Sahabatku, marilah berkongsi dan kongsikanlah ilmumu padaku. Ini sedikit lagi buah tanganku.
Ini juga merupakan teknik mengelak serangan tidak terlihat.
Sesungguhnya aura seseorang yang sedang atau ingin menyerang dapat dikesan tatkala ia baru muncul lagi. Tatkala hati seseorang terdetik untuk menyerang maka aura menyerang akan terpancar dari tubuhnya. Ia dapat dikesan. Cuma kadangkala lemah, kadangkala kuat. Kadangkala kita dapat rasai, kadangkala walaupun auranya kuat, kita tidakpun sedari.
Apabila niat menyerang tercetus, ia akan terus sampai ke otak dan otak akan mentafsir maklumat yang diterima. Tatkala itu, tubuh telah dihantar maklumat oleh otak dan ia akan tesedia untuk melakukan serangan. Degupan jantung semakin laju, nafas semakin penuh dan panjang, tubuh akan semakin panas dan mula bergetar, otot mula menegang. Mungkin kerana tercampur perasaan marah atau rasa ingin menguasai keadaan.
Bagi yang menuntut, atau beramal, aura itu dapat dikesan. Yang lazim saya alami, kita akan rasa nafas sendiri menjadi sukar disedut seolah-olahnya ada sesuatu menghalang salur nafas. Dada terasa bagai dihimpit sesuatu lantaran kekuatan aura yang terpancar. Kadangkala cuping telinga kiri berasa panas tak tentu hala, dan ada lagi yang tidak boleh dikongsi di sini.
Semenjak menuntut silat seawal usia 14 tahun, salah satu tempat yang sering digunakan untuk berlatih ilu persilatan bersendirian adalah di kawasan belakang rumah. Kawasan kebunan pokok buah-buahan dan pelbagai biatang ternakan. Latihan bersendiri mengulangkaji dan mengingat teknik gerak tari, gerak elak, gerak tangkis, gerak pukul dan gerak buah-buah silat. Lazimnya, tatkala latihan dimulakan selepas membuka gelanggang bersendiri, hampir semua ternakan berhampiran akan berbunyi bising seolahnya ada sesuatu ancaman yang besar laksana ibu ayam melihat helang di udara. Ayam, kambing, kucing, beburung, tupai lazimnya akan menegakkan kepala, berbunyi bising dan cuba melarikan diri sejauh mungkin dari tempat latihan. Pada pengamatan saya, aura tubuh saya dapat tersebar sejauh sekitar 50 meter dari tubuh, kawasan yang akan kosong dari ternakan (keuali tekurung) apabila latihan dilakukan.
Pernah juga saya yang meminati kehidupan kesufian ini cuba menyendiri di kawasan hutan dan perkebunan jauh dari rumah. Terdapat satu kawasan hutan kecil yang telah saya tebang, digali telaga menggunakan cangkul sekadar mencukupi airnya untuk tujuan bersuci, dan didirikan pondok kecil tempat memuhasabah diri dan merenung kebesaran Yang Maha Besar. Tatkala itu, hati kosong dari dunia, tiada ingin pada dunia.Tidak punya rasa ingin mengancam apa-apapun. Pernah beberapa hari, dalam tempoh menyendiri itu, bertemu dengan binatang hutan seperti babi, burung enggang, dan ayam hutan. Peliknya, haiwan itu bagaikan tidak punya perasaan takut. Ayam hutan yang takut pada manusia, yang lazimya berlari atau tebang jauh pabila melihat kelibat manusia, pada ketika itu kelihatan tidak sedikitpun rasa takut melihat saya. Dalam beberapa kali pertemuan, ayam itu tidakpun lari walhal berada pada jarak tidakpun sampai 1 meter. Saya beranggapan itu kerana ia langsung tidak dapat mengesan aura ancaman dari saya. Tidak seperti ayam ternakan jinak yang lari sedapat mungkin tatkala latihan silat diadakan.
Maka, pada pandanganku, aura serangan dapat dikesan oleh kita, hatta makhluk lain seperti haiwa juga. Cumanya bagaimana mahu mengasahnya? Bersediakah hati dan tubuh kita yang diselaputi karat maksiat ini dibersihkan untuk dapat merasai kewujudan sesuatu yang bukan zahir bentuknya?
Yang penting, BERGURULAH. Dan bergurulah pada yang tahu, dan tahu jalan kebenaran, dan tahu membantu. Mudah-mudahan dengan ilmu mengesan aura serangan ini, kita terselamat dan dapat mengelak dari serangan tidak terlihat. Wallahu’alam.

7 ulasan:
Ada satu kisah....
Seorang guru silat sedang berbual bersama anak-anak muridnya tentang beberapa teknik mengabil serangan. Tiba-tiba seorang daripadanya menumbuk guru bekenaan tanpa amaran dalam guru tidak bersedia.
maka dengan ilmu di dada, dan latah silatnya, serangan diambil sepenuh hati, disanggah, dikilas dan akhirnya si anak murid dikuci di tanah dalam beberapa detik sahaja. Dek kerana bersungguhnya si guru, bagai pertempuran sebenar, tagan si anak murid terseliuh kerana kuatnya kilas dan kuncian. tak macam kebiasaan mengajar sebab anak murid kurang ajar serang tak bagi tau.
Sebenarnya kecedeaan si anak murid dapat dielak jika s guru dapat mengesan aura menyerang si anak muid. Serangan untuk tujuan belajar, serangan terpaksa,serangan teragak-agak, serangan main-main, serangan bersungguh untuk membunuh adalah berbeza auranya. Kerana itu ada guru, ketika bersedia mengambil serangan, dia seolah tidakpun memandang murid yang bersedia meyerang!
nasib terseliuh... tak patah, kiat.
tapi betul dah tok guru dia pesan dah.. nak mukul tak usah dikabo, molek dah tu.. tapi dia lupa itu guru yang mengajo dia.. heheh..
tak abis bersifir.. mula kau tiba aku.. heh heh heh..
waa.. lepas ni nak serang abg fakir la.. kui..kui.. kisah tu macam tau je sape guru tu! hehe...
aku ko tak nak bubuh? bubuh le.. bubuh le..
bubuh OBA dalam angan-angan yang tak kesampaian
heh heh heh heh.. menanti buah tak gugur-gugur.. busyen! sebab tu aku yang bubuh dulu biasanya.. aahh tak kira! aku nak juga! aku nak juga!
baiklah, kau nantikan kehadiranku.. nanti akan ku bubuh kau cukup!!
Catat Ulasan