KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





18 November 2009

PANGLIMA HITAM, PANGLIMA MERAH, PANGLIMA HIJAU

Silat pertama yang saya gelanggangi adalah Khalimah Gayong, diikuti Pancaindera dan Harimau Berantai. Khalimah Gayong permainannya berkekuda tegak bak solat. Buah ibu melahir anak. Dari anak lahir cucu. Cucu bercicit dan berpiut. Pancaindera banyak bunga laksana silat pulut / pengantin. Kunci dan buka, kunci dan buka. Permainan buah tanpa pemati. Harimau Berantai pula kekudanya sedikit rendah dengan kaki selari dan badan sedikit disendengkan. Cukup gemar bermain gomol di tanah, musuh dijatuhkan dan buah bersambung-sambung dengan sedikit sahaja kuncian. Jatuh, makan, makan dan makan. Kebetulan atau apa, kecuali Pancaindera, permainannya tidak menapak ke belakang, yang ada hanya mara, kau masuk, aku masuk.

Dalam aliran Harimau Berantai, ada 3 panglima yang selalu disebut guruku iaitu Panglima Hitam, Panglima Merah dan Panglima Hijau. Lantaran ketika itu usia terlalu muda, pertengahan belasan tahun, tanpa ilmu yang mencukupi, apa sahaja yang disampaikan oleh guru diterima seadanya.

Menurut guru, ketiga-tiga panglima itu bisa diseru dan memasuki tubuh ketika perlu seperti untuk tujuan pertempuran atau latihan.

Pernah suatu hari, dalam kesekian kalinya bergelanggang, dan saya telah menjadi murid paling senior dan membantu guru dalam latihan, kami dikumpulkan di atas rumah lewat latihan malam itu. Berbekal dupa dipenuh bara, kemenyan yang dihancur di tangan ditabur menaik aroma hingga ke anjung. Guru memanggil saya dan berpesan untuk menjawab salam ketika dilihat sesuatu memasuki tubuhnya.

Pesan guru, jika ketika salam diberi, wajahnya melihat arah kanan, itu maknanya yang hadir adalah Panglima Hijau, jika memandang kiri itu Panglima Merah dan jika menghadap arah depan, itu Panglima Hitam.

Selang seketika, guru saya menundukkan wajah dan membaca sesuatu yang tidak jelas di telinga. Aroma kemenyan yang kami cari sendiri di hutan amat kuat menyucuk hidung. Setelah beberapa ketika, guru saya mendongakkan kepala ke arah saya tanpa membuka mata. Sekonyong-konyong guru saya memberikan salam tetapi dengan suara yang bebeza. Lebih garau dan perlahan tuturnya, bak orang tua. Maka tahulah saya bahawa yang hadir malam itu adalah Panglima Hitam.

Maka sayapun menjawab salam sambil menghulur tangan untuk berjabat. Maka dia pun bertanya apa khabar guruku. Saya pun memberikan khabar dan memperkenalkan diri sebagai murid kanan guru seterusnya memperkenalkan rakan-rakan segelanggang seorang demi seorang. Selepas itu kamipun bersama-sama bangun turun ke gelanggan yang berada di tepi rumah guru.

Lazimnya, jika mana-mana panglima hadir seperti itu, maka peluang untuk kami sebagai murid menambah ilmu buah-buah silat. Walaupun tidaklah sahaja melalui cara menurun itu, namun itu lebih mudah kerana panglima boleh diseru apabila mahu. Pernah juga saya diberi sebiji batu untuk diletak di bawah bantal tatkala tidur, untuk bertemu mana-mana panglima di dalam mimpi. Dan saya pernah bertemu, di dalam mimpi, Panglima Hijau yang menurunkan beberapa doa amalan sebagai pakaian.

Kini, amalan berkenaan telah lama saya tinggalkan kerana terdapat unsur yang bertentangan dengan akidah Islam di dalamnya. Ia hanya tinggal dalam kenangan semata. Dicatat di sini, buat tatapan sahabat pembaca, sebagai sebahagian kisah realiti alam persilatan Melayu untuk dijadi panduan, dan menambah pengetahuan.

21 ulasan:

fakir al banjari berkata...

apa pandangan tuan tentang perkara di atas?

Oghang Ba Ado berkata...

adat la tu.. tak merasa tak boleh cerita, itu pengalaman abang..

..aku pun gila gak dulu, pi jumpa sorang tok guru ni (aku rasa abg kenal..) tengah2 malam sensorang, sanggup lalu kubur hindu..

..lepas dimandikan aku dengan air limau, fuh!! sejuk giler macam air batu! lepas tu dibebatnya dengan pedang belakang aku.. bedebab! bedebab! paginya si tapak yoi tgk belakang aku, macam berjalur-jalur halus aje..

..dibuatnya aku dipenggal kepala dan dijadikan 'korban', tak siapa pun tahu.. heh heh heh

.. by the way, Syeikh Abdul Qadir pun ada 2, 1 Syeikh Abdul Qadir al Jilani r.a Sultanul Aulia, dan satu lagi Syeikh Abdul Qadir Jawa di alam Malakut yang diseru masa bersilat.. nak dok dgn siapa?

heh heh heh..

Gelojak_Jiwa berkata...

aku tau sapa tok guru tu! aku tau! aku masa tu riso betul dengan wak takut jadi ape2. Alhamdulillah wak masih idop!

