KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





22 Jun 2011

PENIPUAN PENIAGA




Kecurangan yang lazim dilakukan oleh peniaga di Malaysia :

1. Menjual barangan pada harga terlalu mahal

2. Menjual barang yang telah tamat tempoh. terdapat kes barangan dibungkus semula dan dilabel semula setelah tamat temponya.

3. Menyorokkan barangan sehingga menyebabkan kekurangan bekalan untuk menaikkan harganya.

4. Mengurangkan sukatan barangan yang dijual seperti timbangan, ukuran dan bilangan. Pengguna lazimnya tidak memeriksa barangan yang telah siap dipaket.

5. Menggunakan alat penimbang yang telah diubahsuai hingga timbangan sebenar menjadi tidak tepat. Jarum penimbang menunjukkan 1 kg padahal berat sebenar belum sampai.

6. Memberikan maklumat yang salah, tidak tepat dan mengelirukan sehingga pengguna tertarik untuk membeli dengan penilaian yang salah.

7. Menjual barangan yang membahayakan kesihatan pengguna atau persekitaran.

8. Menjual barang berkualiti rendah tidak seperti yang dinyatakan.

9. Membuat jualan murah pada harga tinggi. seperti harga asal barangan RM100 dinaikkan kepada RM200 sebelum jualan murah. Ketika jualan murah harganya dikurangkan sebanyak 30% menjadi RM140.

ada banyak lagi. ini hanya sebahagian untuk menghidupkan blog ini.

01 Jun 2011

PELABUR BIJAK : PADAN MUKA KAMU




Ijoi : “Assalammualaikum Pak Ngah”

Pak Ngah Adan : “Wa’alaikum salam Ijoi. Hoh, bila kamu balik ke kampung ni?”

Ijoi : “Dah seminggu Pak Ngah, tapi tak sempat nak jumpa Pak Ngah, ni kebetulan nak jumpa Abang Moin dengan Hussin kat gerai ni, ada pulak Pak Ngah.”

Pak Ngah Adan : “Apa khabar kamu ni Ijoi? lama betul kamu tak balik kampung rasanya. Mau dekat 2 tahun. Hari raya pun kamu tak balik”

Ijoi : “Baik Pak Ngah, biasa la Pak Ngah, duduk di KL tu sibuk la kerja siang malam. Dapat gaji pun cukup-cukup makan je. Kalau nak balik kampung ni, mau habis sebulan gaji kalau balik raya seminggu”

Pak Ngah Adan : “Eh, Pak Ngah dengar kamu balik naik kereta baru. Banyak pulak duit kamu ni Ijoi. Tadi kata gaji cukup-cukup makan je. Sekali balik kampung pakai kereta baru harga ratus ribu pulak”

Ijoi : “Ha Pak Ngah, ni yang saya nak cerita ni. Nak kongsi dengan orang-orang kampung ni semua. Saya ada peluang pelaburan baik ni untuk semua orang. Rugi kalau tak masuk. Saya masuk baru 4 bulan dah dapat pakai kereta besar. Sekarang ni saya dah berhenti kerja, jadi pelabur sepenuh masa”

Pak Ngah Adan : “Wah, hebat Nampak pelaburan kamu ni, baru 4 bulan dah dapat pakai kereta besar”

Ijoi : “Rezeki Pak Ngah, tuah ayam nampak di kaki, tuan kita manusia ni siapa yang tahu”

Pak Ngah Adan : “Pelaburan apa ni Ijoi? Cuba kamu explain kat Pak Ngah sikit”

Ijoi : “Macam ni Pak Ngah. Ni pelaburan syarikat kerjasama umat Islam Malaysia. Syarikat ni baru setahun je ditubuhkan. Syarikat ni ada projek ternakan ikan keli, ternak lintah, ternak cacing, ternak kambing, tanam rumpai laut dan akan buka rangkaian kedai halal seluruh Malaysia”

Pak Ngah Adan : “Bagus syarikat ni. Macam mana melabur dalam syarikat ni?”

Ijoi : “senang je Pak Ngah. Cuma kena beli saham syarikat ni ikut lot. 1 lot RM100 je. Minimum kalau nak beli, kena beli 10 lot atau RM1000 je. Tapi biasanya orang masuk sampai ratus-ratus lot”

Pak Ngah Adan : “Ada yang masuk sampai ratus-ratus lot? Banyak la modal syarikat ni kalau macam tu”

Ijoi : “Ha’ah pak Ngah, saya pun masuk 200 lot. Saya buat pinjaman bank beli saham tu RM20,000. Tapi memang berbaloi. Bulan pertama melabur je dah dapat RM1000”

Pak Ngah Adan : “Cepat betul syarikat tu bayar keuntungan ye? Banyak pulak tu”

Ijoi : “Ya Pak Ngah, syarikat janji bayar 5% keuntungan sebulan dari nilai pelaburan kita. Saya masuk RM20,000 dapat la RM1000 setiap bulan mula bulan pertama saya melabur. Ada bonus lain pulak kalau kita bawa masuk pelabur baru. Syarikat akan bayar 5% dari nilai pelaburan orang yang kita ajak atau taja jadi pemegang saham syarikat. Saya sanggup berhenti kerja ni sebab dah dapat ajak ramai kawan-kawan masuk skim pelaburan ni. Bulan lepas saja saya dapat RM15,000 sebab dapat bawa ahli baru”

Pak Ngah Adan : “kamu biar betul Ijoi”

Ijoi : “Betul Pak Ngah. Tengok la kereta saya tu. Harga dalam RM150,000. Saya bayar muka dalam RM20,000. Kalau saya boleh dapat semua ni, kenapa Pak Ngah dan orang kampung ni tak boleh? Peluang baik ni Pak Ngah. Peluang macam ni tak selalu datang”

Pak Ngah Adan : “Tak mau la aku Ijoi”

Ijoi : “Rugi kalau Pak Ngah tak masuk. Dah lebih 10 orang kampung kita ni masuk skim pelaburan ni. Pulangan dah dijanjikan. Tinggi pulak tu pulangan dia. Takkan kita nak tengok je orang lain berjaya dan jadi kaya?"

