KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





23 Februari 2011

DOA MURAH REZEKI ....DHUHA






" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

14 Februari 2011

INI CERITA DIRI KITA




Kisah ini khas untukku, saudara-saudaraku dan buat orang yang menyatakan tasauf (urusan hati dan adab) tidak penting dan mengutamakan urusan syariat ibadah semata-mata

Muaz bin Jabal menceritakan.

suatu hari aku bertemu Baginda Rasulullah s.a.w yang sedang menunggang unta. Baginda menyuruh aku naik di belakangnya. Kemudian berangkatlah kami menaiki unta. Setrusnya Baginda menongak ke langit lalu bersabda :

Puji dan syukur ke hadrat Allah Yang Maha Berkehendak ke atas makhlukNya, ya Muaz.

Jawabku : “Ya, Sayidina Mursalin”

Seterusnya Baginda bersabda lagi : “Sekarang aku akan menceritakan kepada kamu sebuah kisah. Apabila engkau menghafalnya, ia akan member faedah yang amat berguna kepadamu. Tetapi jika engkau menganggap remeh sahaja, maka kelak di hadapan Allah, engkau tidak mempunyai hujah.

Hai Muaz, sebelum Allah mencipta langit dan bumi ini, Allah telah mencipta tujuh malaikat. Pada setiap langit terdapat satu malaikat penjaga pintu, jadi setiap pintu langit mempunyai penjaga pintu, mengikut darjat pintu dan keagungannya.

Dengan demikian, malaikatlah yang menjaga amalan bagi seseorang hamba. Kemudian, pencatat ini membawa amalan si hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari. Setibanya di langit tingkat pertama, malaikat Hafazah memuji amalan-amalan itu. Tetapi setibanya di pintu langit pertama, malaikat penjaga pintu berkata kepada malaikat Hafazah :

“Lemparkan amalan ini ke muka pemiliknya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku diperintahkanagar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Aku tidak mengizinkan untuk sampai ke langit seterusnya.”

Keesokannya, malaikat Hafazah kembali naik ke langit membawa amal solehyang berkilau yang menurut pandangannya sangat banyak dan terpuji. Setibanya di langit kedua (ia Berjaya melepasi langit pertama kerana pemiliknya tidak suka mengumpat), penjaga langit kedua berkata “berhenti, lemparkan sahaja amalan ini kepada pemiliknya kerana dia beramal dengan mengharap kebaikan dunia. Allah memerintahkan aku agar amalan ini tidak sampai ke langit seterusnya,” Maka para malaikat melaknat orang itu.

Hari berikutnya, malaikat Hafazah kembali naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang amat memuaskan, penuh sedekah, puasa dan pelbagai kebaikan yang menurut malaikat Hafazah sangat mulia dan terpuji. Setibanya di langit ketiga, malaikat penjaga berkata :

“Berhenti, lemparkan sahaja amalan itu ke wajah pemiliknya. Aku malaikat penjaga kesombongan. Allah memerintahkan aku agar amaln seperti ini tidak boleh melepasi pintuku dan tidak sampai ke langit berikutnya. Ani adalah kesalahan dirinya sendiri, dia takabbur di dalam majlis.”

Ringkasnya, malaikau Hafazah naik ke langit lagi membawa amalan hamba yang lain pula. Amalan itu bak bintang kejora, mengeluarkan suara gemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, sembahyang, ibadah haji dan umrah. Setibanya di langit keempat, malaikat penjaga langit berkata :

“Berhenti! Lemparkan sahaja amalan ini ke wajah pemiliknya. Aku adalah malaikat penjaga ujub. Allah memerintahkan kepadaku agar amalan ini tidak mendapat kelulusanku. Ini kerana amalannya selalu disertai ujub”

Malaikat Hafazah naik ke langit lagi membawa amalan hamba yang lain pula. Amalan itu sangat baik dan mulia. Dia berjihad, melakukan ibadah haji dan umrah hingga berkilai bak matahari. Setibanya di langit ke lima, malaikat penjaga mengatakan :

“Aku malaikat penjaga sifat hasad. Meskipun amalannya bagus, tetapi dia suka hasad terhadap orang lain yang mendapat nikmat Allah s.w.t. ini bererti dia membenci yang meredhai yakni Allah. Aku diperintahkan agar amalan seperti ini tidak melepasi pintuku”

Malaikat Hafazah naik ke langit lagi dengan membawa amal seorang hamba. Dia membawa amalan berupa wudhuk yang sempurna, sembahyang yang banyak, puasa, haji dan umrah. Setibanya di langit yang keenam, malaikat penjaga berkata :

“Aku malaikat penjaga rahmat. Lemparkan sahaja amalan yang kelihatan bagus ini ke mukanya. Selama hidup dia tidak pernah mengasihi orang lain, bahkan apabila ada orang ditimpa musibah, dia merasa senang. Aku diperintahkan Allah agar amalan ini tidak melepasiku dan agar tidak sampai ke langit berikutnya.”

