KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





25 April 2011

PERASMIAN






Ketika masih menuntut di universiti, salah seorang pensyarah kami yang suka bercerita ialah Dr. Khairudin Lim bin Abdullah. Beliau banyak mengajar kami subjek pengurusan, dan suka bercerita sebagai cara menggerakkan otak agar kami berfikir.

Suatu ketika, beliau telah dijemput membentangkan kertas kerja di sebuah universiti di Negara China. Seminar itu merupakan sebuah seminar antarabangsa. Kehadiran bagi seminar itu adalah dalam kalangan warga universiti seluruh dunia.

Beliau menceritakan kepada kami kehairanan beliau apabila sampai di dewan yang mana beliau akan membentangkan kertas kerjanya. Keadaan dewan dipenuhi oleh ramai peserta seminar pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Namun yang menghairankan beliau adalah, dewan berkenaan sekadar seperti dewan untuk menyampaikan kuliah biasa tanpa sebarang hiasan dewan seperti pokok bunga dan renda-rendanya. Latar belakang dewan hanyalah digantungkan ‘banner’ . Tiada potongan polisterin atau kadbod aneka warna seperti yang biasa dilihat di Malaysia.

Maka beliau bertanya kepada penganjur seminar antarabangsa itu, mengapakah dewan berkenaan dalam keadaan itu, kalau di Malaysia, pasti penuh dengan hiasan dewan bernilai ribuan ringgit yang memerlukan masa menyediakannya.

Maka dijawab oleh penganjur :

“Kami mengadakan seminar ini untuk mengambil ilmu yang ada pada pembentang kertas kerja, bukan nak menghias dewan”

Oh, itulah jawapannya

Kalau di Malaysia ini, usahkan seminar antarabangsa, majlis pelancaran yang dirasmikan oleh pengetua di sekolah sendiripun nak kena buat hiasan dewan dan latar pentas seanekanya.

Kalau ada ceramah, apa nak disampaikan oleh penceramah tu kadangkala tak penting sangat pun, yang lebih penting adalah dewan kelihatan cantik untuk berseminar atau perasmian.

Untuk hiasan pun dah habis banyak duit, yang sepatutnya boleh digunakan untuk banyak perkara lain yang lebih bermanfaat. Dan masa yang banyak terpaksa dihabiskan untuk berhias semata-mata. Masa perasmian semua nak datang kalau yang rasmikan tu YB atau orang atas. Bila masa seminar, tinggal la bebudak yang terpaksa mengikuti seminar.

Tu belum masuk kompang, bunga manggar, kroset, persembahan tarian, jurugambar, asap, karpet, bas nak bawa orang kampung, bebudak kibar bendera beratur sepanjang jalan, belon, bla bla blab la bla bla………..

Cuba tanya orang yang konvo di luar negara, kadangkala buat di tepi padang je….
Rakyat Malaysia memang suka berhias…….Dan kita patut sedar mengapa Negara China membangun dengan begitu cepat sekali.

20 April 2011

TEH TARIK DAN ROTI CANAI




Pak Ngah Adan : “Assalamualaikum, ape khabo Shahrul”

Shahrul : “Wa’alaikum salam. Sihat Adan. Meh duduk sini”

Pak Ngah Adan : “Memang nak duduk sini pun. He he, tak sampai lagi ordernye?”

Shahrul : “Belum. Biasa la, roti canai lambat sikit”

Pak Ngah Adan : “Ni mesti roti canai dengan teh tarik ni”

Shahrul : “hoh, menu sarapan rakyat Malaysia, gabungan berkalori tinggi, he he”

Pak Ngah Adan : “Alhamdulillah, dapat kita makan roti canai dengan teh tarik ni. Tiap-tiap hari boleh dibuat sarapan di Malaysia ni”

Shahrul : “Tu la Adan, syukur kita. Pegi la kat mana pun di Malaysia ni, mesti boleh dapat punya”

Pak Ngah Adan : “Kalau kita nak syukur, sebenarnya sehari pun tak cukup untuk kita syukuri nikmat roti canai dengan teh terik ni”

Shahrul : “Ish, takkan seharian nak ucap syukur pasal roti canai dengah teh tarik ni?”

