KAMI MENAWARKAN

KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI
(ALAM SUKMA CONSULTANT)


BEKAM MODEN
PROSES BEKAM DI RUMAH ANDA SENDIRI (KAWASAN TERTENTU SAHAJA)


PENAPIS AIR IMTIYAAZ PADA HARGA RM598
MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI UMAT
PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN

KULAAN FOODS
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN (CATERING)

SEBARANG MAJLIS DI PERAK, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

hubungi :
fakir_albanjari@yahoo.com





21 Februari 2010

BERKAT SEDEKAH


Pada suatu hari, Aisyah r.a tertarik pada seorang hamba wanita. Jadi beliau pun pergi menemui tuannya dan menebus hamba itu daripadanya. Namun sewaktu Aisyah dan hambanya itu baru sahaja sampai di rumah, Nabi Muhammad s.a.w meminta Aisyah mengembalikan hamba itu.

Nabi Muhammad berkata, “Keluarkan hamba itu dari rumah ini. Jibril memberitahuku dia adalah ahli neraka”

Aisyah mematuhi kata-kata Baginda Nabi dan menyuruh hamba itu keluar dengan berbekalkan buah kurma. Dalam perjalanan, hamba itu bertemu dengan seorang fakir miskin. Lalu dia memberikan beberapa buah kurmanya kepada orang miskin itu.

Kemudian, Baginda Nabi berkata kepada Aisyah, “Panggillah kembali hamba wanita tadi kerana Jibril memberitahuku, dia sekarang adalah ahli syurga, berkat sedekahnya”




p/s : Sedekah di masjid hari Jumaat masih RM1 jugak ke?

08 Februari 2010

CARA JADI KAYA

Cara jadi kaya? Ya, anda nak tahu cara nak jadi kaya?

Di dalam Al-Quran yang serba lengkap itu, yang diturunkan oleh Yang Maha Sempurna, banyak diceritakan dan ditunjuki cara menjadi kaya.

Cuma soalnya kaya apa yang kita mahu. Kaya harta hingga digelar hartawan? Kaya wang hingga digelar jutawan? Kaya amal hingga digelar abid? Kaya anak hingga digelar ……..? kaya hati hingga dianggap warak? Apapun kaya yang anda mahukan, ada jalannya yang diajar.

Anda mahu kaya wang dan harta? Mudah sahaja. Lazimi dan amalkan sifat suka bersedekah. Memberi kepada yang layak menerima. Memberi ketika ada banyak mahupan sekadar cukup-cukup sahaja.

Yakinlah bahawa sedekah akan membiakkan serta menumbuhkan harta anda berlipat kali ganda banyaknya.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud :

Bandingan (sedekah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Jika anda memilih untuk jadi kaya dengan mengamal sifat kedekut, minumbun duit di dalam tabung dan bank lalu dihitung-hitung setiap hari lalu gembira melihat jumlahnya semakin bertambah walhal ramai orang miskin lagi susah lebih memerlukan wang itu berbanding anda, percayalah bahawa anda sedang menongkah arus kelaziman amalan orang yang sudah kaya.

Jadi, mahukah anda menjadi kaya? Percayalah bahawa kaya lebih baik berbanding miskin dalam banyak keadaan. Umat Islam yang kaya lebih mudah beramal berbanding umat Islam yang miskin. Umat Islam yang kaya lebih kuat berbanding umat Islam yang miskin.

gambar dari apbssolid.wordpress.com

04 Februari 2010

TOMAN LOMBONG SLIM RIVER




Tidak sempat nak menaip untuk post baru. sekadar meletak gambar tangkapan trip memancing awal 2010.


Cuti Tahun Baru Cina Seminggu ..... siaplah ikan sekitar Batang Padang akan ku jengah.