04 September 2012
ZALIM TANPA SEDAR
30 Ogos 2012
17 November 2011
KATA ORANG : RAMAI YANG KECUNDANG
Rasa nak tulis secara tak formal la. Senang nak taip, senang nak faham agaknya.
Kata orang ….. orang kata. Sama je kut. Ke lain bendanya?
Pernah dengar kata orang atau orang kata pasal kita? Macam selalu je orang kata. Sampai ada orang yang taksub dengan kata-kata orang ni. Ada yang harap kata-kata tertentu dari orang, ada yang tak mau dengar kata-kata tertentu dari orang. Sangat mau dengar kata-kata yang baik, yang sedap didengar, yang enak di telinga dan hati. Dalam masa yang sama tak mau dengar kata-kata yang buruk, tak elok, tak sedap didengar tentang kita.
Kalau orang cakap sesuatu yang elok tentang kita, maka akan kembanglah hati kita agaknya. Kembanglah juga lubang hidung hingga berduyunlah syaitan asyik masuk melalui lubang hidung nan kembang itu agaknya.
Bukankah ramai orang yang mahukan pujian dari orang lain? Hingga para wanita sanggup berhabis masa, wang dan tenaga serta memerah otaknya untuk kelihatan cantik menawan di mata orang lain. Belilah akan dia alat mekap mengecat muka sini sana aneka warna untuk mahu dilihat cantik. Belilah akan dia baju, seluar, kain, tudung aneka fesyen dan warna terkini untuk dilihat ‘up to date’ dan tak ketinggalan zaman dalam berfesyen. Tak kurang yang berbelanja ribuan ringgit membeli barang kemas yang menampakkan kehebatannya kerana mahukan pujian orang lain di hadapan atau di belakangnya?
Bukankah ramai lelaki sanggup menunjukkan aksi ngeri berani mati di jalan raya memandu kereta laju dan menunggang motosikal menggila? Hanya kerana mahu dikatakan orang bahawa dia tu berani lagi dasyat.
Bukankah ramai orang mahu dipuji orang sebagai hebat, rajin, terbaik, pandai, cantik, gagah, sasa, berilmu, alim, merendah diri, pandai bergaul, hebat bercakap, penyabar, kaya, pemimpin hebat, berani dan aneka pujian lain lagi? Bukankah itu semua adalah kata orang, orang kata……
Dan betapa ramainya yang tidak mahukan kata-kata buruk disebutkan tentangnya. Bukankah hati amat tidah suka dikata sebagai tak pandai buat kerja, bodoh, jahil, malas, lembap, penakut, gila, sesat dan aneka kata negatif orang lain lagi tentang diri kita ini?
Bukankah ramai orang yang bersusah payah berusaha mengelakkan kata-kata negatif ini terhadapnya? Bukankah ramai ketua yang mengarahkan sehingga yang bukan-bukan kepada orang bawahannya, kerana tak mahu dilihat dan dikata tak dapat laksanakan tugas dengan baik?
Bukankah ramai yang segera akan melenting, membalas, menjawab, mengembalikan malah mencari kekurangan lain orang yang berkata akan hal kekurangannya untuk menafikan kata-kata yang tidak baik tentang dirinya itu? Bukankah banyak berlakunya perpecahan lantaran kata-kata ini? Bukankah banyak berlaku tidak menegur sapa, bermasam muka dan putusnya silaturrahim lantaran kata negative orang ini?
Marilah ini saya khabarkan padamu hai teman, akan hakikat kata-kata orang terhadapmu itu.
Hakikatnya kata-kata orang itu, baik atau tidak pada penilaianmu, itu semua adalah dari Allah s.w.t. Sedarlah akan kata-kata orang terhadapmu itu adalah kata-kata Allah terhadapmu! Dan Dia menguji untuk memperlihatkan cara kita menghadapi kata-kata itu, sama ada mengikut syariatNya, atau menurut hawa nafsu.
Tiada nyata hanya sanya Allah.