Pak Ngah Adan : “Setakat nak ucap syukur senang la, tapi hakikat rasa dan mensyukuri tu susah sebenarnya”

Shahrul : “Macam mana tu Adan?”

Pak Ngah Adan : “Baik, moh kite pikir same-same pelan-pelan ye”

“Bukan senang sebenarnya nak makan roti canai dengan teh tarik ni.

Pertama nak makan roti canai ni mesti ada roti canainya. Nak buat roti canai ni kena la ada bahan-bahannya macam tepung gandum, majerin, telur, air dan garam. Juga kena ada peralatannya macam besen, pelantar tebar, dapur, gas, sudip.

Kita mula dengan tepung gandum. Tepung gandum ni diperbuat dari gandum. Di Malaysia ni tak ada orang tanam gandum. Semua import. Gandum pulak bukannya ditumbuk jadi tepung, tapi diproses di kilang nak jadikan dia tepung gandum.

Di kilang tepung tu ada banyak mesin, ramai pekarja. Mesin ada yang ringkas ada yang rumit. Pekerja ada yang mahir, separuh mahir dan kurang mahir.

Pekerja mahir macam jurutera. Cuba pikir, berapa lama dia belajar nak jadi jurutera tu. Kalau tak ada jurutera tu, mau tak ada msin besar yang nak buat tepung gandum. Kalau tepung gandum buat sikit je, mesti harga dia mahal. Kalau mahal, mungkin kita tak mampu nak beli tepung gandum dan makan roti canai ni.

Pikir lagi, jurutera tu bukannya besar terus jadi macam tu. Asalnya kecil, belajar, makan, dijaga sampai ke tahap sekarang ni. Allah aturkan semua tu hingga kita dapat makan roti canai ni. Ni kira cerita ringkas je pasal jurutera tu. Kalau cerita ditil, dia belajar di sekolah sampai university, baca buku yang ditulis oleh penulis, dicetak di kilang percetakan, guna kertas dibuat di kilang kertas, guna dakwat yang dibuat di kilang dakwat, angkut buku guna lori yang dibuat di kilang lori…. Huh, panjang ceritanya nak kita syukuri ni.

Ini baru sikit sangat pasal jurutera kilang tepung gandum. Belum lagi pekerja lain setiap seorang. Pengurus kilang. Modal perniagaan nak buka kilang tepung tu. Semua tu berkait. Kalau salah satu tak ada dalam system rangkaian yang rencam ni, barangkali kita tak dapat makan roti canai dengan senang.

Mulut memang senang nak ucap khalimah “syukur Alhamdulillah”. Tapi tu mulut, syukur ni amalan hati asalnya, mulut sekadar menzahir saja. Artis yang menang anugerah pun cakap syukur masa dia menang, walhal pakaian seksi, peluk pulak makwe dia, dalam hati rasa bangga sepenuh jiwa. Mulut kan…

Kalau nak ikutkan, nikmat berkaitan tepung gandum pun sampai sehari pun belum sempurna kita fikir dan syukurinya. Belum masuk majerin, telur, air dengan garam.
Macam mana pulak diri kita ni yang makan roti canai ni? Ada mata untuk memandang, ada cahaya untuk melihat, ada tangan untuk menyuap, ada mulut dan gigi untuk memamah, ada tenaga, ada pakaian, ada jantung, ada darah, ada udara bernafas, ada bumi bertapak, ada itu dan ada ini.

