KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





26 Mac 2010

PEMBELA BANGSA



Membela bangsa (Melayu) itu ramai yang kata. Dia buat itu ini untuk membela bangsanya. Apakah benar begitu? Sedangkan soal kata, lidah boleh bohong (Iklan mi sedap yang tak berapa sedap sebenarnya)

Walau sedikit dan sekecil manapun usaha seseorang atau organisasi membela bangsa, ia tetap membela bangsa. Namun persoalannya, apa yang dibela? Pembelaan hakiki? Pembelaan duniawi? Atau hanya pembelaan satu perkara atas nilaian jangka pendek semata?

Jika usaha itu menjadikan bangsa mengecap taraf hidup berekonomi yang semakin baik, punya wang yang cukup untuk penuhi tuntutan hidup, itu namanya membela ekonomi bangsa. Kerana hasilnya hanyalah ekonomi. Pada masa yang sama, sistem kekeluargaan mungkin semakin longgar, nilai budi bahasa mungkin semakin terhakis, amalan agama mungkin semakin ditinggal. Orang itu bukan pembela nasib bangsa, dia hanya membela ekonomi bangsa? Cukupkah hanya ekonomi?

Jika usaha itu dapat menjadikan bangsa mengecap taraf hidup yang lebih baik, kekeluargaan yang semakin rapat, pendidikan yang semakin tinggi, kekuatan politik semakin ketara, itu memang pembela bangsa. Tapi kalau dalam hidup kaya aman dan selesa itu, nilai agama ditinggal kerana mahu mengekalkan kaya aman dan selesa di sebuah sempadan yang di dalamnya punyai kemajmukan manusia, itu pun belum lagi pembela bangsa. Apa guna hidup kaya aman selesa di dunia, tapi di akhirat merana dalam neraka? Lalu di akhirat nanti ‘si pembela’ disumpah seranah kerana kesenangan yang dikatakan hanya sementara di dunia rupanya. Orang itu bukan pembela nasib bangsa, dia hanya membela kehidupan dunia bangsa. Cukupkah hanya dunia?

Jika usaha itu dapat menjadikan bangsa mengecap kesentosaan hidup di dunia walau awalnya perit, di samping kehidupan bahagia di akhirat, itu barulah pembela bangsa yang sebenar. Sayangnya pada anak bangsanya hingga dia berusaha memastikan kebahagian bangsanya dunia akhirat, bukan semata dunia. Walaupun lidahnya sekalipun tidak pernah menyatakan dialah pembela bangsa, namun percayalah, dialah yang sebenarnya ikhlas membela nasib bangsanya!
gambar dari resam-melayu.com/

7 ulasan:

Oghang Ba Ado berkata...

Akhirat kujunjung, dunia ku kelek..

tajam tak menikam kawan

melilit tak membelit teman..

Jiman berkata...

makan...makan lagi.....last2 dpt penykit pelik2...sape suruh mkn sorg2...ngee...kaye sorg2...

Gelojak_Jiwa berkata...

ngeee.. ngerinya!

kiaisepuh berkata...

lebih baik pertaruhkan nyawa membela islam..maka semua akan terbela

fakir al banjari berkata...

kau tolong orang tu sebab dia Manusia atau sebab dia Melayu atau sebab dia Islam?

kiaisepuh berkata...

islam mengajar semua dah tu...kalau dia bukan islam kita tolong sebab dia manusia hamba allah jugak..jgn kan manusia haiwan pun kena tolong ooo..b ila kata manusia tak kira la apa bangsa....islam kan best..

fakir al banjari berkata...

Baginda Nabi s.a.w membela aqidah umat manusia. hasilnya, semua milik umat turut terbela. harta, nyawa, maruah, akal, ekonomi, negara.....

kalau membela dunia sahaja, akhirat belum tentu terbela.

orang susah hidup boleh mintak tolong sampai masuk TV. tapi miskin agama tak mau ditolong orang.........