Dunia ini adalah ujian kepada setiap manusia dalam setiap detik hayat dan dalam setiap hal yang sampai kepada pancaindera dan inderanya yang keenam adalah ujian buatnya. Hatta satu detik pun ujin. Satu kutik pun ujian. Maka kata-kata orang itu adalah ujian buat setiap yang sampai kepadanya kata-kata itu, bukanlah kepada orang yang diperkatakan itu sahaja.
Jika orang memuji, maka sesungguhnya Allah sedang mengujiu dengan pujian itu akan orang yang dupuji. Apakah mengaku-aku akan kemampuan dan kehebatan dirinya yang dipuji itu, atau merasakan syukur, hingga hilang keakuan dirinya. Dan menyedari hakikat kekuasaan Allah akan hal yang dipuji dan pujian itu. Begitu juga orang yang mendengarnya, adakah akan sekadar merasai kehebatan orang yang dipuji atau mengakui akan kehebatan Allah s.w.t.
Jika orang mengkeji, maka sesungguhnya Allah sedang mengujimu dengan kejian itu orang yang dikeji. Adakah menyedari kekurangan dirinya sambil membesarkan Allah atas kejian orang terhadapnya itu. Maka dengan ujian itu akan terzahirlah sifat melalui tindakannya melalui respon dia terhadap kejian itu. Akan marahkah dia terhadap orang yeng mengeji. Akan mengeluarkan kata-kata kejian dan sumpah seranahkah dia. Akan mencari pula kesalahan orang yang mengejinya untuk disebut-sebut. Akan mencari alasan menutup kelemahan diri sehingga sanggup menipukah dia. Atau sanggup memutuskan silaturrahim, menyalakan api permusuhan walau asal halnya hanyalah kata-kata sepatah dua?
Sebahagian kejian orang atasmu itu adalah hal yang benar, maka sesungguhnya Allah sedang menegurmu melalui lisan manusia. Ataukah terus membina tembok hujah mempertahankan diri walhal dalam hatimu mengakui akan kelemahan diri? Atau akan menafikan senafi-nafinya seolah dirimu tiada sebarang kekurangan?
Ujian juga bagi yang mendengar kejian itu. Apakah turut disebarkan kelemahan orang yang dikeji, sebagai strategi mahu menunjukkan bahawa dirinya lebih baik kerana tak melakukan apa yang dilakukan oleh orang yang dikeji dalam tak sedar itu? Ataukah akan marahlah hatinya melihat si pengeji kerana mengeji rakan taulannya, lalu dia mempertahankan rakan taulannya itu walau dalam hatinya sedar kesalahan rakan taulannya itu? Berapa ramai orang terus menyokong guru, pemimpin, sahabat sealiran darah dan pemikirannya walaupun nyata salah akan taulannya itu?
Mari kita fikirkan sejenak. Menyakitkan dan merosakkan dirikah akan kata-kata kejian orang terhadapmu? Menambah dan memperbaikan dirikah kata-kata pujian orang terhadapmu? Maka kenapa ramai sanggup buat itu ini untuk mendapat pujian dan mengelak kejian? Sebenarnya kesannya hanyalah terhadap hati. Beruntunglah orang-orang yang sejahtera hatinya, menerima segala takdir Allah dengan redha.
Bersungguh-sungguh jugakah diri melaksanakan tindakan untuk memperoleh pujian dan mengelak kejian Allah yang difirmankanNya di dalam Al-Quran? Berat benarkah kata-kata orang terhadapmu? Redhakah kita terhadap takdirNya melalui mulut orang itu?
Sungguh Allah Yang Maha Mengetahui akan segala hal yang telah, sedang dan akan berlaku itu telah sedia mengetahui akan hal diri kita ini. Diujinya sekalian kita untuk menzahirkan ketaatan kita dalan hat iktikad dan perbuatan. Benarkah mentaatiNya, atau hanya mengesakanNya di alam roh sahaja. Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa mampu tidak menzahirkan kita di dunia, untuk menjalani ujian ini. Boleh sahaja Dia terus memasukkan kita ke dalam syurga atau nerakaNya. Namun Dia Maha Adil, sehingga diberinya izin kita menzahirkan bukti keimanan kita, melalui kehidupan di dunia. Sehingga ternyatalah bukti bagi yang taat, mahupun yang ingkar. Dan tiap-tiap diri menerima balasan yang setimpal terhadap apa yang dikerjakannya di dunia.