Nikmat adanya peniaga ni pulak, ada kedai, ada pekerja, ada pengetahuan buat roti canai ni, ada peralatan buat dan hidang, ada modal, ada itu dan ada ini.
Hari ni, hamper semua barang yang kita dapat kita beli yakni datang melalui tangan orang lain, yang kita buat sendiri sikit sangat

Macam itulah betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah kepada kita semua manusia ni. Allah Yang Maha Pengatur, Maha Sempurna dan Maha Bijaksana tu dah mengatur hidup kita ni dengan sempurna. Kita je yang hakikatnya tak bersyukur secara sempurna.

Dan selalu juga kita ni para manusia ni, dah la tak bersyukur atas aturan Allah, ada pulak yang personal dan pertikai. Ada yang tanya pulak, “kenapakah aku yang terima cobaan ini Ya Allah, kenapa tak orang lain?”

Tak pun ada yang merungut bila berlaku sesuatu yang tak sepadan dengan keinginannya, bila nak jemur pakaian, hari pulak hujan, ada yang merungut”

Shahrul : “Ye la Adan, tu baru jurutera kilang tepung”

Pak Ngah Adan : “Pasal tu Allah sebut dalam Al-Quran, golongan yang bersyukur ni adalah golongan yang sedikit. Maknanya tak ramai yang faham dan laksanakan syukur tu secara sebenarnya.

Macam Nabi Musa Tanya kat Allah macam mana nak bersyukur sebab baginda rasa tak dapat bersyukur secara sempurna. Ye lah, kalau kita ni bersyukur banyak mana sekalipun, kita tetap gunakan nikmat dari Allah juga untuk mensyukuri nikmatNya itu. Jadi bilanya kita ni nak benar-benar bersyukur. Ini kena baca di post lama di blog Alam Sukma la, tajuk syukur atas syukur http://alamsukma.blogspot.com/2010/01/syukur-atas-syukur.html ”

Shahrul : “Ya la Adan, memang betul la, kalau kita ambik masa sehari pun tak cukup nak syukuri nikmat roti canai ni. Belum masuk teh tarik lagi”

Pak Ngah Adan : “Sebab tak tersyukur la kita kena sedar hakikat diri dan hakikat ketuhanan Allah tu. Jangan kita rasa dengan amal kita boleh masuk syurga pulak, sebab nikmat sebelah biji mata pun kita tak mampu nak syukuri dan balas sampai bila-bila.”

Shahrul : “Eh, jemput makan Adan, moh kita bismillah”

Pak Ngah Adan : “Bismillah…… tu lah, nak hurai bab syukur atas roti canai pun dah panjang, kalau nak hurai pulak hakikat bismillah yang kita lafaz ni, mau sampai tak buat apa kita ni Shahrul”

p/s : Jangan marah kalau nyamuk cucuk kita, kalau tak suka, tampo je kalau tak mau halau. Jangan membebel atas aturan Allah tu. So, jangan marah juga kalau kucing kencing di kaki kita. Hi hi hi.

13 April 2011

RAMAINYA POLIS





ini gambar Hosni Mubarak dan Bush


SAMBUNGAN TANDA-TANDA KECIL KIAMAT

31. Manusia akan mewarnakan rambutnya dengan warna hitam

32. Berangan-angan untuk melihat Nabi Muhammad s.a.w.

33. Berkurangnya keimanan manusia untuk melaksanakan ketaatan dan amal untuk akhirat.

35. Manusia saling berbunuh-bunuhan tanpa tujuan

36. Harta kekayaan umum dikuasai oleh segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa warak.

37. Berkurangnya sifat amanah

38. Terasa berat bagi orang-orang untk melaksanakan syariat

39. Seorang lelaki hanya mentaati isterinya, tetapi derhaka terhadap ibunya

40. Seorang lelaki bersikap kasar terhadap bapanya, tetapi lemah lembut dengan temannya

41. Suara-suara manusia meninggi di masjid-masjid

42. Yang menjadi pemimpin suatu kaum adalah yang hina di kalangan mereka, dan sebuah puak dipimpin oleh orang yang fasik di antara mereka

43. Seorang lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikannya, tetapi kerana orang takut terhadap kejahatannya.

