Cara jadi kaya? Ya, anda nak tahu cara nak jadi kaya?
Di dalam Al-Quran yang serba lengkap itu, yang diturunkan oleh Yang Maha Sempurna, banyak diceritakan dan ditunjuki cara menjadi kaya.
Cuma soalnya kaya apa yang kita mahu. Kaya harta hingga digelar hartawan? Kaya wang hingga digelar jutawan? Kaya amal hingga digelar abid? Kaya anak hingga digelar ……..? kaya hati hingga dianggap warak? Apapun kaya yang anda mahukan, ada jalannya yang diajar.
Anda mahu kaya wang dan harta? Mudah sahaja. Lazimi dan amalkan sifat suka bersedekah. Memberi kepada yang layak menerima. Memberi ketika ada banyak mahupan sekadar cukup-cukup sahaja.
Yakinlah bahawa sedekah akan membiakkan serta menumbuhkan harta anda berlipat kali ganda banyaknya.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud :
Bandingan (sedekah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Jika anda memilih untuk jadi kaya dengan mengamal sifat kedekut, minumbun duit di dalam tabung dan bank lalu dihitung-hitung setiap hari lalu gembira melihat jumlahnya semakin bertambah walhal ramai orang miskin lagi susah lebih memerlukan wang itu berbanding anda, percayalah bahawa anda sedang menongkah arus kelaziman amalan orang yang sudah kaya.
Jadi, mahukah anda menjadi kaya? Percayalah bahawa kaya lebih baik berbanding miskin dalam banyak keadaan. Umat Islam yang kaya lebih mudah beramal berbanding umat Islam yang miskin. Umat Islam yang kaya lebih kuat berbanding umat Islam yang miskin.
gambar dari apbssolid.wordpress.com
15 ulasan:
kalau sedekah RM1 digantikan RM700.
wah! banyak tu!
bijak menggunakan nikmatNya,
ia dianggap ibadah,
setiap satu kebajikan,
tujuh ratus digandakan.
kawan! kawan nak kaya!
kawan kaya..
kawan kaya..
esok nak sedekah RM 10 la.
Bole dapat 7000! Yes! hehe..
wabtaghi fima atakallahuddar alakhirah wala tansanasibaka minaddunya,
Allah suruh guna apa yang dia beri utk akhirat dulu dan jangan lupa bahagian kita dunia, bukan guna apa yang dia beri untuk dunia kita dulu lebih baru teringat bahagian akhirat dah tebalik tu...:-)
Kalau tengok akhirat dulu derma RM1 ganda jadi RM700,
kalau tengok dunia dulu derma RM 1 dah kurang RM1
beza tarbiah Allah...
okeh, nak derma 100 la! dapat 70,000! wauuu! amik guna kat dunia 7000 dulu la! 63000 simpan kat akhirat! wauu bulan!!
Menurut ilmuku, ada kalanya diganti dan digandakan bukan dibayar tunai. kadangkala dibayar dengan benda lain dan kadangkala dibayar lambat.
mungkin kita diberi sihat, yang dengannya kita dapat beramal yang nilai amal itu lebih daripada RM700 hasil RM1 yang kita dermakan.
mungkin kita dielak dari tertimpa bencana yang memerlukan kita membayar lebih banyak dari yang kita keluarkan.
cumanya, kita tak boleh kata kalau derma RM1 pasti dapat RM700. yang dimaksudkan dari ayat di atas adalah betapa Maha Pemurahnya Allah kepada orang yang bersedekah di jalanNYA.
sedekah di jalanNya. maksudnya pada tempat yang betul
bukan kat penggemis yang lebih kaya dari kita tu
ada akaun tak? nak sedekah ni! hehe..
sedekah harta.. mmm... mudah je tu..
mintak kengkawan sedekahkan fatihah kat jasad kasar aku ni biar cepat pulih..
heh heh..
Innalillah...
isnyaAllah. sedekah senyuman mau tak?
kalo abang fakir xmau, kalo bdk perempuan mau la! hehe
hamba ada kenal beberapa orang yang merasai betapa sedekah dibayar berkali ganda .......
saya ka? saya! saya!
nak cerita kat blog saya la!
kalau ada rezeki nanti aku cerita
Catat Ulasan