Satu persoalan yang selalu bermain di benak pengamal ilmu beladiri, adakah serangan yang tidak terlihat seperti pukul curi dari belakang, serangan ketika tidur atau serangan berlapis dalam pertempuran boleh dielak atau ditangkis?
Sering kedengaran juga pengamal beladiri yang hebat tumpas lantaran serangan yang tidak terlihat.
Jawapan yang saya ingin cadangkan adalah YA, IA BOLEH DIELAK DAN DITANGKIS
Maka, bagaimana caranya? Saya ingin mencadangkan beberapa kaedah yang boleh diamal.
1. Amalkan doa tertentu
Mengamalkan doa tertentu yang memohon pelindungan Allah s.w.t sepajang masa adalah cara terbaik mengelak serangan tidak terlihat. Mudah-mudahan niat menyerang kita akan terhalang atau dijadikan serangan itu tidak memberi mudarat.
2. Elakkan sebarang bibit-bibit petelingkahan
Salah satu cara terbaik juga bagi elak atau tangkis serangan tidak terlihat adalah mengelakkan bibit-bibit pertelingkahan dengan siapapun. Memastikan orang lain senang hati dengan kita membolehkan orang lan tidak berniat menyerang kita. Maka semakin besar peluang kita untuk selamat.
3. Berbaik budilah dengan semua orang.
Kata arifin (orang yang arif), perbanyakkanlah teman, kerana seribu teman belum memadai, dan elakkanlah bermusuhan kerana seorang musuh terlalu banyak untuk ditangani. Mudah-mudahan sahabat yang baik akan mendoakan keselamatan kita. Sesungguhnya doa dari seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain tanpa diminta dan diketahui adalah sangat makbul. Semoga persahabatan yang akrab menjadi benteng dari serangan tidak terlihat.
4. Amalkan zikir @ amalan tertentu
Terdapat jenis zikir dan amalan yang menjadikan pengamalnya dikurniakan sesuatu kelebihan ilmu seperti pengasih, penggerun, penunduk, perabun, pelimun, gerak hati, bisik semar, firasat, makrifat (bukan tahap tasauf) dan lain-lain yang kita tak tahu. (sebahagian nama ilmu ini diambil dari http://oghangbaado.blogspot.com)
5. Fahami bahasa badan
Ada orang kata bahasa gerak. Dari gerak badan, memek muka, nada suara, pandangan mata, dapat ditafsir niat dan ingin. Jika nyata ada niat yang mampu membawa serangan, elakkan sedapat mungkin.

Apa yang pasti, bergurulah bagi mendapat pakaian diri. Jika ada rezeki, dapatlah persalinan laksana besi. Atau mungkin persalinan sufi peluntur hati. Atau persalinan kulit harimau penggerun rasa. Cari dan gali. Silat, sebagai tradisi beladiri Melayu, mengajar adab dan budi di samping gerak badan. Yang dengan adab dan budi itu serangan dapat dielak sebelum ia terjadi lagi.
Seperti kata guruku En. Azman “Cara memenangi pertempuran adalah mengelakkan konflik, penggunaan buah-buah silat adalah jalan terakhir apabila konflik tidak dapat dielak lagi”
p/s : apa yang diajar guru-guru silat masa kini? hingga perpecahan semakin menjadi-jadi? ke mana hilang adab dan budi?
9 ulasan:
betul. aku setuju.
adab dan budi telah hilang.
yang tinggal hanya produk adabi dengan body ja.
buat budi dibalas body.. wow!
36, 24, 36.... macam piano daaaa...
Ya, yang tinggal produk adabi dan body.
adabi - yang penting cepat, mudah, bungkusan cantik dan boleh dijual. promosi kena hebat "seperti sajian istana zaman silam"
body - tubuh badan. yang penting elak, tangkis dan serang balik. guna body. lama-lama jadi latah
tak ada kaitan dengan hati dan amalan hati. Mana Ibunya?
ibu roti jadi bang?
Ibunya boleh didapati di gelojakjiwa.blogspot.com
Allah.. hamba tersentuh dengan post tuan hamba kali ini... Allah.. Allah.. Allah..
Hamba gemar benar mengamalkan doa doa mathurat sebagai pelindung zahir dan batin.. Allah Allah
jangan tok guru je minat, anak murid tak dibagi faham.
bila faham, baru datangnya minat. bila minat baru datangnya amal. bila amal baru datangnya nikmat. bila nikmat baru datangnya selamat.
bila selamat, bahagia dunia akhirat.
muktamat
BARKAT! SALAMAT!
Catat Ulasan