44. Lebih ramai angora polis kerana merebaknya kejahatan

45. Mendahulukan seseorang menjadi imam solat kerana kebagusan suaranya, walau kurang ilmu dan keutamaannya.

46. Penjualan kepimpinan. Jawatan dan pangkat boleh dibeli.

47. Memandang rendah kepada darah

48. Seorang isteri bekerja di satu organisasi dengan suaminya dan terdapat kedudukan lebih tinggi.

49. Berkembangnya tulisan dan dan banyaknya buku-buku

50. Anak-anak menjadi pemarah

51. Hujan menjadi terasa panas

52. Orang belajar agama bukan untuk agama, tetapi untuk mendapat jawatan, kerja dan harta.

53. Munculnya gaya hidup mewah dan manja dalam kalangan umat Islam

54. Adanya pelbagai jenis kenderaan

55. Orang-orang fasik dimuliakan sedangkan orang yang mulia direndahkan

56. Orang kagum terhadap orang fasik lantaran pencapaiannya

57. Ramai orang berangan-angan untuk mati

58. Iraq akan dikenakan sekatan dan kepungan

59. Selepas Iraq, akan terkepung pula Syria, Lubnan, Jordan dan Palestin

60. Wafatnya baginda Rasulullah s.a.w.

61. Penaklukan Baitul Muqaddis

62. Kematian beramai-ramai yang disebabkan oleh wabak penyakit, sakit perut dan peperangan

63. Berlakunya kenaikan harga barang, sehingga kenaikan gaji tidak mampu memuaskan hati juga.

64. Fitnah akan masuk ke dalam rumah setiap manusia

65. Adanya perdamaian antara Islam dengan Barat.

*apabila berlakunya perdamaian Islam dengan Barat, maka akan terzahirlah pula tanda-tanda besar kiamat. Tunggulah bagaimana nanti Orang Barat Muslim akan meruntuhkan Ventican City dengan menggunakan zikir sahaja……. Sedangkan keislaman dan keimanan kita kekal di takuk ini? Perhatikanlah pemimpin-pemimpin zaman ini…ukurlah diri kalau nak jadi pemimpin.

tanda-tandanya sudah terlalu banyak, namun ramai yang merasakan ia masih jauh, tak mungkin dia hadapi. lalu sibuklah mengumpul dunia di dalam hati dan tangannya.....hingga tiba-tiba dia terkejut

12 April 2011

DOA MA'THURAT


gambar dari src-iium.blogspot.com


DOA SESUDAH KUMPULAN DOA AL-MA'THURAT

Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebutMu.

Hati yang penuh segar mensyukuriMu.

Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepadaMu.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang kusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.

Kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan mala petaka.

Kami memohon kecukupan yang tidak sampai kami perlu meminta jasa orang lain.

Berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.

Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.

Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata, atau kadar masa yang lebih pantas dari itu dan cepat memperkenankan permintaan.

Salawat dan restuMu ya Allah buat junjungan kami Muhammad, nabi yang mulia.

Dan kepada keluarga serta sahabat Baginda.

p/s : Ayuh kita menjadikan doa ma'thurat sebagai amalan harian. buat menambah mana yang ada.

08 April 2011

DAH LAMA DAH




Adapun tanda awal (kecil) kiamat itu ada banyak, ini adalah 30 daripada tanda-tandanya yang bolehlah kita perhatikan, sama ada ia telah ada berlaku atau belum.

1. Hamba perempuan melahirkan tuannya. Jadilah si ibu berkerja untuk si anak hingga lupa kepada bekalan diri sendiri.

2. Para gembala kambing tidak beralas kaki akan tinggal di bangunan tinggi. Yakni orang miskin akan memiliki harta atau terpaksa tinggal di bangunan tinggi kerana kosnya yang rendah.

