KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





26 Januari 2011

AKU DULU LA............




kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Ini baru pagarnya yang baru, bukan dalamnya

Dah sebulan Dato' N sakit perut pasang surut. Nak kata sakit perut nak berak, tak juga. Baru lepas berak pun sakit balik perut dia tu. Dah banyak klinik dan hospital dijejak, doktor kata tak ada apa. Bukan keracunan makanan. Angin pun bukan. Dah ke hospital pakar pun macam tu juga hasilnya.

Sudahnya Dato' N cuba cara tradisional. Ramai la bomoh, dukun, pawang, tabib, kiyai dan ustaz dijemput khusus ke mahligai Dato' N, tapi tak juga sembuh. Ada yang kata buatan musuh politik la, ada yang kata keteguran jin tanah la, ada yang kata ada jin nak jadikan Dato' N ni penjaga dia la. Macam-macam. Tapi tak sembuh juga.

Dato' N siap minta pembantu peribadinya pergi ke darul-darul dan pusat rawatan Islam yang ada. Pembantunya yang dapatkan giliran untuk dato' N. Pun tak sembuh juga.

Sampailah satu hari Dato' N berjumpa seorang lelaki di pusar rawatannya. Maka dengan izin Allah maka sembuhlah sakit perut Dato' N yang pasang surut tu.

Seminggu selepas sembuh, Dato' N hantar pembantunya bertemu lelaki tersebut untuk memberikan hadiah dan wang saguhati kerana berjaya mengubati penyakitnya. Tetapi lelaki itu tak mahu terima. Katanya, kalau Dato' N nak bagi apa-apa, datanglah sendiri. Kalau masa sakit boleh datang, takkan bila dah sihat tak boleh pula.

Maka datanglah Dato' N ke tempat lelaki tersebut. Sesampai di sana, Dato' N diminta mengambil nombor dan menunggu gilirannya untuk bertemu lelaki tersebut. Berpeluh juga nak tunggu giliran, akhirnya sampai la juga giliran Dato' N.

Dato' N : Assalamualaikum

Lelaki X : Wa'alaikum salam

Dato' N : "Saya datang ni nak ucap terima kasih. Alhamdulillah, penyakit saya dah hilang dah"

Lelaki X : "Alhamdulillah, Allah yang bagi sembuh"

Dato' N : "Ni saya nak bagi sedikit hadiah dan saguhati, berkat doa tuan la saya sembuh ni"

Lelaki X : "Saya tak layak terima semua ni, lagipun, yang penyakit Dato' sembuh tu bukan sebab doa saya, tapi sebab doa orang lain kut"

Dato' N : "Eh, lepas saya datang sini la penyakit saya sembuh, memang tuan la yang ubat saya hari tu. Saya ingat lagi. Baru seminggu je"

Lelaki X : "Rasanya penyakit Dato' sembuh sebab doa pesakit yang tunggu giliran sebelum Dato' hari tu"

Dato' N : "Eh, macam mana pulak ni?"

Lelaki X : "Kan selalu kalau Dato nak berubat, Dato' minta pembantu Dato' ambilkan giliran dan bagi tau Dato' nak terus masuk. Sedangkan orang lain pun sakit juga. Tapi Dato' potong trip, mana tau masa tu ada pesakit yang terdetik doa supaya Dato' tak sembuh sebab dah ambil giliran dia. Doa orang yang dizalimi ni makbul"

"Ye la, kadangkala Dato' rasa Dato' perlu diberi keutamaan sebab Dato' banyak berbakti pada masyarakat, rasa Dato' ni sibuk. Sedangkan orang lain pun penting dan sibuk juga mengikut kadar masing-masing"

"Bila Dato' datang sini, Dato' kena ambil nombor dan tunggu giliran sama macam orang lain. Mungkin masa tu ada pesakit yang kesian dan dia doakan kesembuhan Dato', maka sebab tu Dato' sembuh, bukan sebab doa saya pun"

Dato' N : "Errrrrrr"

Lelaki X : "Yang Islam ajar, pemimpin ni hamba kepada rakyat. Dia kena dahulukan rakyat sebab dia hamba, kenalah dahulukan tuan. Bukan mendahului rakyat. Dalam sejarah awal Islam, pemimpin akan jadi antara orang tersusah dalam masyarakat, sebab mereka sentiasa dahulukan rakyat untuk dapat nikmat dunia. Bukan potong trip rakyat jelata"

"Jika rakyat didahulukan, barulah pencapaiannya cemerlang. Bila Dato' N dahulukan rakyat Dato', barulah hajat tu tercapai. Ni Tuhan nak tegur sikit kut"

Dato' N terus tertunduk dengan muka yang kelat, teringat selama ni dia selalu potong trip rakyat jelata. he he he



ini salah satu kediaman rakyat jelata....

p/s : Jangan sengih-sengih, kerana kamu pun tinggal di rumah serba lengkap nan mewah, dapat berinternet, dalam sebuah negara yang ramai penduduknya masih di bawah paras kemiskinan .... apa yag kamu dah buat?

11 Januari 2011

SUAMI, ISTERI & ..........


gambar diambil dari http://airmien.blogspot.com

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"


Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam

01 Januari 2011

TARGET


gambar diambil dari dphiee42.blogspot.com


Motivasi adalah berasal dari perkataan motivasion dari Bahasa Inggeris. Ia merupakan gabungan perkataan motive dan action, motif dan aksi. Apabila ada motif, maka ia akan mendorong aksi atau kelakuan atau tindakan.

Motif selalu disebut dengan pelbagai istilah lain yang sama maknanya seperti niat, tujuan, sebab, matlamat, misi, visi atau azam. Pada awal tahun, ia selalu disebut sebagai azam.

Bagi muslim, menetapkan azam adalah suatu kebaikan lantaran orang yang menetapkan azam melakukan kejahatan tidak ditulis padanya kejahatan sehinggalah kejahatan itu dilakukan. Sedangkan orang yang berazam melakukan kebaikan ditulis untuknya satu kebaikan dan jika ia benar-benar melakukannya, ditulis untuknya 10 kebaikan.

Masa, walaupun kiraannya berdasar kelahiran Isa Al-Masih, ia tetap milik Yang Maha Mengatur. Jika hari ini anda ingin menanam suatu azam, tanamlah azam yang baik. mudah-mudahan ia ditulis sebagai satu kebaikan ketika ini. Mudah-mudahan dengan menetapkan azam yang baik itu, ia mendorong kita bertindak sedapat mungkin untuk melaksanakannya.

Syeikh Abdul Qadir Jilani pernah berkata, "Ramai orang matlamatnya adalah dunia. Hanya sedikit matlamatnya adalah akhirat. Namun lebih sedikit lagi matlamatnya adalah Allah s.w.t"

Maka di mana aku berdiri waktu ini?