Zalim membawa erti tidak adil. Adil bukanlah
bermaksud memberikan sama banyak, tetapi yang lebih tepat adil diertikan
meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika ada 2 orang anak, seorang lelaki dan
seorang perempuan dan mahu belikan kain, belilah seorang kain batik dan seorang
lagi kain pelikat. Jangan belikan dua-dua kain batik atau pelikat sebab nak
adil kononnya!
Dalam hidup hari ini, ramai berlaku
zalim (tidak adil) tanpa disangka atau tanpa disedari.
Antaranya adalah seperti berikut :
1.
Tidak menghadiri jemputan jamuan
(yang tiada maksiat) walhal memaklumkan mahu menghadirinya.
Kerapkali
antara kita member harapan kepada tuan rumah yang menganjur acara atau jamuan
bahawa kita akan hadir. Maka tuan rumah menyediakan tempat duduk dan makanan
berdasar jemputan yang maklumkan mahu hadir. Alih-alih kita tak hadir. Tuan
rumah akan tertunggu-tunggu dan mungkin menghubungi kita. Sudahlah menyediakan
tempat dan makanan, terpaksa keluar duit pula untuk hubungi kita bilamana kita
tak muncul-muncul.
“Apabila salah seorang daripada kalian diundang
untuk menghadiri jamuan makan, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika
tidak sedang berpuasa, hendaklah dia ikut makan, dan jika dia sedang berpuasa
hendaklah dia turut serta mendoakan”[Hadis Riwayat Imam Muslim]
2.
Parkir free di tempar berbayar
Ada tempat letak kereta berkupon,
ada kena masukkan duit dalam mesin. Dinyatakan masa bayaran parkir berkuatkuasa
dan berapa kadarnya. Contohnya RM0.40 bagi setiap jam atau sebahagian
daripadanya. Maknanya seminit pun kena bayar RM0.40 jugak la.
Saya perhatikan ramai yang tak
letakkan kupon parking atau tak masukkan duit dalam mesin. Maklumlah,
penguatkuasa tak ada. Kalau Nampak penguatkuasa maka cepat-cepat letakkan kupon
atau masukkan syiling dalam mesin.
Sedarlah bahawa tidak membayar
perkhidmatan yang kita gunakan adalah satu kezaliman terhadap penyedia
perkhidmatan. Walaupun ia hanyalah RM0.40, ia tetap menggunakan perkhidmatan
tanpa membayar dan ia tetap zalim dan tetap haram dan tetap dicatat dalam
lembaran amalan dan tetap akan dinilai di akhirat dan tetap akan dibalas dengan
balasan yang setimpal melainkan pelakunya bertaubat!