3. Penyerahan urusan-urusan bukan kepada ahlinya

4. Sedikitnya ilmu dan munculnya kejahilan

5. Banyak berlakunya pembunuhan

6. Meminum arak dan menamakannya dengan nama yang lain

7. Banyak perbuatan zina dan kotor

8. Kaum lelaki memakai sutera

9. Penghalalan lagu-lagu dan alat-alat muzik

10. Pengambilan para penyanyi wanita

11. Timbulnya perkara-perkara keji, buruk dan kata-kata kotor

12. Tersebernya pemutusan hubungan silaturrahim

13. Tersebarnya pengkhianatan dan tuduhan terhadap orang yang jujur

14. Mempercayai dan mendekati orang yang khianat

15. Timbulnya mati mendadak

16. Menjadikan masjid sebagai jalan. Yakni singgah di masjid dalam perjalanan tanpa solat di dalamnya. Hanya singgah di tandasnya sahaja

17. Terjadinya pertempuran antara 2 kelompok besar kaum Muslimin

18. Banyak berlaku gempa bumi

19. Pendeknya waktu

20. Banyak berlaku huru hara

21. Umat-umat yang lain berebutan terhadap Umat Islam

22. Menuntut ilmu kepada orang-orang yang kecil. Yakni dalam ilmu dan amalnya. bukan menuntut ilmu dari Ulama' besar dan muktabar. (ada orang belajar ilmu agama dari rakan sejamaah yang mndapat ilmu dari rakannya juga di majlis ilmu di masjid tanpa sanad ilmu)

23. Munculnya wanita-wanita yang tidak berpakaian. Yakni tidak menutup aurat dengan sempurna

24. Munculnya orang-orang bodoh yang berbicara tentang urusan umum masyarakat

25. Ucapan salam hanya ditujukan kepada orang dikenali sahaja

26. Hilangnya kewaspadaan manusia terhadap mendapat rezeki yang halal

27. Banyaknya sifat bohong, ia menjadi biasa

28. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat

29. Munculnya unta-unta dan rumah untuk syaitan. Yakni kenderaan dan rumah yang tidak digunakan, dibeli untuk perhiasan dan menunjukkan status serta memenuhi nafsu. Lalu rumah dan kenderaan itu menjadi untuk syaitan

30. Manusia bermegah-megah dengan keindahan masjid dan perhiasannya. Masjid diindahkan penampilannya, bukan diisi akan rohnya, terbiar tanpa diimarahkan.

04 April 2011

KALAU BERANI JAWAB LA




Antara lain bisikan syaitan itu adalah supaya si anak adam itu melakukan perkara yang sia-sia, yakni semata urusan dunia yang tidak member manfaat di akhirat.

Setiap manusia itu telah ditentukan had umur yakni tempoh ia berada di dunia ini. Diberikan tempoh yang tertentu itu dengan tujuan tertentu iaitu sebagai khalifah (Al-Baqarah : 30) dan supaya manusia itu beribadah kepada Allah (az-Zariyat : ayat 56). Hakikatnya tugas sebagai khalifah itu adalah sebahagian daripada ibadah jua.

Ibadah sepertimana yang dititipkan oleh para ulama kita Ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri daripada ibadah khusus dan ibadah umum. Adapun ibadah khusus itu ialah ibadah yang dilakukan atas perintah Allah secara khusus seperti solat, puasa, zakat, haji, umrah, sedekah, zikir, doa dan sebagainya.

Ibadah umum pula merupakan sebarang lakuan yang tidak bersalahan dengan syariat Islam, diniatkan dilakukan kerana Allah semata-mata atau untuk manfaat dunia bersamanya. Antaranya bekerja dengan pekerjaan yang halal, di bidang yang halal, dengan cara yang halal menurut syariat. Seperti anggota polis yang bertugas menjaga keamanan dalam negara dengan niat kerana Allah supaya rakyat dapat beribadah dengan aman, maka jadilah dia ibadah.

