KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





29 Mac 2011

INI SUDAH LEBIH.....







Antara bisikan syaitan supaya manusia itu menjadi ingkar adalah dengan berlebih-lebihan dalam memikirkan atau melakukan sesuatu, yang kadangkala ia adalah amal soleh.

Kadangkala dibisikkan untuk berlebih-lebihan melakukan kebaikan atau amal soleh, supaya si manusia lupa atau tidak berkesempatan atau meluangkan hanya sedikit masa melakukan tanggungjawab yang lain. Walhal sebagai manusia Muslim, banyak amanah dipikul di bahu.

Antaranya syaitan akan berbisik

“Apa barang kau cakap dia tak baik je, up sikit, tambah sikit cerita tu bagi sedap. Apa nak kisah tambah sikit cerita tu, biar puas hati. Padan muka dia nak belagak sangat”

Atau

“Ha makan, makan, makan. Tambah lagi, sedap tu, bukan selalu orang belanja kau makan. Lagipun bukan selalu kau makan key ep ci ni. Petang nanti kau bersenam la balik”

Atau

“tekan lagi sikit, ni baru 110. Kau ada kereta mahal, enjin power, kau tak berani nak pecut ke? “

Atau

“Kau kunci kuat sikit budak ni, bior dia tau kau punya kunci memang power gila ah”

Atau

“Memang la kau tak tau jawapan yang pasti, baik kau bantai je jawapan yang logik. Kau kan ustaz, takkan kau nak biar orang kata ilmu kau tak cukup, orang kata kau tak pandai. Kau goreng je jawapan. Baru la orang yakin kat status ustaz kau tu”

Atau

“kau belajar la rajin sikit, bangun pagi baca buku, petang baca buku, malam baca buku. Jangan peduli kawan ajak bersembang ke, kenduri rumah sebelah ke, ceramah kat masjid ke, kawan ajak usrah ke, aktiviti persatuan ke, gotong royong ke. Yang penting kau dapat siapkan tesis kau dengan cemerlang dan jayanya”

Atau

“kau sembahyang tahajjud banyak sikit, tak apa la mengantuk sikit pun masa kerja esok, kau buat ibadah ni lagi penting dari kerja tau”

Atau

“Kau kena kerja kuat, baru la bos suka kat kau, nanti naik pangkat, gaji pun naik. Baru kau dapat beli yang kau nak tu. Apa salahnya kau keluar kerja subuh balik malam pun. Kau nak cari duit untuk anak-anak juga. Anak-anak tu biar cikgu sekolah yang ajar dan jaga. Kat rumah pun boleh sembahyang. Kalau tak sempat, kau boleh qada’ je.”

Atau

“Kau kena ajar sikit peragut tu. Ada ke patut ragut mak cik tua tu. Kau kan pendekar, jangan bagi muka, kau belasah dia cukup-cukup sampai puas hati”

Atau

“kau lempang je budak yang tak hormat kau tu, kau kan cikgu”

Atau

“Kau kan banyak duit, apa salahnya kau pergi umrah banyak kali. Dapat pahala tau umrah tu. Yang sekolah agama tak cukup duit tu sebab kerajaan tak bagi bantuan la. Yang minta sedekah tu pasal dia tu malas kerja. Jiran kau nak sambung belajar tu, pandai-pandai bapak dia la”

Atau

“Kau puasa la tiap-tiap hari, tap payah la pergi kenduri jiran-jiran tu. Kalau pergi kenduri nanti tak mengarut apa disembangkan”

Atau

“kau ni puasa, lapar ni. Ha beli kuih tu, nasi ayam tu nampak sedap tu. Buah tembikai ni elok makan buka puasa nanti. Murtabak dengan bihun tu kau makan lepas sembahyang nanti”

Atau

“kuat sikit baca Quran tu, pelan-pelan ni orang tak dengan hebatnya bacaan kau”

Atau

“Kau kena gerakkan cikgu-cikgu sekolah ni ke arah keputusan terbaik dalam sejarah. Buat kelas tambahan waktu petang, malam dan masa cuti. Hanya dengan keputusan yang cemerlang pelajar tu ada masa depan. Di samping tu nama kau akan naik.”

Hakikatnya seorang mukmin itu, tanggungjawabnya terlalu banyak. Banyak yang punya hak ke atas dirinya. Agama, keluarga, negara, masyarakat, jiran, rakan sekerja, pelanggan, haiwan peliharaan, pokok tanaman, umat manusia masing-masing punya hak atas diri si mukmin.