Ramailah yang kecundang lantaran ujian ini. Ramailah yang mengejar dan mengharap pujian. Ramailah yang membenci kejian. Dalam sedar atau dalam tersembunyi dalam hatinya.
Bagi orang yang tenang hatinya, kata-kata itu tidaklah memberikan apa-apa. Jika baik kata terhadapnya, dia bersyukur tanpa banyak berkata dan menyebutkan tentang kata-kata pujian itu. Jika dikeji, dia hanya tersenyum dan berdiam diri. Jika menjawab dengan penuh hikmah tanpa emosi. Juga tidaklah juga dia suka menyebut-nyebut akan hal kejian dan orang yang mengejinya itu. Apa yang benar dan perlu diperbaiki, maka dia perbaiki. Apa yang salah, dia memohon ampunan Allah terhadap saudaranya. Maka tetap tenanglah dia menjalani kehidupan yang sedetik ini.
Bukankah Baginda Rasulullah s.a.w pernah dikata gila, ahli sihir, penipu malah pernah cuba dibunuh? Dan bukankah Baginda sangat pemaaf dan tidak mempedulikan kata-kata terhadapnya itu? Sungguh Baginda berada di puncak budi pekerti!
Dan kata-kata orang itu hanyalah sebahagian dari bentuk ujianNya. Hanya sedetik.
Wallahu’alam. Kalau tak betul, perbetulkan saya.
15 November 2011
APAHAL? LU TAK PUAS HATI KE?
Tak puas hati, tak puas hati, tak puas hati, tak puas hati. Ramai orang yang alami perasaan tak puas hati ni. Hampir tiap orang, hamper tiap hari. Melainkan orang-orang beriman dan bertakwa, yang telah terasuh benar hatinya, yang sentiasa redha lagi diredhai.
Punca tak puas hati adalah keinginan. Atau juga sering disebut sebagai nafsu, kehendak, kemahuan, hajat, azam, cita-cita, matlamat, misi, visi, objektif,. Tapi nak senang kita guna istilah keinginan la, senang nak faham.
Tak puas hati bermula apabila seseorang merasakan keinginannya tidak tercapai atau terlaksana. Bukankah manusia itu satu jenis makhluk yang sentiasa punyai keinginan. Setelah tercapai satu keinginan, maka muncul pula keinginan yang lain pula? Hinggakan setelah matipun ia tetap punya keinginan!
Apabila keinginan seseorang manusia itu tidak tercapai, maka akan bermulalah perasaan tidak puas hatinya. Tidak puas hati ini adalah hal berkaitan hati. Ia bukanlah tidak puas jasmani, kerana jasmani itu hakikatnya anat mudah dipenuhi keperluannya. Tapi hati manusia….. tak pernah puas barangkali bagi kebanyakan manusia.
Keinginan manusia itu banyak yang amat. Ada macam-macam keinginan. Ada keinginan untuk sihat, untuk kaya, untuk cantik, untuk kuat, untuk dipuja puji orang, untuk memperoleh pangkat dan kuasa, untuk itu, untuk ini. Tah apa-apa tah manusia ni.
Dari keinginan maka muncullah rasa tidak puas hati lantaran keinginan tidak tercapai. Dari rasa tidak puas hati itu akan muncul dan berkembanglah pula perasaan kecewa, putus asa, benci, marah, hasad, dengki dan aneka sifat buruk mazmumah yang lainnya.
Bagi seorang yang mahukan pujian bahawa dia hebat memimpin contohnya. Barangkali orang tidak memujinya kerana ada beberapa orang lain yang lebih hebat memimpin berbanding dirinya. Maka akan tidak puaslah hatinya kerana tidak dipuji itu. Selanjutnya akan muncullah rasa cemburu di hatinya dan mungkin berkembang pula perasaan marah kepada pesaingnya hingga sanggup dia menghamburkan kata-kata kesat, membakar api permusuhan dan mungkin akan melakukan khianat.