Selain dari itu, ia akan menjadi amalan sia-sia. Tidak membawa manfaat kepada akhirat si hamba, lalu menjadilah dia orang yang menyesal di akhirat kelak. Bijaknya si syaitan itu, bisikannya mampu menjadikan ibadah khusus dan ibadah umum sebagai sia-sia. Maka lebih mudah lagi dia menjadikan hal yang bukan ibadah sebagai sia-sia.
Sedangkan setiap detik umur dan desah nafas si anak adam itu akan dihitung di akhirat kelak, ke manakah ia digunakan dan dihabiskan.

Antaranya syaitan akan berbisik

“Orang lain masuk masjid semua sembahyang sunat tahyatul masjid, takkan kau nak duduk je, sembahyang la dulu, nanti apa pulak kata orang?”

Maka jadilah ia solat yang sia-sia kerana didirikan kerana tak mahu dipandang rendah orang lain, bukan kerana Allah. Sedangkan setiap amal itu bermula dengan niat. Rosak niat maka rosaklah amal. Niat selain Allah menjadikan amal itu sia-sia.

Atau

“Kau ni, duit banyak, takkan orang susah kau tak mau sedekah? Kau pulak pemimpin masyarakat, kau kenalah sedekah banyak sikit, kalau tak nanti jatuh la standard kau”

Atau

“Oi bangun, pergi sembahyang subuh kat surau, kau nak kena bantai dengan warden ke?”

Atau

“Zikir banyak sikit, buat 10,000 kali sehari, baru ilmu ni jadi. Bukan senang nak dapat penghormatan orang, kan tok guru kau dah cakap, kalau dapat amal 10,000 sehari kau akan jadi terkenal”

Atau

“Kuat sikit baca Quran tu, kau lagukan sikit, ramai dok dengar tu. Barulah terbukti keqarianmu itu”

Selain ibadah khusus di atas, lebih baynyak lagi adalah bisikan syaitan supaya si anak adam menghabiskan umurnya terhadap perkara yang langsung tiada manfaat di akhirat

Antaranya syaitan berbisik

“jangan lupa, malam ni MU lawan Chelsea live di Astro, rugi kalau tak tengok, best tu pasukan tu main”

Atau

“Apa kata kau pergi window shopping kat JJ kalau dah boring sangat? Tak beli pun taka pa, dapat tengok produk terkini pun dah ok dah”

Atau

“sembang, borak, umpat, kutuk, gelak besar-besar……. Syok juga dah kumpul ramai-ramai ni”

Atau

“kau chat dengan budak ni, sembang-sembang isi masa lapang”

Atau

“lukis lagi, lukis lagi, lukisan kartun lawak kau ni memang best macam ni”

Atau

“tido…. Tido …. Tido …. Itulah yang paling best, tah payah nak fikir apa-apa”

Atau

“lepas tengok AF kau tengok Mentor, pas tu 1IAM, pas tu U Think U Can Dance, pas tu cerita Hindustan tu, pas tu drama Melayu pulak, pas tu sinetron Indon….. jangan lari dari TV, boring la kalau tak tengok TV”

Atau

“free ni, sambung game yang kau main tu, dah nak menang dah tu”

Atau

“Kau buh je post kat FB pasal kau tak puas ati kat mamat jaga kaunter tu”

Walaupun ramai yang suka menyebut istilah ‘itu semua dunia’, namun, sabda Baginda Rasulullah adalah yang tertepat mentafsir istilah ‘dunia’ itu yakni apa-apa yang tidak memberikan manfaat kepada akhirat.

Jadinya, kalau rasa sanggup nak jawab macam ni kat akhirat nanti depan Allah, maka teruskanlah…

“Saya di dunia dulu habiskan umur saya selama 90 minit sehari tengok bola wahai Tuhan”

Atau

“Aaya di dunia dulu peminat tegar TV, 3 jam sehari minimum mesti tengok TV wahai Tuhan”

Atau

“Saya dulu di dunia suka tido, sehari minimum 10 jam tido, sabtu ahad memang waktu tido wahai Tuhan”

Kalau berani jawab macam tu, siapkan la pulak jawapan bila nanti Tuhan Tanya

“Kau tau ilmu agama kau tak banyak, bacaan Quran kau tak sempurna, kenapa tak guna masa yang ada untuk bejajar? Kenapa asyik layan bola? Layan TV? Layan tido?”