Dengan berlebih-lebihan terhadap beberapa perkara, maka hak segelintir yang lain akan terabai.

Seperti orang yang kuat bekerja, keluar pagi balik malam, maka bagaimana dengan hak agama, keluarga, jiran tetangga terhadapnya?

Ada orang berlebihan dalam berhibur hingga mengabaikan ibadah
Ada orang berlebihan memelihara jasmani, hingga lupa menyuburkan roh
Ada orang berlebihan dalam ikhtiar untuk mendapatkan 'A' dalam peperiksaan, hingga mengabai kejayaan lain
Ada orang berlebihan memperbetulkan tajwid bacaan Al-Quran hingga lalai memerhati dan mengamal maksud firmanNya itu

Islam memelihara hak setiap individu hatta binatang peliharaan dan tumbuhan yang ditanam. Orang melakukan kesalahan petut dihukum setakat kesalahannya sahaja, di tetap berhak dihormati sebagai manusia, punyai hak membela diri.

Maka syaitan merbisik kepada manusia, berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara, hingga terabailah hak yang lainnya.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengambil jalan tengah, yang bersederhana.

Wallahualam.

22 Mac 2011

PIALA DAN 'RED CARPET'





Antara banyaknya pujukan dan bisikan syaitan ialah supaya manusia itu mahukan perhatian dan pujian. Yakni glamour, dipandang tinggi, dihormati, dipuji, dipuja,dinobat, diberi pangkat, ditakuti, diberi perhatian, diberi keutamaan, diletak di tempat khusus, diberi laluan dan sebagainya atau sekurangnya tidak dikutuk dan dihina yang dapat terhasil melalui perhatian dan pujian itu.

Maka ramai manusia bertungkus lumus berhempas pulas melakukan itu ini, mendapatkan itu ini, semata-mata mahukan perhatian dan sanjungan manusia yang ada di sekelilingnya atau manusia keseluruhan amnya.

Maka berduyun-duyunlah manusia mengumpul perhatian dan sanjungan itu, yang hakikatnya sangat sedikit memberikan manfaat akhirat diri melainkan orang-orang yang memelihara dan terpelihara jiwanya.

Lantaran itu manusia itu selalu mengingini sesuatu yang melebihi orang lain. Dia mahu punya kereta lebih hebat, rumah lebih besar, jawatan lebih tinggi, gaji lebih banyak, isteri lebih cantik, ilmu lebih banyak, hujah lebih mantap, jasmani lebih sihat dan kuat, wajah lebih menawan, suara lebih lunak, anugerah lebih banyak, pangkat lebih hebat……semata-mata untuk perhatian dan sanjungan.

Atau bak ayam betina bertelur sebiji, riuhnya sekampung. Asyik bercerita nak menunjuk akan lebihnya yang dia ada dan lakukan. Atau merendahkan orang lain, supaya dia nampak hebat di mata orang lain, kononnya…..

Maka berbisiklah syaitan ……

“Kau nyanyi tarik baik punya, suara kau memang sedap, mesti menang rancangan reality ni, nanti kau akan terkenal, ramai nak bergambar dan minta tandatangan kau, duit show pun masyuuuuk, silap-silap dapat kawin Dato’ atau kerabat. Pakai la seksi sikit, baru orang tertarik nak tengok, kau memang dah cantik, tambah seksi, kira mengancam abih la”

Atau

“Kau buat yang paling baik, biar bagi Berjaya, baru semua orang tau kau la ketua paling hebat, dapat selesai masalah yang dah berlarutan ni, hanya kau yang dapat atasi masalah ni, orang lain tak mampu punya”

Atau

“kau kena ambil kira perasaan dan keperluan semua pihak, baru la orang ramai sokong pendapat kau, baru la orang ramai hormat kat kau, baru orang ramai tau yang kau ni berfikiran luas dan bijak”

Atau

“Sedekah banyak sikit la, takkan seringgit je, masukkan 10 dalam tabung tu, jangan cepat sangat, buat-buat macam duit tu sangkut nak masuk, biar orang keliling tau yang kau ni pemurah, tak kedekut, nanti orang yang nampak tu mesti cerita kat orang lain. Huh, orang mesti puji kau punya” atau “kalau cakap biar merendah diri, nanti orang akan puji sifat rendah diri kau tu”

Atau

“beli la baju branded ni walau mahal, apa salahnya kau berhutang sikit, makan lebih kurang, tapi orang tak kata kau ni selekeh dan tak pandai berfesyen”

