KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





17 November 2011

KATA ORANG : RAMAI YANG KECUNDANG

gambar dari ustadchandra.wordpress.com

Rasa nak tulis secara tak formal la. Senang nak taip, senang nak faham agaknya.

Kata orang ….. orang kata. Sama je kut. Ke lain bendanya?

Pernah dengar kata orang atau orang kata pasal kita? Macam selalu je orang kata. Sampai ada orang yang taksub dengan kata-kata orang ni. Ada yang harap kata-kata tertentu dari orang, ada yang tak mau dengar kata-kata tertentu dari orang. Sangat mau dengar kata-kata yang baik, yang sedap didengar, yang enak di telinga dan hati. Dalam masa yang sama tak mau dengar kata-kata yang buruk, tak elok, tak sedap didengar tentang kita.

Kalau orang cakap sesuatu yang elok tentang kita, maka akan kembanglah hati kita agaknya. Kembanglah juga lubang hidung hingga berduyunlah syaitan asyik masuk melalui lubang hidung nan kembang itu agaknya.

Bukankah ramai orang yang mahukan pujian dari orang lain? Hingga para wanita sanggup berhabis masa, wang dan tenaga serta memerah otaknya untuk kelihatan cantik menawan di mata orang lain. Belilah akan dia alat mekap mengecat muka sini sana aneka warna untuk mahu dilihat cantik. Belilah akan dia baju, seluar, kain, tudung aneka fesyen dan warna terkini untuk dilihat ‘up to date’ dan tak ketinggalan zaman dalam berfesyen. Tak kurang yang berbelanja ribuan ringgit membeli barang kemas yang menampakkan kehebatannya kerana mahukan pujian orang lain di hadapan atau di belakangnya?

Bukankah ramai lelaki sanggup menunjukkan aksi ngeri berani mati di jalan raya memandu kereta laju dan menunggang motosikal menggila? Hanya kerana mahu dikatakan orang bahawa dia tu berani lagi dasyat.

Bukankah ramai orang mahu dipuji orang sebagai hebat, rajin, terbaik, pandai, cantik, gagah, sasa, berilmu, alim, merendah diri, pandai bergaul, hebat bercakap, penyabar, kaya, pemimpin hebat, berani dan aneka pujian lain lagi? Bukankah itu semua adalah kata orang, orang kata……

Dan betapa ramainya yang tidak mahukan kata-kata buruk disebutkan tentangnya. Bukankah hati amat tidah suka dikata sebagai tak pandai buat kerja, bodoh, jahil, malas, lembap, penakut, gila, sesat dan aneka kata negatif orang lain lagi tentang diri kita ini?

Bukankah ramai orang yang bersusah payah berusaha mengelakkan kata-kata negatif ini terhadapnya? Bukankah ramai ketua yang mengarahkan sehingga yang bukan-bukan kepada orang bawahannya, kerana tak mahu dilihat dan dikata tak dapat laksanakan tugas dengan baik?

Bukankah ramai yang segera akan melenting, membalas, menjawab, mengembalikan malah mencari kekurangan lain orang yang berkata akan hal kekurangannya untuk menafikan kata-kata yang tidak baik tentang dirinya itu? Bukankah banyak berlakunya perpecahan lantaran kata-kata ini? Bukankah banyak berlaku tidak menegur sapa, bermasam muka dan putusnya silaturrahim lantaran kata negative orang ini?

Marilah ini saya khabarkan padamu hai teman, akan hakikat kata-kata orang terhadapmu itu.

Hakikatnya kata-kata orang itu, baik atau tidak pada penilaianmu, itu semua adalah dari Allah s.w.t. Sedarlah akan kata-kata orang terhadapmu itu adalah kata-kata Allah terhadapmu! Dan Dia menguji untuk memperlihatkan cara kita menghadapi kata-kata itu, sama ada mengikut syariatNya, atau menurut hawa nafsu.

Tiada nyata hanya sanya Allah.

Dunia ini adalah ujian kepada setiap manusia dalam setiap detik hayat dan dalam setiap hal yang sampai kepada pancaindera dan inderanya yang keenam adalah ujian buatnya. Hatta satu detik pun ujin. Satu kutik pun ujian. Maka kata-kata orang itu adalah ujian buat setiap yang sampai kepadanya kata-kata itu, bukanlah kepada orang yang diperkatakan itu sahaja.

Jika orang memuji, maka sesungguhnya Allah sedang mengujiu dengan pujian itu akan orang yang dupuji. Apakah mengaku-aku akan kemampuan dan kehebatan dirinya yang dipuji itu, atau merasakan syukur, hingga hilang keakuan dirinya. Dan menyedari hakikat kekuasaan Allah akan hal yang dipuji dan pujian itu. Begitu juga orang yang mendengarnya, adakah akan sekadar merasai kehebatan orang yang dipuji atau mengakui akan kehebatan Allah s.w.t.