Seorang ibu yang mahukan suasana rumahnya sentiasa bersih dan kemas, akan berasa tidak puas hati jika si anak menyepahkan barangan di dalam rumah. Akibatnya muncul rasa marah dan si anak mungkin dimarah, dileter dan mungkin dihukum secara fizikal bagi melepas geram kerana keinginannya tidak tercapai ketika itu.
Maka yang terbaik bagi mengawal perasaan tidak puas hati ini adalah dengan menafikan keinginan, membimbingnya dan mengawalnya. Mengawal nafsu keinginan.
Bagi orang soleh yang telah terbimbing keinginannya, maka dia cuma harapkan satu keinginan iaitu keredhaan Allah s.w.t. Maka bagi orang yang mahukan keredhaan Allah, hanya ada satu cara iaitu meredhai juga segala takdir ketentuan Allah. Dia menjalani kehidupan dunia ini dengan penuh tenang dan ‘enjoy’ kerana mengerti setiap kejadian adalah ketentuan Allah Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Kaya, Yang Maha Pengatur, Yang Maha Pengampun.
Maka apa perlu dirasakan tidak puas hati oleh orang yang arif? Menikmati kehidupan dengan gembira. Kaya, miskin, susah, senang, sihat, sakit, Berjaya, gagal semuanya takdir Allah yang perlu diredhai. Maka apa dipedulikan tentang hasil? Kerana yang berat sebenarnya adalah ikhtiar, usaha, kerja sebagai amal.
Apa perlu dirisau hal rezeki sedangkan Dia telah aturkan segalanya untukmu sebelum terzahir dirimu di dunia ini? Apa dikesal tiada pujian orang lantaran pujian itu hanyalah ucapan yang tak ada ertinya? Apa dimarah berlambaknya kerja, kerana banyaknya kerja bermakna banyaknya amal perlu dibuat yang mendatangkan redhaNya melalui amal itu?
Maka, HIDUP PERLU ENJOY. Bukanlah hidup ikut suka, tetapi hidup dalam penuh kesukaan menjalani setiap satu takdirnya atasmu.
10 Oktober 2011
PERANG SUNGAI MANIK 1945 - SIRI 2
Markas PKM Sungai Tungku mendapat ketua baru dari markas PKM Sungai Galah, Tanjung Tualang. Gerombolan PKM Sungai Tungku semakin mengganas, membalas dendam! Banyak kampung berdekatan Sungai Tungku diselongkar, harta dirampas, anak dara dan isteri orang diperkosa. Sesiapa yang melawan akan dihukum dengan peluru MK5. Hatta anak kecil dalam buaian pun tak terlepas, turut menjadi mangsa peluru jika ada yang melawan. Tak cukup dengan itu, banyak surau telah DIBAKAR oleh PKM!
“Telah sampailah ketika dan saatnya wahai bangsaku sekalian ….. kerana Allah dan Rasul …..aku istiharkan perang fisabilillah …. Allahuakhbar!” jerit TG Haji Bakri
“Allahuakhbar….Allahuakhbar….Allahuakhbar!” jerit penduduk Banjar Sungai Manik Sekaliannya
Berita pembunuhan ahli PKM di sawah DO telah menaikkan semangat orang Melayu di pinggir Sungai Perak. Maka berpuluh-puluh pemuda Melayu telah menemui TG Haji Bakri memohon ilmu peperangan. Sekadarnya, TG Haji Bakri memberikan minum ‘air gerangsang’. Itu sudah mencukupi untuk meyakinkan orang Melayu buat sama-sama menyerang markas PKM Sungai Tungku.
Penduduk Banjar sebulat suara melantik Acil, cucu TG Haji Bakri sebagai Khalifah Fisabilillah. Walau usianya masih muda, awal 20-an, namun ilmunya diyakini.