Pak Ngah Adan : “Pasal tu la aku tak mau masuk Ijoi oi”

Ijoi : “Kenapa pulak Pak Ngah? Islam tak halang kita nak jadi kaya asalkan kita tak lalai. Ramai juga ustaz dah masuk pelaburan ni. Pegawai kerajaan pun ramai dah masuk. Kita nak bangunkan ekonomi umat Islam ni”

Pak Ngah Adan : “kalau nak bangunkan ekonomi umat pun, biar la betul caranya”

Ijoi : “Salah apa pulak pelaburan ni Pak Ngah? Ramai dah masuk dah dah dapat pun pulangan yang dijanjikan macam saya ni”

Pak Ngah Adan : “Ni aku nak tanya kamu ni. Kamu tahu ke beza perniagaan dengan skim pinjaman? Apa beza keuntungan pelaburan perniagaan dengan riba hasil beri pinjaman?”

Ijoi : “Saya tak la pandai sangat. Tapi yang ni memang pelaburan. Penceramah syarikat memang sebut pelaburan dan bayar keuntungan. Bukan pinjaman dan bayar riba. Jauh sangat tu Pak Ngah”

Pak Ngah Adan : “Mari sini Pak Ngah nak bagi tau. Pelaburan ni halal. Pelaburan ni adalah kumpulan modal untuk menjalankan perniagaan. Dari perniagaan maka akan ada keuntungan. Pinjaman pulak berikan duit untuk sebarang tujuan. Pinjaman ni halal malah besar pahalanya selagi tak ada riba’. Malangnya zaman sekarang ni banyak pinjaman yang ada riba, dosa”

“Apa beza keuntungan dengan riba? Keuntungan adalah hasil perniagaan. Perniagaan ni ada risiko. Ketidaktentuan. Ada kemungkinan untung, balik modal atau rugi. Ada kemungkinan banyak atau sikit. Riba’ pulak kerana beri pinjaman. Riba ni lazimnya bebas risiko. Maka pemberi pinjaman akan mendapat pulangan tertentu yang dinyatakan dengan jelas dari awal-awal lagi kadarnya dalam bentuk peratus atau jumlah”

“Oleh sebab perniagaan ada risiko, maka keuntungan hanya diketahui bila akaun atau kiraan hasil dan perbelanjaan syarikat dibuat. Biasanya setahun sekali. Kalau pelaburan, keuntungan ni disebut dividen. Nilainya tak tetap bergantung kepada keadaan perniagaan”

“jadi….. kalau syarikat dah janjikan pulangan tertentu, yang tu bukannya pelaburan. Kalau dah ditentukan awal-awal lagi berapa peratus yang kita akan dapat, itu dah jadi riba’. Kalau dah ada riba’, itu bukan lagi pelaburan, tapi pinjaman. Kalau janjikan pulangan tetap yang banyak pulak tu, mungkin itu penipuan skim cepat kaya.”

“Skim cepat kaya ni biasanya macam tu la. Janjikan pulangan tetap yang tinggi. Orang yang masuk awal akan dapat pulangan tu untuk yakinkan mereka dan supaya dapat tarik orang lain masuk skim tu. Pakai pulak kereta mewah, lagi la orang tertarik”

“Ingat ijoi, riba’ tu haram. Haram untuk orang yang memberi dan menerima serta penulis dan saksinya sekali.”

Ijoi : “Tapi syarikat ni buat untuk membangunkan ekonomi umat Islam ni”

Pak Ngah Adan : “Matlamat tak menghalalkan cara Ijoi. Lagipun matlamat tu boleh direka. Label pelaburan tu pun siapa pun boleh letak. Macam orang bungkus buah pulasan lepas tu letak label rambutan. Label apa pun, isinya tetap pulasan. Dan orang yang arif tetap kenal itu buah pulasan walau dilabel rambutan. Tak payah rasa pun dah tau dah”

Ijoi : “Habis tu, macam mana sekarang ni Pak Ngah? Saya dah termasuk skim ni?”

Pak Ngah Adan : “Apa yang kamu bayar itu tetap hak kamu. Kamu boleh dapatkan balik. Yang lain tu tak patut kamu ambik”

Ijoi : “Kalau macam tu banyak juga saya kena bayar baik ni Pak Ngah”

Pak Ngah Adan : “Kalau kamu rasa taubat, elak dosa dan bertanggungjawab terhadap orang yang kamu ajak lebih penting berbanding duit yang kamu dapat, Allah akan permudahkan kamu”

“Islam dah beri panduan jelas tentang pengharaman riba’ dan halalnya perniagaan. Dan kes macam ni dah banyak dan lama jadi di Negara kita ni. Tapi tetap masih ramai yang buat tak mau ambik tau sampailah dah jadi mangsa penipuan. Kalau dah terkena nanti, nak menyesal pun dah tak guna. Masa tu mana kau nak lari kalau orang kampung pakat cari sampai ke rumah? Langsung tak balik kampung sampai tua la kau nanti”

“Masa tu nanti tokey skim akan kata “padan muka korang semua””

p/s : Orang kita suka kaya dengan cepat dengan usaha yang sedikit.....