Jika orang mengkeji, maka sesungguhnya Allah sedang mengujimu dengan kejian itu orang yang dikeji. Adakah menyedari kekurangan dirinya sambil membesarkan Allah atas kejian orang terhadapnya itu. Maka dengan ujian itu akan terzahirlah sifat melalui tindakannya melalui respon dia terhadap kejian itu. Akan marahkah dia terhadap orang yeng mengeji. Akan mengeluarkan kata-kata kejian dan sumpah seranahkah dia. Akan mencari pula kesalahan orang yang mengejinya untuk disebut-sebut. Akan mencari alasan menutup kelemahan diri sehingga sanggup menipukah dia. Atau sanggup memutuskan silaturrahim, menyalakan api permusuhan walau asal halnya hanyalah kata-kata sepatah dua?

Sebahagian kejian orang atasmu itu adalah hal yang benar, maka sesungguhnya Allah sedang menegurmu melalui lisan manusia. Ataukah terus membina tembok hujah mempertahankan diri walhal dalam hatimu mengakui akan kelemahan diri? Atau akan menafikan senafi-nafinya seolah dirimu tiada sebarang kekurangan?

Ujian juga bagi yang mendengar kejian itu. Apakah turut disebarkan kelemahan orang yang dikeji, sebagai strategi mahu menunjukkan bahawa dirinya lebih baik kerana tak melakukan apa yang dilakukan oleh orang yang dikeji dalam tak sedar itu? Ataukah akan marahlah hatinya melihat si pengeji kerana mengeji rakan taulannya, lalu dia mempertahankan rakan taulannya itu walau dalam hatinya sedar kesalahan rakan taulannya itu? Berapa ramai orang terus menyokong guru, pemimpin, sahabat sealiran darah dan pemikirannya walaupun nyata salah akan taulannya itu?

Mari kita fikirkan sejenak. Menyakitkan dan merosakkan dirikah akan kata-kata kejian orang terhadapmu? Menambah dan memperbaikan dirikah kata-kata pujian orang terhadapmu? Maka kenapa ramai sanggup buat itu ini untuk mendapat pujian dan mengelak kejian? Sebenarnya kesannya hanyalah terhadap hati. Beruntunglah orang-orang yang sejahtera hatinya, menerima segala takdir Allah dengan redha.

Bersungguh-sungguh jugakah diri melaksanakan tindakan untuk memperoleh pujian dan mengelak kejian Allah yang difirmankanNya di dalam Al-Quran? Berat benarkah kata-kata orang terhadapmu? Redhakah kita terhadap takdirNya melalui mulut orang itu?

Sungguh Allah Yang Maha Mengetahui akan segala hal yang telah, sedang dan akan berlaku itu telah sedia mengetahui akan hal diri kita ini. Diujinya sekalian kita untuk menzahirkan ketaatan kita dalan hat iktikad dan perbuatan. Benarkah mentaatiNya, atau hanya mengesakanNya di alam roh sahaja. Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa mampu tidak menzahirkan kita di dunia, untuk menjalani ujian ini. Boleh sahaja Dia terus memasukkan kita ke dalam syurga atau nerakaNya. Namun Dia Maha Adil, sehingga diberinya izin kita menzahirkan bukti keimanan kita, melalui kehidupan di dunia. Sehingga ternyatalah bukti bagi yang taat, mahupun yang ingkar. Dan tiap-tiap diri menerima balasan yang setimpal terhadap apa yang dikerjakannya di dunia.

Ramailah yang kecundang lantaran ujian ini. Ramailah yang mengejar dan mengharap pujian. Ramailah yang membenci kejian. Dalam sedar atau dalam tersembunyi dalam hatinya.

Bagi orang yang tenang hatinya, kata-kata itu tidaklah memberikan apa-apa. Jika baik kata terhadapnya, dia bersyukur tanpa banyak berkata dan menyebutkan tentang kata-kata pujian itu. Jika dikeji, dia hanya tersenyum dan berdiam diri. Jika menjawab dengan penuh hikmah tanpa emosi. Juga tidaklah juga dia suka menyebut-nyebut akan hal kejian dan orang yang mengejinya itu. Apa yang benar dan perlu diperbaiki, maka dia perbaiki. Apa yang salah, dia memohon ampunan Allah terhadap saudaranya. Maka tetap tenanglah dia menjalani kehidupan yang sedetik ini.

Bukankah Baginda Rasulullah s.a.w pernah dikata gila, ahli sihir, penipu malah pernah cuba dibunuh? Dan bukankah Baginda sangat pemaaf dan tidak mempedulikan kata-kata terhadapnya itu? Sungguh Baginda berada di puncak budi pekerti!

