepuh berkata...

aloo,,...telor org ka telor haiwan hahahahaha

insanfakir berkata...

salam kiaisepuh ni sape pulok, hamba kenal ke???

fakir al banjari berkata...

kenal. yang bagi komen di sini semua saling mengenali

Gelojak_Jiwa berkata...

harimau amuk = kiai sepuh

hehe..

Oghang Ba Ado berkata...

mari kite berteka-teki.. he he he, that would be fun...

kiaisepuh berkata...

eeeleeehhhh..buat2 tanyo pulok si insan fakir ni....kang kena waaaachaaa kang baru tau huahuahuahua

Gelojak_Jiwa berkata...

hahahaa! wachaa! (gaya rajawali)

Oghang Ba Ado berkata...

ccchhhhhaaaiiiit!

fakir al banjari berkata...

preng pren preeeennnngggg! naik motosikal Kawasaki KIPS

insanfakir berkata...

wachaaa tu aku kenai..:),:):), mai temerloh singgah lah ghumah ka kedai ka....

Gelojak_Jiwa berkata...

tiap kali saya p temerloh mesti kedai insan fakir tutup. ni yang pelik ni. Ahad tak buka ke?

insanfakir berkata...

buka tiap-tiap hari kecuali jumaat

fakir al banjari berkata...

GJ pi sebelum buka atau selepas tutup kut. tak kena time

Gelojak_Jiwa berkata...

ha,yang selepas tutup tu tak terfikir la pulok.. kena check lain kali..

kiaisepuh berkata...

ish bila pulak ada kedai? ingat dah pindah dari temerloh banyak kali p sana..oh tidak kalau tak bleh suruh belanja...hahahahah...

fakir al banjari berkata...

aku cadangkan insanfakir belanja kiai kain kapan satu set lengkap

insanfakir berkata...

ada...ada...mai kedai...siap liang sekali,,,:-)

Gelojak_Jiwa berkata...

huhuhu... kiaisepuh nak ke?

kiaisepuh berkata...

boleh la kasi simpan buat ingatan