Atau

“Kau mesti tunjuk akhlak yang baik supaya pelajar semua jadikan kau ni idola. Bercakap biar penuh sopan santun, selalu la senyum, biarlah merendah diri, jangan suka kutuk orang, jangan berpakaian selekeh, kena smart selalu, elok baju berjenama, selalu tolong orang lain, orang akan ingat dan puja kau walau kau dah mati”

Atau

“Kerja kuat sikit, baru la nanti kau dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, dapat RM1000 tu, banyak boleh buat, orang tau nanti kau kerja memang best” atau “Study lebih la sikit, kau ada harapan jadi best student tahun ni”

Atau

“Bayor je RM100,000 tu kalau kau boleh dapat pangkat Dato’, mana ada lagi orang kampung ni dapat Dato’.” Atau “kau kipas baik punya, bagi aircond lagi baik, nanti diaorang kasi jawatan baik punya kat kau” atau “kau kena cepat ke Mekah tu, barulah kau dapat title Tuan Haji tu, hu huh u, orang mesti respek kat Tuan Haji punya.”

Atau

“Bantai je mamat tu, baru dia tau siapa kau. Nanti satu daerah ni ni kenal kau, tak ada siapa berani dengan kau nanti” atau “bagi hukuman berat sikit, baru orang bawah tau kau ni tegas, lepas ni tak ada siapa lagi berani langgar arahan kau”

Atau

“Pakai la baju berkilat ni, tudung kilat rumbai-rumbai tu, kalau kau lalu kat mana-mana nanti, mesti orang tengok kau”

Atau

“kau kena bayar kat pegawai tu, kalau tak paper ku tu pun mungkin dia tak tengok”

Atau

“Kalau kau tak jadi bos, jangan harap la kau nak duduk kerusi empuk tu sambil bagi arahan. Taka pa, kau fitnah je mamat tu, biar nama kau yang naik. Jadi bos kira syarikat ni macam kau yang punya”

Atau

“Kalau kau jadi menteri, ada excort tau, kau nak ke mana-mana ada polis depan belakang. Tak payah nak susah-susah sangkut di lampu isyarat, tak payah beratur di hospital, tak payah beratur nak ambik makanan, kau datang ada karpet siap bunga manggar lagi, semua orang nak salam”

Betapa liciknya syaitan, supaya manusia itu lalai dari hakikat semuanya hanyalah Dia.

21 Mac 2011

FUYYO, BOLEH SELAMAT KE AKU NI?




Dipetik dari Kitab Minhajul Abidin, Wasiat Imam Ghazali. bahawa tipu daya syaitan itu terdiri daripada tujuh jenis hasutan.

1. Melarang manusia dari melakukan taat (ingkar)

Taat bermaksud melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Antaranya syaitan akan berbisik "Tak payah keluar zakat la, nanti kurang pulak duit kamu tu" atau "tak apa, ambik je duit tu, sikit je, bukannya orang nampak pun" atau "bantai je mamat tu, geng ko ramai"

2. Memujuk manusia menangguhkan dari melakukan taat (tangguh)

Syaitan akan memberikan harapan masa hadapan supaya manusia itu melambatkan taat yakni melakukan suruhan dan meninggalkan larangan.

Antaranya syaitan akan berbisik "Tua nanti kau pakai la tudung, sekarang ni tak payah pun tak apa, orang lain tak pakai tudung ok je" atau "Nanti-nanti la pi Mekah tu, duit yang dok ada tu baik hang pi buat rumah, tukaq kereta baru, pi makan sedap-sedap sementara muda ni" atau "lima minit lagi bangun la sembahyang, baru 10 minit masuk Subuh" atau "kantin dulu la, jap lagi na tanda kertas ni"

3. Mendesak manusia cepat-cepat melakukan kebaikan (tergopoh gapah)

Syaitan akan mendesak manusia cepat-cepat buat benda baik. macam ok je kan ajakan syaitan ni. sebenarnya tersembunyi muslihat gopoh gapah supaya amalan tu tak sempurna.