Dan kata-kata orang itu hanyalah sebahagian dari bentuk ujianNya. Hanya sedetik.

Wallahu’alam. Kalau tak betul, perbetulkan saya.

15 November 2011

APAHAL? LU TAK PUAS HATI KE?


Tak puas hati, tak puas hati, tak puas hati, tak puas hati. Ramai orang yang alami perasaan tak puas hati ni. Hampir tiap orang, hamper tiap hari. Melainkan orang-orang beriman dan bertakwa, yang telah terasuh benar hatinya, yang sentiasa redha lagi diredhai.

Punca tak puas hati adalah keinginan. Atau juga sering disebut sebagai nafsu, kehendak, kemahuan, hajat, azam, cita-cita, matlamat, misi, visi, objektif,. Tapi nak senang kita guna istilah keinginan la, senang nak faham.

Tak puas hati bermula apabila seseorang merasakan keinginannya tidak tercapai atau terlaksana. Bukankah manusia itu satu jenis makhluk yang sentiasa punyai keinginan. Setelah tercapai satu keinginan, maka muncul pula keinginan yang lain pula? Hinggakan setelah matipun ia tetap punya keinginan!

Apabila keinginan seseorang manusia itu tidak tercapai, maka akan bermulalah perasaan tidak puas hatinya. Tidak puas hati ini adalah hal berkaitan hati. Ia bukanlah tidak puas jasmani, kerana jasmani itu hakikatnya anat mudah dipenuhi keperluannya. Tapi hati manusia….. tak pernah puas barangkali bagi kebanyakan manusia.

Keinginan manusia itu banyak yang amat. Ada macam-macam keinginan. Ada keinginan untuk sihat, untuk kaya, untuk cantik, untuk kuat, untuk dipuja puji orang, untuk memperoleh pangkat dan kuasa, untuk itu, untuk ini. Tah apa-apa tah manusia ni.

Dari keinginan maka muncullah rasa tidak puas hati lantaran keinginan tidak tercapai. Dari rasa tidak puas hati itu akan muncul dan berkembanglah pula perasaan kecewa, putus asa, benci, marah, hasad, dengki dan aneka sifat buruk mazmumah yang lainnya.

Bagi seorang yang mahukan pujian bahawa dia hebat memimpin contohnya. Barangkali orang tidak memujinya kerana ada beberapa orang lain yang lebih hebat memimpin berbanding dirinya. Maka akan tidak puaslah hatinya kerana tidak dipuji itu. Selanjutnya akan muncullah rasa cemburu di hatinya dan mungkin berkembang pula perasaan marah kepada pesaingnya hingga sanggup dia menghamburkan kata-kata kesat, membakar api permusuhan dan mungkin akan melakukan khianat.

Seorang ibu yang mahukan suasana rumahnya sentiasa bersih dan kemas, akan berasa tidak puas hati jika si anak menyepahkan barangan di dalam rumah. Akibatnya muncul rasa marah dan si anak mungkin dimarah, dileter dan mungkin dihukum secara fizikal bagi melepas geram kerana keinginannya tidak tercapai ketika itu.

Maka yang terbaik bagi mengawal perasaan tidak puas hati ini adalah dengan menafikan keinginan, membimbingnya dan mengawalnya. Mengawal nafsu keinginan.

Bagi orang soleh yang telah terbimbing keinginannya, maka dia cuma harapkan satu keinginan iaitu keredhaan Allah s.w.t. Maka bagi orang yang mahukan keredhaan Allah, hanya ada satu cara iaitu meredhai juga segala takdir ketentuan Allah. Dia menjalani kehidupan dunia ini dengan penuh tenang dan ‘enjoy’ kerana mengerti setiap kejadian adalah ketentuan Allah Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Kaya, Yang Maha Pengatur, Yang Maha Pengampun.

Maka apa perlu dirasakan tidak puas hati oleh orang yang arif? Menikmati kehidupan dengan gembira. Kaya, miskin, susah, senang, sihat, sakit, Berjaya, gagal semuanya takdir Allah yang perlu diredhai. Maka apa dipedulikan tentang hasil? Kerana yang berat sebenarnya adalah ikhtiar, usaha, kerja sebagai amal.

Apa perlu dirisau hal rezeki sedangkan Dia telah aturkan segalanya untukmu sebelum terzahir dirimu di dunia ini? Apa dikesal tiada pujian orang lantaran pujian itu hanyalah ucapan yang tak ada ertinya? Apa dimarah berlambaknya kerja, kerana banyaknya kerja bermakna banyaknya amal perlu dibuat yang mendatangkan redhaNya melalui amal itu?

Maka, HIDUP PERLU ENJOY. Bukanlah hidup ikut suka, tetapi hidup dalam penuh kesukaan menjalani setiap satu takdirnya atasmu.