“Esok, selepas solat Subuh, kita akan bergerak menyerang markas si haram jadah di Sungai Tungku… Allahuakhbar” kata Acil
Hari masih gelap seusai solat Subuh. Pemuda Banjar bersedia menyerang markas PKM Sungai Tungku. Dengan pakaian serba putih, selendang merah melilit tubuh masing-masing. Kain merah melilir hulu parang bungkol. Melihatnya sahaja dah menaikkan semangat dan bulu roma. Selepas bacaan doa selamat oleh TG Haji Bakri, berangkatlah pemuda Banjar menuju markas PKM Sungai Tungku.
Namun tanpa diduga, PKM Sungai Tungku sudah bersedia menanti kedatangan pemuda Banjar. Bagaikan telah berjanji pula. Maka bersedialah raifal MK5 untuk memuntahkan peluru bersimpang siur, menghujani pemuda Banjar yang tidak menduga.
TG Haji Bakri terus berwirid di dalam surau Parit 8.
“Fisabilillah ….. Lailahaillallah …..Allahuakhbar” jerit Acil tanda bermulanya perang pagi itu.
“Lailahaillallah” jerit pemuda Banjar tanpa henti menerpa ke arah markas PKM Sungai Tungku. Tiba-tiba meledaklah puluhan rifel MK5 memuntahkan peluru bagai hujan ke arah pemuda Banjar. Terpinga ternganga gerombolan PKM kehairanan melihat tiada seorangpun pemuda Banjar dihinggapi peluru MK5. Tanpa sempat berfikir, pemuda Banjar telah ada di depan mata. Berdesup parang bungkol menebas ahli PKM tanpa bicara lagi. MK5 tak mampu dibuat penghadang parang bungkol. MK5 yang dibuat penghadang tetakan parang bungkol, terputus dua bersama ahli PKM yang memegangnya denga sekali tetak. Parang bungkol bermandi darah merah ahli PKM, sehingga tiada seorangpun ahli PKM yang masih tinggal di kem Sungai Tungku itu. Hinggakan baju dan seluar pemuda Banjar boleh diperah kerana dibasahi darah merah si haram jadah!
“Allahuakhbar!” jerit Acil tanda tamatnya peperangan pagi itu. Terdampar puluhan mayat ahli PKM di kem Sungai Tungku itu. Setelah diperiksa, didapati lima orang ketua PKM telah lari sejak awal lagi meninggalkan kem berkenaan.
Lari bukan sebarang lari. Lari membawa dendam. Tak sampai seminggu kemudian, Sungai Manik dikepung gerombolan ahli PKM dari kem Hilir Perak. Maka tercetuslah peperangan fisabilillah sekali lagi. Kali ini parang bungkol bukan hanya berhadapan rifel MK5, tetapi PKM membawa bersama Brand Gun (Mesingun) serta bom tangan. Namun itu tak dapat melunturkan semangat pemuda Banjar walai sebesar jari kelingking. Selain parang bungkol, khalimah ‘Lailahaillallah’ dan ‘Allahuakhbar’ adalah senjata utama pemuda Banjar. Seharian berperang, tiada seorangpun pemuda Banjar yang maut atau luka.
Namun ilmu manusia, walau bagaimana sekalipun, ada petua dan hadnya. Pesan TG Haji Bakri, janganlah dilanggar syarat, kelak membinasa diri. (syaratnya tidak saya tuliskan di sini bagi menjaga hak ilmu ini sendiri) Takdir Allah, gugurlah dua beradik pemuda Banjar atas asbab melanggar syarat, atas kehendak dan izin Allah jua.
Genap sebulan peperangan, belum jua nampak redanya. Walau bergelimpangan mayat ahli PKM, namun tidak juga mereka mahu mengalah. Setiap hari ditambah ahli yang baru yang entah dari mana datangnya menyerang Sungai Manik. PKM di Seberang Perak pula makin galak menyiksa, membunuh dan merosak kampung Melayu dan Banjar di Kampung Gajah untuk melemahkan semangat fisabilillah pemuda Banjar Sungai Manik. Namun masyarakat Cina sedikitpun tidak diapakan, mahupun digertak.
“Kalau khabar baik, bawalah kemari….kalau khabar buruk, bawalah menjauh”. Begitulah kalimah diluah pada suatu senja apabila mendengan suara burung tinjau.