Kemudian, malaikat Hafazah kembali naik ke langit dan kali ini adalah langit ke tujuh. Dia membawa amalan yang tidak kurang baiknya dari yang lalu seperti sedekah, puasa, sembahyang, jihad dan warak. Suaranya bagaikan petir yang menyambar-nyambar dan cahanya bak kilat. Tetapi, setibanya dia pada langit ke tujuh, malaikat penjaga berkata :

“Aku malaikat penjaga sum’at (ingin terkenal/glamour). Sesungguhnya pemilik amal ini menginginkan darjat yang tinggi di kala berkumpul dengan kawan sebaya, ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Aku diperintahkan agar amal ini tidak melepasiku dan sampai kepada yang lain kerana ibadah yang dilakukan bukan kerana Allah adalah riak. Allah tidak menerima ibadah orang-orang yang riak.”

Kemudian malaikat Hafazah naik lagi ke langit membawa amal dan ibadah seorang hamba berupa sembahyang, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, pendiam dan suka berzikir kepada Allah s.w.t. dengan diiringi oleh para malaikat, malaikat Hafazah sampai di langit ketujuh hingga menembusi hijab-hijab dan akhirnya sampailah di hadapan hadrat Allah. Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah dan menyaksikan bahawa amalan itu sahih dan ikhlas kerana Allah s.w.t.

Kemudian Allah s.w.t berfirman :

Hai Hafazah, malaikat pencatat amal hambaKu, Akulah yang mengetahui isi hatinya. Dia beramal bukan untukKu, tetapi diperuntukkan bagi selain Aku. Dia tidak berniat ikhlas untukKu. Aku lebih mengetahui daripada kalian. Aku melaknat mereka yang menipu orang lain dan juga menipu kalian (para malaikat Hafazah). Tetapi Aku tidak teripu olehnya. Akulah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Aku mengetahui segala isi hatinya. Segala yang samar tidak samar bagiKu. Pengetahuan Aku atas segala yang berlaku sama dengan pengetahuanKu atas segala yang belum terjadi. pengetahuanKu atas segala yang telah lepas atau berlalu sama dengan pengetahhuanKu atas segala yang akan datang. pengetahuanKu atas orang-orang yang terdahulu sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang kemudian.

Aku lebih mengetahui atas segala sesuatu yang samar dan rahsia. Bagaimana hambaKu boleh menipu dengan amalnya? Mereka boleh menipu sesama makhluk tetapi Aku mengetahui segala perkara yang ghaib. Aku tetap melaknatnya….

Tujuh malaikat antara 3000 malaikat berkata :
“Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami atas mereka”
Kemudian semua yang berada di langit berkata : “Tetaplah laknat Allah ke atasnya, dan laknat orang-orang yang melaknat.”

Sayidina Muaz sambil menangis tersedu-sedu lalu bertanya : “Ya Rasulullah, bagaimana aku mampu selamat dari segala yang engkau ceritakan tadi?”

Jawab Rasulullah : “Hai Muaz, ikutlah Nabimu dalam masalah keyakinan”

Muaz bertanya : “Engkau adalah seorang Rasul, sedang aku hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana aku mampu selamat dan berjaya untuk melepasi segala bahaya itu?”

Berkata Rasulullah s.a.w : “Memang begitulah, bila ada kelalaian dalam amal ibadahmu, maka jagalah mulutmu, jangan sampai mengejek sesama orang lain terutama sekali sesama ulama’. Ingat diri sendiri apabila hendak mengejek orang lain, sehingga sedar bahawa diri kamu sendiri mempunyai banyak aib. Jangan menutup kekurangan dan kesalahanmu dengan mengejek orang lain. Jangan mengangkat diri dengan menjatuhkan orang lain. Jangan riyak dalam beramal dan jangan mementingkan dunia sehingga mengabaikan akhirat. Jangan bersikap kasar dalam majlis. Jangan suka mengungkit-ungkit kebaikan dan jangan menghancurkan peribadi orang lain, kelak engkau akan dihancurkan oleh anjing Jahannam, sebagaimana firman Allah

Maksudnya “Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya” (An Naazi’aat : 79 : 2)

Seterusnya Muaz bertanya lagi : “Ya Rasulullah, siapa yang bakal kuat menanggung penderitaan berat itu?”

Jawab Rasulullah : “Muaz, yang aku ceritakan tadi, akan mudah bagi mereka yang dipermudahkan Allah. Engkau harus mencintai orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu. Bencilah terhadap apa yang Allah benci. Jika demikian, engkau akan selamat.

p/s : .......... dosa pun susah nak tinggal, macam mana amalku yang sikit tu agaknya. dicampakkan ke muka....ke muka, bukan ke lantai....