“Kau tahu umat Islam ditindas dan tertinggal, kenapa tak guna masa tu untuk belajar dan berfikir keranaKu dan supaya Aku naikkan darjat umat Islam? Kenapa asyik layan bola? Layan TV? Layan tido?”

“Kau tau umat Islam zaman kau tu ramai yang lalai, leka, lupa dari taat kepadaKu. Kenapa kau tak beri peringatan? Kenapa kau asyik juga dengan hal kau sendiri? Asyik juga layan bola? Layan TV? Layan tido?”

“Apa manfaatnya kamu tengok bola, tengok tv banyak-banyak, dan tidur lama tu?”
“Kau ingat umur yang Aku bagi kat kau tu untuk semua tu ke?”

Jawablah kalau berani …… atau bertindaklah sekarang.

wallahualam

01 April 2011

PERANG DI HATI


gambar dari rullyeist.wordpress.com


Dalam hati manusia itu ada dua pintu

Pintu pertama adalah tempat masuknya bisikan-bisikan baik. di pintu hati inilah Malaikat Mulhim / Mulhimah membisikkan kepada anak adam agar melakukan kebaikan dengan menntaati Allah yakni melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Serta bisikan-bisikan baik yang lainnya......

Pintu kedua adalah tempat masuknya bisikan-bisikan jahat. Di pintu inilah syaitan Waswas membisikkan kepada anak adam perkara-perkara yang menimbulkan keraguan / was-was pada dirinya dalam mentaati Allah. Ia akan membisik-bisikkan pelbagai perkara yang akan membuatkan ketulusan hati si anak adam terjejas.

Asalnya manusia itu dilahirkan fitrah. maka jelaslah baginya bisikan-bisikan Malaikat Mulhim padanya seperti si bayi menyusu pada ibunya.

Apabila semakin dewasa, pelbagai pandangan, pengatahuan, ilmu dan pengalaman masuk ke dalam dirinya melalui indera yang lima. Maka lantaran itu, indera yang keenam yakni hati, semakin tersepit, terbiar dan terabai. Bisikan-bisikan Malaikat Mulhim tidak lagi jelas padanya.

maka berbisiklah si Waswas melawan bisikan Mulhim, agar manusia itu menjadi was-was dalam fikiran, perasaan dan tindakannya.

Sepertinya si anak adam asalnya mengesakan Allah Yang Maha Esa, beriktikad hanya Allah yang mampu memberikan bekas. lantaran pengalaman kehidupan dan kesan inderanya yang lima, maka dibisikkan oleh syaitan itu bahawa ubat mampu menyembuhkan sakit.

"Dengan mengambil ubat, maka kau akan sembuh. Lihatlah sbelum ini, sudah berjuta orang yang makan panadol hilang sakit kepalanya"

berbisiklah si syaitan "Tidak mengapa engkau lewatkan solat, kerana masa masih panjang. Nanti pun boleh juga"

maka timbullah was-was dalam hati si anak adam akan iktikad asalnya, hanya Allah yang mampu memberi bekas

Maka Allah memberikan si anak adam kitab yakni Al-Quran dan lisan serta peribadi Nabi, yang dengannya mudah-mudahan menguatkan akan bisikan-bisikan Malaikat Mulhim.

Sedangkan dosa yang dilakukan akan menyebabkan karat kepada hati, yang dengannya akan lebih terhalanglah bisikan Malaikat Mulhim untuk masuk.

Dan jalan untuk menyingkirkan karat di hati itu adalah taubat dan zikir.

Mudah-mudahan jelaslah bagimu bisikan-bisikan itu.

WALLAHUALAM