“Assalamualaikum” terdengar suara memberi salam selepas solat Isyak malam itu. Pakat menjawab di atas surau. Setelah diamati, berlarilah TG Haji Bakri menuruni tangga sambil memeluk dan menepuk belakang orang yang muncul malam itu.
“Selamat datang adikku” kata TG Haji Bakri. Yang lain tertanya kerana tak mengenal. Rupa-rupanya, Masmuda, adik TG Haji Bakri yang baru sampai dari Batu Pahat. Seronok benar Acil menyambut datuk saudaranya itu.
Peperangan di Sungai Manik semakin berlarutan. Keadaan di Kampung Gajah dan Balun Bindai makin parah kerana PKM makin membuat angkara.
“Tak boleh dibiarkan lagi ni, makin dibiar, makin menjadi pula” Geram TG Haji Bakri mendengar khabar di Kampung Gajah dan Balun Bindai. Maka diambil keputusan, Masmuda akan menggantikan Acil sebagai khalifah fisabilillah di Sungai Manik. TG Haji Bakri dan Acil pula akan membantu penduduk Kampung Gajah dan Balun Bindai. Maka dibuatlah wafaq Selendang Merah buat saudara di Seberang Perak.
Siang malam tebing sungai Balun Bindai kedengaran bunyi tembakan menunjukkan adanya komunis di situ.
“Lailahaillallah …. Allahuakhbar” jerit Acil sebagai khalifah fisabilillah menyerang markas PKM di tebing Sungai Perak Balun Bindai. Acil yang terkenal nakalnya itu telah berbulan berperang dengan komunis menjadikan tubuhnya sebagai perisai di atas sampan menyeberangi Sungai Perak. Apabila merapat, meletuslah ledakan MK5 menghujani tubuh Acil, namun tiada sebutir pelurupun yang melukainya.
“Tetak” jerit Acil apabila sampan sampai ke tebing, sambil menghayun parang bungkol serta melompat dari sampan terus ke tebing.
Peperangan di Balun Bindai melonjakkan seorang lagi wira Banjar iaitu Mawi dengan parang bungkolnya bergelar Kajang Rungkup. Apabila Mawi mengangkat Kajang Rungkup, musuh terus menjadi lemah. Maka ramailah musuh yang tumpas di tangan Mawi.
PKM yang semakin lemah telah memainkan isu perkauman. “Orang Melayu sebenarnya mahu memerangi orang Cina, menghapuskan orang Cina dari Tanah Melayu ini. Mahukah kita dipijak oleh orang Melayu?” begitulah laungan hasutan PKM kepada masyarakat Cina di Kampung Gajah. Masyarakat Cina yang merasa terhutang budi kerana dilindungi oleh PKM selama ini mula merasa gusar dan seolah ditarik menyertai peperangan itu.
Ramailah masyarakat Cina terpengaruh untuk menyertai peperangan PKM menentang orang Melayu tanpa menyedari itu adalah strategi PKM yang semakin hari kian lemah lantaran ramai ahlinya maut dalam peperangan.
Masyarakat Cina mula mengumpulkan segala keperluan untuk memerangi orang Melayu. Parang besar, pedang, sabit dan sebagainya dikumpulkan untuk memerangi orang Melayu. “Kalau jumpa melayu, bunuh sahaja, tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, besar atau kecil” seru ahli PKM kepada masyarakat Cina Kampung Gajah.
Maka bermulalah pula siri peperangan perkauman antara orang Melayu dengan Cina di Kampung Gajah. Walau telah ramai dibunuh oleh pemuda Banjar, namun peperangan tidak juga berkesudahan mahupun surut. Pakaian pemuda Banjar sekaliannya dibasahi darah hinggakan boleh diperah.
“Allahuakhbar” jerit Acil tanda supaya pemuda Banjar menghentikan serangan dan berundur. Mereka juga perlukan rehat dan perlu mengatur semula strategi. Maka berkumpullah semula pemuda Banjar sambil mengalun kalimah “lailahaillallah”
“Lailahaillait……Melayu kasi habit” jerit pemuda Cina sengaja mengacah pemuda Banjar
Mawi si Kajang Rungkup tidak dapat menahan sabar mendengar kalimah itu dipersenda oleh musuh. Beliau bingkas bangun menerpa ke arah musuh, namun di pertengahan jalan tubuhnya dihujani peluru mesingun hingga rebahlah dia ke bumi.
