Pekan Kuah, Langkawi 10.56 pagi
“Tengok tu, kat kampung kita ada, kat KL ada, kat sini pun ramai jugak. Kat man-mana pun ramai Indon” cebik Noh agak kuat. Supaya kawannya Ismail dengar.
“Usah kata kat sini,kat dalam TV, kat dalam radio, kat dalam paper, kat mana-mana pun Indon ni ramai. Menyampah aku” balas Ismail sambil membuat muka toyanya.
“Eh, tepi sikit, kami nak lalu ni, tak Nampak ke?” Tanya Noh meninggi pada sekumpulan warga kerja Indonesia yang asyik berbual di hadapan sebuah kedai bebas cukai.
“Huh……” dengus Ismail memanjang tanda tak puas hatinya.
“Maaf pak, kami enggak seder bapak mahu laluin di sini” kata salah seorang daripada mereka.
“Kau tengok la tu, teruk betul, pelancong Mat Saleh nak shoping pun tak selesa macam ni, rugi la peniaga kalau macam ni” luah Ismail lagi
Tiba-tiba sekupulan pelancong Mat Saleh berjalan bertentangan arah dengan Noh dan Ismail. Noh pun pantas menarik tangan Ismail ke tepi sambil tersenyum kepada pelancong Mat Saleh tersebut sambil kepalanya tertunduk-tunduk hormat.
“Sorry sir” kata Noh sambil tersandar rapat ke dinding memberi laluan.
Para pelancong itupun tersenyum dan berbisik di dalam hatinya….
Bodohnya orang tempat ni, aku yang tak sekolah ni pun dia panggil sir
Siap tunduk pulak tu, tak sia-sia nenek moyang aku jajah negara ni dahulu
Degan orang seagama sebangsa tapi lain negara diorang tak hormat langsung ke?
Kenapa diorang marah banyak cerita Indon di TV dan lagu Indon di radio? Sedangkan cerita dan lagu orang putih lagi banyak di TV dan radio, cerita bangsa yang pernah menjajah mereka ni.
Orang Indon buat jenayah jalanan kena tangkap, orang putih buat jenayah komersial disebalik undang-undang boleh kaya raya
Orang sini nampaknya bangga boleh cakap orang putih, pakai barang jenama orang putih, tengok tv / wayang cerita orang putih, nyanyi lagu orang putih, nama anak pun makin orang putih…
cerita orang putih tak ada satu pun yang cuba martabatkan Islam, cerita Indon banyak la, tapi....
p/s : perkataan Mat Saleh berasal dari istilah 'mad sailor' kerana pelayar orang putih dahulu suka mabuk-mabuk di atas kapal mahupun setelah mendarat di bumi. Sekarang pun. Apa hebatnya mat saleh berbanding Indon? siapa lebih banyak sumbangan kepada kita? siapa lebih banyak buat onar di negara kita? SIAPA???????
EBOOK TIPS REALITI TEMPUR
-
Salamun Alaik,
Perkongsian berkaitan Realiti Tempur vs Seni Beladiri. Setiap Jurulatih
Seni Beladiri "wajib" mengetahui apa maksud dan keperluan realiti...
4 tahun yang lalu
15 ulasan:
Mat Saleh bin perang adalah merupakan orang yang pertama melukis peta negeri johor dengan lengkap!Moyang saye tu! Nama sebenarnya Daeng Mohamad salleh bin Daeng Perang. Anak dia Daeng Osman, anak pada Daeng Osman, Daeng Nina, anak pada Daeng Nina, Haron, anak pada Haron, Izharuddin... Wauuu!!!
...bangsa Tuan dan bangsa Hamba...
...perbezaan antara mentaliti Hamba dengan mentaliti Tuan..
Mind Slave!
orang kita masih rasa rendah diri...
orang Arab yang tak ada ijazah dipanggil syeikh, ulama Islam dipanggil ustaz je...
mat saleh dipanggil sir walau tak pernah sekolah, profesor sebelah rumah dia panggil pakcik je...
nak mintank kerja dengan orang jepun tunduk sampai dahi cecah lutut, bila dengan orang kita senyum pun buat-buat je...
urutera mat saleh dibagi rumah sewa RM7000 sebulan (baru rumah, belum gaji - kisah benar di dungun), jurutera tempatan pandai-pandai la cari rumah sewa
orang susah di padang dibagi juta-juta, orang susah di sini ternganga tengok do TV sahaja.... (TV pun jiran yang bagi sebab jiran dia beli TV LCD 50 inci)
sedihnya... sedihnya kisah orang di sini ye?? nasib baik saya keturunan Daeng dari Pulau Sulawesi... Kami keturunan pedagang... kaya raya beb!
ya ka hang kaya? sikit duit! (pao)
orang asli masih di hutan, orang jawa, minang, bugis, banjar, rawa dan seangkatan dengannya duduk di kampung dan bandar.
macam kaya, tapi hutang keliling pinggang.....
yang kaya siapa?
roti kaya..
orang yang dikatakan penduduk asal tanah Melayu duk dalam utan nun.. skrg baru la nak kuar ke kg.. tu pun 2-3 kerat je.. Jawa,Bugis,Banjar yang baru datang ni pulak duk kat kg... ade la sket-sket yang duk kat bandar..
Kaum yang baru datang pulak duk kat bandar-bandar... Ade plak Pak Hitam yang lagi baru duk kat Metropolitan..
yang banyak duit tetap org kg. yang kutip pucuk paku.. kenapa?? sebab golongan diaorang ni la yang banyak pegi haji!!
ya betul.
ada sorang pakcik nama dia nik abdul aziz in nik mat.
masa dia mula-mula jadi MB satu negeri tu dia ada kata...
"yang kita mahukan adalah rakyat kita senang selesa berharta, bukannya negeri kita kaya"
ye tak ya juga ya
bangunan mencakar langit di bandar-bandar t sapa yang punya?
kenapa kita yang bukan pemilik ni yang rasa bangga?
dan rasa bangla? la la la la
say kenal... saya kenal pakcik tu!!! sian kat pakcik tu! xramai orang yang percaya ckp dia. ramai yang kata dia tamak harta, tamak pangkat dan kedudukan.. teringat kisah Nabi S.A.W dengan kaum jahil. kaum jahiliah kata nabi gila pangkat, gila kedudukan, gila harta, gila perempuan.. padahal suma tau nabi tu ,amanah,fatonah,siddiq.... sian kat pakcik ke sian kat org kg tu??
orang yang kaya ialah orang yang tak bergantung kat orang lain.
tak macam kau yang baca blog aku ni....
nak gaji, bergantung kat bos
nak kereta, bergantung kat bank
nak rumah, bergantung kat bank
nak kawin, bergantung kat bank
nak makan, bergantung kat peniaga
orang kaya bergantung kat Tuhan je....
I want my mommy! - bergantung pada mak.. hehehe..
Orang kata......
orang kata, bila ada kes rompak, itu mat indon
orang kata, bila ada kes zina, itu orang bangla
orang kata, bila ada kes rogol, itu orang afrika
orang kata, bila ada kes rasuah, itu orang cina,
orang kata, bila ada kes pecah rumah, itu orang India
orang kata, bila ada kes huru hara, itu orang Pakatan
orang kata, bila ada kes balak, itu orang borneo
orang kata, bila ada kes bunuh..
itu orang umno
orang kata la....
nasib baik bukan kambing yang kata. kalau tak, ada la undang-undang baru yang boleh dakwa kambing yang mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan 'nama baik' orang tertentu
undang-undang tahap reban kambing!
Catat Ulasan