03 Februari 2011

MINYAK BURUNG BUT BUT


Ini adalah gambar burung but but

Ada sahabat bertanya tentang minyak but but........

Ingat, cerita saya nanti adalah berkenaan minyak but but tradisional, bukan minyak but but komersial. Ada banyak minyak but but komersial yang dibuat di kilang di pasaran sekarang. Minyak but-but komersial mengandungi pokok kekacang tutup bumi yang sering digunakan oleh burung but but. Tak dimasukkan burung but-but. Lantaran itu ia dinamakan minyak but but.

Nama minyak but but sebenarnya terkenal kerana keberkesanannya sedari dulu lagi di alam Melayu. Ia digunakan untuk tujuan mengurut kerana patah, terseliuh / tergeliat, salah urat atau lebam.

Saya mempelajari cara membuat minyak but but sebagai sebahagian silibus pelajaran mengurut yang 'wajib' dipelajari oleh seorang murid yang telah diberi kebenaran membuka gelanggang silat. Ini sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kecederaan pesilat dalam latihan yang dijalankan.

Untuk meghasilkan minyak but but tradisional, antara bahannya adalah burung but but. Caranya adalah dengan mencari sarang but but yang masih mempunyai anak. Anak burung but but itu akan diambil dan dipatahkan atau kehelkan kakinya dan dimasukkan semula ke dalam sarangnya.

Jika rajin, bolehlah memerhati dari jauh atau kalau dah malas sangat, boleh balik tidur atau makan nasi. Ha ha ha.

Ibu burung but but akan balik dan sedih serta marah apabila dia mendapati kaki anaknya telah patah. Mak burung akan keluar dan mencari beberapa tumbuhan dan ramuan yang dapat megubat kaki anaknya (mungkin sambil berleter kut marah kat orang yang patahkan kaki anak dia). Lazimnya dalam sehari atau dua hari, kaki anak burung itu akan pulih seperti sedia kala seolah-olah tiada sebarang kecederaan.

Selepas itu anak burung itu akan diambil dengan segera. Ini kerana bahan ubat yang terdapat di kaki anak burung itu masih baru dan fresh bak kata orang Banjar. Anak burung itu akan disembelih, dibuang bulunya dan dimasukkan sebagai sebahagian bahan bagi menghasilkan minyak but but. Minyak ni tak najis sebab burung tu disembelih dahulu, bukan bangkai lagi dah.

Sebenarnya, kalau kita boleh terbang, kita boleh ikut mak burung but but pergi cari ramuan untuk ubat kaki anak dia tu. Tapi dah kita ni tak boleh terbang, tunggu aje la. Allah Yang Maha Bijaksana mengilhamkan burung ramuan untuk mengubat anaknya. Ingat, burung tu tak pernah belajar pun macam mana nak ubat anak dia. Jadi, jangan percaya kepada si kafir yang tak percaya kat Tuhan ye.

Minyak burung but but ni memang berkesan. Allah yang bagi kesan, bukan minyak tu boleh bagi kesan sendiri pun.

Antaranya ia digunakan untuk urutan jarak jauh. Biasanya bagi budak-budak kecil yang buas, panjat sana sini, lompat sana sini, tak mau dengar cakap mak, jatuh sampai terseliuh. Hah, padan muka, panjat la lagi.... mak dah cakap tadi jangan panjat, kan dah jatuh.

Budak-budak bro, nangis sampai tak ingat. Kalau diurut lagi la power dia punya lalak sampai nak pecah gegendang telinga. Jadi, penyelesaiannya, urut masa dia tengah tidur dalam kul 12 malam ke atas atau kalau pasti dia tengah tidur. Sms je, tak payah la nak pi jenguk kat rumah dia.

Bila dia dah tidur, bolehlah ambil sebatang serai wangi. kalau tak ada boleh la serai peha ayam pun. Kalau tak ada juga, serai padi pun boleh la, asalkan serai. Minyak but but diurut pada serai dengan bacaan tertentu. Kalau ada peluang, boleh tengok budak degil tu. Menggeliat dia masa tidur sebab memang dia rasa tengah diurut. Tapi dia tak la menjerit sebab tengah tidur kan......

Sekian sahaja kisah saya kali ini, burung but but

Lupa pulak, saya tak habis belajar mengurut ye. Dua tahun je saya sempat belajar. Tak sempat habis. Sempat belajar minyak burung but but, minyak kambing gurun, minyak bawang putih, mingak guna-guna..... ha ha ha. Yang last tu jugak yang korang nak ye? Itu main-main je.

Mengurut ni letih. Sakit tangan. Sejak kemalangan kecil di universiti, dah tak boleh ke ladang sawit, tangan dah tak kuat lagi.....jadi, jangan minta saya mengurut pulak

p/s : Kalau dengar burung but but berbunyi meriah, itu tanda hari nak hujan dengan angin kuat kadang-kadang. So, bolehlah angkat kain di jemuran