“habislah Mawi” jerit pemuda Banjar yang melihatnya
Tak sempat 10 minit, Mawi bangun semula menggeliat kesakitan sambil berjalan menuju ke pasukan pemuda Banjar. “Akai aku… akai aku …akai aku” luah Mawi
“Dasar tak sabar aku ni …. Nasib ada Emoh ni ha” kata Mawi. Ketawa Acil sampai meleleh air matanya melihat tingkah Mawi yang sedang dikipas oleh Emoh.
Mawi nampaknya belum jua ajalnya. Pernah sekali sebelum ini dia diserang oleh ahli PKM ketika mengawasi sebuah lombong. Akibat diserang hendap ketika berehat itu, lima orang ahli PKM maut dilibas oleg Kajang Rungkupnya.
Pada masa yang sama, beberapa pemuda Melayu menemui TG Haji Bakri di surau Kampung Bayas. Tak sampai sepuluh orang diberikan selendang merah. Namun semua yang menemui beliau diberi minum 'air garangsang'.
Keesokannya, gempar berita orang Melayu pula berperang dengan orang Cina. Di mana ada orang Cina, maka akan ada orang Melayu mencari dan memerangi mereka. Orang Melayu Kampung Gajah dikhabarkan amat berani hingga habis orang Cina Kampung Gajah diperangi mereka.
Malam itu pejuang fisabilillah berehat dan bersedia untuk menyerang kem PKM Sungai Galah pagi esok. Menurut firasat TG Haji Bakri, peperangan keesokan hari adalah penyudahnya. Puaslah dipujuk Mawi yang masih belum sihat sepenuhnya agar tak sertai peperangan keesokan hari, namun dia tetap berdegil mahu menyertainya.
Zikir ‘Lailahaillallah’ tak terhenti dialunkan pasukan fisabilillah
“Lailahaillallah …. Allahuakhbar” jerit Acil memulakan serangan keesokannya sambil disambut hujanan peluru bersimpang siur. Semakin ramai musuh maut dilibas parang bungkol. Namun bagai tak berkurang musuh yang menanti. Ramailah pejuang fisabilillah yang mengalami luka dan terdampar hinggakan peperangan bagaikan terhenti. Orang Cina kehairanan kerana tidak kelihatan lagi walau seorang pejuang fisabilillah menyerang mereka.
“Lailahilait …. Melayu kasi potong habit” celaka benar ucapan mereka mempersenda khalimah suci Umat Islam. Ketawa besar mereka bagai telah memenangi peperangan itu!
Terdiam seketika kerana tiba-tiba muncul parang bungkol berterbangan menebas, menikam, memotong, menetak orang Cina yang memerangi pasukan fisabilillah. Bagaikan hujan parang bungkol berterbangan mencari mangsa. Basah Kampung Sungai Galah dibasahi darah Cina. Bertempiaran lari ahli PKM ke dalam hutan, lari sedapatnya dari parang yang terbang mengejar mereka!
Mana mungkin parang mampu terbang sendiri. Pasti ada kuasa yang dengan kudrat dan iradatNya, parang itu terbang menghukum orang yang mempermain khalimah yang suci.
Semangat orang Banjar telah menaikkan semangat orang Melayu. Maka banyaklah kem PKM diserang oleh orang Melayu selepas kejadian Perang Sungai Manik ini. Banyaklah perkampungan Cina yang musnah. Hinggakan sampai ke hari ini tiada orang Cina tinggal di Sungai Manik dan Kampung Gajah.
TG Haji Bakri kembali ke rahmatullah di Tanah Suci Makkah ketika berusia 57 tahu. Beliau meninggalkan pesan “Si kafir laknat ini akan terus mendendami kita hingga ke akhir zaman”
* pesan atuk saudara saya "dah dekat dah, lagi besar dari yang dulu" sambil menunjukkan keris warisan kepada saya