Shakirin Ahmad Bakary berkata...

emm...aku takde pengalaman apa-apa..aku dapat hak pentadbiran..tapi aku taknak hak apa-apa..aku nak kembali kepada yang hak..aku takut...

Gelojak_Jiwa berkata...

tipu! kau berkawan ngan jin dari SMAP Kajang! hehehe..

Shakirin Ahmad Bakary berkata...

Huh...haritu jin tu datang kat aku, die tindih aku..sampai lenguh tangan aku dibuatnye.. ish ish..I tak suke la... aum..auw..auw

fakir al banjari berkata...

kasi kat aku je la jin tu. nak buat eksperimen, jin masak cuka. serai taruk lebih. fuh....

Kalau jin boleh acau maknanya orang tu dalamannya ada kelemahan. sebab tu jin tak takut

Oghang Ba Ado berkata...

isk.. mana dia nak bagi kat tuan fakir.. jin lawa, layanan best servis 5 star punya, body cantik bergetah macam shilpa shetty ka, macam artis kollywood atau bollywood biaq pi la tindih-tindih, gesel-gesel aku pun..(kata syakirin) heh heh heh.. (untung2 dapat zuriat jin, kah kah kah...)

Gelojak_Jiwa berkata...

jin betina ke? patut la chein jadi auww semacam je! eiii, geli aku bila pikir..

fakir al banjari berkata...

Che In, pesan kat dia aku nak satu. sama macam kau punya (kalau betina la, kalau jantan kau ambik la semua)

fakir al banjari berkata...

korang rasa kalau ada 10 orang yang mampu menyeru si panglima di atas, macam mana panglima2 tu nak masuk 10 orang tu? boleh ke?

Oghang Ba Ado berkata...

boleh.. sapa kata tak boleh.. tu pasal ada yang kena sembelih tak mati-mati.. nyawa dia pi sorok kat tempat lain..

Shakirin Ahmad Bakary berkata...

hehehe....jin betina ni kuat cemburunye...die ni orang gunung..hahaha nanti la I tanye die..kot kot ade kekawan die yang lain boleh join sama...nak tanye? nak yang macam nora danish ke? nak yan macam cite nur kasih? hahahahahah

fakir al banjari berkata...

nak yang macam cite baywatch. ha ha ha. 3 ye. nak kasi OBA satu, Tangan Besi satu, Jiman satu

Oghang Ba Ado berkata...

tak nak aku.. bertanduk-tanduk.. tak nak aku.. ni yg dr kayangan ni pun aku tak mau (tadak tanduk), nk bg org gunung.. tak mau aku.. :C

Gelojak_Jiwa berkata...

soal roh kan serah kat tuhan.. izrail pun ada satu je tapi kuasanya boleh mencabut beribu-ribu nyawa sekaligus! Jin pun ada yang kuasa sihirnya hebat sepertimana tulisan ust ismail kamus dalam bukunya "JIN"

Oghang Ba Ado berkata...

pembetulan.. ROH bukan NYAWA.. ROH menanggung NYAWA..

NYAWA menanggung SIRR..

bukan tak ada ilmu pasal ROH, melainkan sekelumit amat yang diberi pada umat Muhammad..

sembang... (memetik kata2 dan gaya abg mautauka, heh heh..)

Oghang Ba Ado berkata...

(Blogger Shakirin's Family berkata...

hehehe....jin betina ni kuat cemburunye...die ni orang gunung..hahaha nanti la I tanye die..kot kot ade kekawan die yang lain boleh join sama...nak tanye? nak yang macam nora danish ke? nak yan macam cite nur kasih? hahahahahah

2009 November 21 07:23)

..betul.. sebab tu siapa2 yg ada bini bunian no 1, dia akan 'bunuh/makan' anak bini no 2 (manusia)..

Gelojak_Jiwa berkata...

Ikut kau le OBA, roh ke nyawa ke, janji maksud aku sampai..

fakir al banjari berkata...

aku tak tau, yang aku tau ada benda lain boleh masuk jasad manusia. makhluk apa tu? jin? atau ada makhluk lain yang kta tak tau? yang tak disebut? mungkin?

Gelojak_Jiwa berkata...

ada selain jin. iaitu bakteria, virus, cacing-cacing, dan partikel-partikel halus dan kecil. kadang-kadang terdapat bakteria atau virus yang boleh mendatangkan kesan halusinasi atau ilusi kepada manusia. Malah terdapat sesetengahnya yang boleh membunuh seperti virus HIV, Virus H1N1, Virus H5N1, Virus Ebola, Virus Denggi, Bakteria E.Coli yang mendatangkan taun, Virus cacar air,dan sebagainya.
Mereka ni semua hanyalah mencari makan sesuai dengan kejadia mereka. Ada yang menyihatkan seperti bakteria yg ada dalam yakult,vitagen, dalam perut, dan di atas lidah pada pagi-pagi selepas bangun tidur.
Kita tak penah takut pun dengan ancaman sebenar ini, kita hanya lebih takut pada jin yang tak nampak dan tidak memberi kesan senegatif bakteria atau virus ini tadi.
Memang syaitan pandai betul nak buat orang takut dengan dia, nak bagi syirik dengan Allah. Wallahualam