Antaranya syaitan akan berbisik "Cepat ambik air sembahyang, nanti tak dapat tempat duduk dalam masjid" hinggakan wudu' tak sempurna atau "cepat habiskan sembahyang, iklan 5 minit je, nak mula dah movie tu"

4. Menyuruh manusia membuat amal baik dengan sempurna (riyak)

Macam best je bisikan syaitan ni, dia minta supaya amalan baik yang dibuat tu, dibuat dengan sempurna

Antara bisikan syaitan adalah "kau jangan bagi silap taip, baru la nanti orang puji hang ni pendakwah hebat masa menulis" atau "ko sembahyang pelan-pelan. biar tomakninahnya sempurna, sujud biar lama sikit, ramai orang tengok ko sembahnyang ni" atau "Sedekah banyak sikit, baru orang tau mike ni suka sedekah lagi pemurah"

5. memuji amalan baik (ujub)

Dalam diam syaitan memuji-muji amalan manusia supaya si manusia merasa ujub, perasan dia hebat dalam taat hingga lupa itu hanyalah lakuan Dia.

Antaranya syaitan akan berbisik "bagus betul kau ni, datang kerja tak pernah lambat, kerja semua berkualiti ikut standard ISO, tak lama lagi naik pangkat la kau" atau "Buat lagi latihan pemecahan ni, kau la nanti yang akan menyelamatkan bangsa dan negara ni, di tangan kau la letaknya masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang" atau "banyak dah sumbangan kau kat masyarakat, hanya kau saja yang layak jadi ketua, orang lain semua tak layak" atau "tak payah la nak sembahyang sunat kat masjid, kau dah banyak buat qiyamullail kan"

6. meminta bersungguh-sungguh melakukan amalan secara rahsia (riyak)

Tengok, teror syaitan ni, dia minta manusia bersungguh-sungguh buat amalan rahsia, waktu malam masa orang tak nampak, atau bersedekah tanpa orang tau.

Antara bisikan syaitan adalah "kau sembahyang banyak-banyak malam ni, orang tak nampak, kau memang ikhlas, nanti Allah akan naikkan darjat kau, kau akan dihormati, Allah akan bagi kau darjat yang tinggi di sisi manusia" atau "Sedekah tu jangan dinampakkan, sembunyi sikit, kau tu kan ikhlas, nanti Allah balas 700 kali ganda" atau "kau sembahyang malam ni orang tak nampak, jadi kau selamat la dari menunjuk-nunjuk"

7. menyuruh manusia berserah sahaja pada takdir

Syaitan akan menyuruh manusia yang 'mengenal' dia dan Dia, supaya berserah sahaja kepada takdir.

Antara bisikan syaitan ialah "Apa susah-susah nak beramal, manusia masuk syurga bukan dengan amal, tapi atas rahmat Allah, kalau tak beramal pun, tapi Allah nak masukkan kau dalam syurga, masuk jugak. Beramal banyak tapi Allah nak masukkan kau dalam neraka, masuk jugak. Siapa dapat halang takdir Allah?" atau "Tak payah nak usaha la, rezeki Allah dah tentukan, kau tak kerja pun rezeki tetap ada. Ulat dalam batu pun Allah dah tentukan rezekinya"

hinggakan lahirlah golongan Jabariah dan Muktazilah.

Sedangkan mukmin itu beramal bukan untuk syurga, bekerja bukan untuk dapat rezeki. Semata-mata kerana Allah, mengharap redha dan rahmat Allah.

Ulama menyebutkan bahawa syaitan itu ada beberapa jenis. Antaranya syaitan dari golongan jin dan dari manusia. Awaslah syaitan manusia yang membisik-bisikkan bisikan-bisikan di atas.

wallahualam

13 Mac 2011

LU CAYA SAMA GUA?


gambar dari eatmypotato.com

Daripada Abi Darda' RadiAllahuan, berkata Nabi s.a.w;

"Barangsiapa yang menghafal ayat 1-10 dari surah Al-Kahfi, dipelihara dan diselamatka dia dari fitnah Dajjal"

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, An-Nasaie)


TERJEMAHAN SURAH AL-KAHFI AYAT 1-10

1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya Al-Kitab (Al-Qur’an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya

2. Sebagai bimbingan yang lurus,untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan membawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik

3. Mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya

4. Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: “Allah mengambil seorang anak”

5. Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta

6. Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran)

7. Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya

8. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus

9. Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan

10. (Ingatlah) Tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo’a: “Wahai Rabb kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di Bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di Bulan Syawal...".

Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"

Baginda menjawab:

"Suara keras di pertengahan Bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Jepun.....Amerika....Lalu bulanpun bergetarrrrrrr

p/s : walaupun persiapan perkhemahan mega perdana disediakan, belum tentu dapat digunakan. Ia hanyalah ikhtiar. Maka tawakkal adalah persiapan terbaik

09 Mac 2011

PERKHEMAHAN MEGA PERDANA






SENARAI SEMAK PERKHEMAHAN MEGA PERDANA


1. Makanan kering (beras, gula, garam, ikan kering/masin)
2. Makanan berpaket (dalam tin, plastik, dijeruk)
3. Alat memasak (dapur mudah alih, pemetik api)
4. Senjata (pertahanan, mendapat keperluan, dll)
5. Kenderaan (basikal, minyak petrol)
6. Alat penginapan (khemah, sleeping bag)
7. Alat perjalanan (teropong, lampu picit, kompas)
8. Alat memburu (pancing, pukat, tali)
9. Alat perhubungan (radio, walkie talkie)
10. Alat keselamatan (ubat asas, cermin, penapis air bimbit, golok, belerang)

Ilmu ikhtiar hidup,ilmu hutan atau ilmu unit beruniform sangat diperlukan. Kenalpasti tumbuhan yang boleh dimakan.

Sekeping petai atau sebiji pisang mampu membekal tenaga segera hampir sama dengan satu bar coklat.

Sebilah golok sudah mencukupi, pisau kurang sesuai bagi yang tidak mahir menggunakannya untuk mendapat keperluan.

Kenalpasti punca air terdekat, sungai, telaga, parit, mata air yang boleh diminum. Penapis air bimbit membolehkan air yang kotor ditapis dan diminum tanpa dimasak. Ada banyak jenama seperti Imtiyaaz dan HPA. Punca air mungkin akan berubah kedudukannya.

Apabila berlakunya inflasi, duit akan hilang nilai, maka simpanan dalam bentuk emas amat berguna.

Jika ada duit, belilah tanah. Jika ada tanah bercucuk tanamlah dan berternak sekadar mencukupi memenuhi keperluan hidup. Sekurang-kurangnya ada pokok kelapa dan pisang, serta ternaklah ayam.

Apa-apa yang boleh diasah, maka asahlah

Demikianlah untuk jasmanimu dan warganya

Saya telah diingatkan sejak 10 tahun lalu………… dan tauhid yang benar akan menguatkan jiwa, dan berzikirlah untuk menguatkan roh, kerana cabaran sangat dasyat.

p/s : harap OBA dan yang lain tambah apa yang kurang

05 Mac 2011

1000 DINAR..... BANYAKNYE





PakNgah Adan : “Amboi Yob, cantik beno ayat 1000 Dinar yang mike framekan kat dinding nu ha”

Yob : “He he, mahe teman beli tu, 200 ringgit. Beli masa pegi Nilai bulan udah”

Pak Ngah Adan : “Ape katenye ayat tu Yob?”

Yob : “aaaaaaaaaa……uuuuuu……….eeeemmmmm…..entoh le, teman ni tampe buleh le”

Pak Ngah Adan : “Ate, gitu pulok jadinye. Yang mike tampe tu ape ke henye?”

Yob : “Itu kan trend Adan oi, sekarang ni kalau rumah tu tak tampe ayat Quran, macam tak berapa Islam je”

Pak Ngah Adan : “Ayat Al-Quran ni untuk diamal Yob, kalau nak amal kena la faham, kalau nak faham kena la bace dan belajo. Tampe tu, tak ade maknenye kalau idok difaham dan diamal. Al-Quran ni bukan hiasan”

Yob : “Tak buleh tampe ke Adan?”

Pak Ngah Adan : “Buleh, kalau tampe tu supaya kita ingat pengajaran ayat tu. Memang bagus. Tapi kalau tak faham ape bendenye yang ditampe tu, jadi hiasan aje la. Buat sedap mate mamandang. Silap-silap boleh jadi riyak pulak sebab bangge dapat tampe ayat Al-Quran yang cantik”

Yob : “He he he, tak abih belajo lagi Adan oi”

Pak Ngah Adan : “Meh sini aku ajokan”

Yob : “Molek bebeno la Adan”

Pak Ngah Adan : “Dari segi terjemahan, maksud ayat tu ialah :”Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Itu baru terjemahan, belum lagi tafsirnya. Kalau nak cerita pulak apa itu takwa, apa itu tawakkal, lagi la panjang"

Hari ni ramai orang sangka dia bertawakkal, sebenarnya tidak pun. dia perasan je lebih. macam ramai yang perasan dia tu bakal masuk syurga, dia tu hamba Allah, dia tu alim ..... ramai yang sekadar perasan sebab jauh dari hakikat kebenaran"

Yob : "Ce cite, ce cite ce cite"

Pak Ngah Adan : "Nanti la Yob, aku nak balik rumah, ada hal. Jumpa lain kali aku cite ye.......